FOLLOWERS

Thursday, March 13, 2014

to-do-list after confinement

assalammualaikum =)

alhamdulillah dah cukup 32weeks = 8 bulan usia kandungan mama ni
5weeks++ jer lagi to carry little muhammad in my tummy
muka dah mula sembab, kaki dah mula bengkak...tak lama lagi ni insyaallah
tido malam pun dah tak lena sekarang ni. semua posisi tak selesa rasanya.
mcm mlm td, kul 1am br dpt lelapkan mata. pastu kul 3am terjaga, kul 4am terjaga, kul 5.30am terus bangun
biasalar dah hujung2 kandungan ni kan :-)

sambil2 dok berehat tu, otak pun berangan...apa nak buat after confinement nnt kan.
cuti 3bln tu. during confinement takleh buat apa lar, ngadap baby jer lar kan hikhik...
lg 2bln tu?

ok meh kita senaraikan apa plan kita. pepehal ia tetap bergantung pd kewangan lar kan hikhikhik..
takde duit, sila dok diam2 :P

1) nak upgrade laundry area di vck. 
haaaa yg ni dah tentu2 bergantung pd kewangan. mudah-mudahan impian ni terlaksana sebelum raya.
nnt nak buat entry tempek gambar laundry area yg menjadi idaman hehehe

2) nak memasak semula untuk family. 
start preganat mmg sy tak memasak dah. sedey kan? paling berharap blh memasak tetiap hari untuk berbuka puasa ramadhan nnt insyaallah.

3) nak upgrade laman bestari kat vck. 
yg ni mungkin tak guna modal yg byk, tp sgt menggunakan tenaga yg byk huhu. kesian pokok2 bunga kat vck sekarang ni kering kontang. dah lar cuaca panas dan kemarau, jarang sekali di siram sbb tuan dia tak lalu kan...kesian kesian.. pastu pokok kat pasu merah besar tu kena serang dgn serangga yg dok berkampung kat situ. sy tak bg husband kacau masa ni. pepehal buat lepas sy bersalin nnt. beringat kata orang tua. rumput kat laman tepi rumah tu pun dah panjang2. en.suami kata nnt cuti sek hujung mac dia potong. harap2 jd kenyataan huhuhu..

cukuplar kalau 3 benda ni dapat dilaksanakan dgn baik. 
kang letak banyak2 pun blm tentu dibuat huhuhu..

ok itu dulu, bye semua!!


Wednesday, March 12, 2014

aktiviti anak-anak on weekend

assalammualaikum =)

* hari ke-5 pesawat MH370 hilang tanpa sebarang kesan dan petunjuk. sedih sgt rasanya. letakkan diri kita di tempat ahli keluarga mangsa, ya Allah...moga mereka semua di beri kekuatan berhadapan dgn situasi ini. 


fuh busy semacam hari ni. semput termengah2 mak buyong ni berjalan ke hulu ke hilir
mudah-mudahan dgn izin-Nya, mudahlar bersalin nanti berkat byk berjalan...amiinn. 
lately ni, mama terasa mcm garang semacam dgn anak2. sedey...sob sob. mungkin di sebabkan keadaan yg makin sarat ni menguji tahap kesabaran melayan kerenah anak2 yg yg sgttttt panjang akal ni.

contohnya ptg semalam. budak berdua ni blh pi masuk berkubang dalam tempayan plastik takungan air di VCK. dah lar direct water takde smlm sbb ada projek baik pulih salur air kat daerah ni. so mmg bergtg dgn air tangki jer lar. bila depa dah masuk dlm tu, nak taknak kena lar cuci dan tukar air baru kan??? dah membazir air kat situ huhuhu...
mama apa lagi, serta merta bertukar menjadi tarzan huaaaaa stress mama tau. abah senyap jer. budak berdua ni pun senyap terkebil2 tgk mama marah. blh kata tiap2 hari sy explain kat anak2 pasal penjimatan air di musim kemarau dan cuaca panas melampau ni, tapi dah namanya budak kan huhuhu..apa depa kisah??
alahai anak...pastu tercebik2 dtg kat mama minta maaf. part ni yg mama  serius rasa cair, lansung rasa bersalah sob sob sob.
oh anak...tlg lar jgn buat perangai lagi huhuhu..

 weekend hari tu, mcm biasa mama kena off tv barular diorang tau nak pi mandi, nak sarapan. 
kalau tv still on, penat ckp berkali2 suh mandi, depa selambaaaaa jer.
lepas mandi dan sarapan, mama kuarantin depa dlm bilik hahaha
dok lar korang main dlm bilik ni. di larang sama sekali on tv ok
at the same time mama lepak sekali kat dlm bilik anak2 ni dok marking paper sesambil snap gambar diorang.
at last pinjam meja anak jugak nak buat kerja sbb kat bilik anak ada econ :P
bilik kerja tu panas membahang woooo di siang hari.

 mama tau, sepatutnya mama kena sediakan atleast 1 projek utk anak2 buat on weekend. takdelah depa boring dok mengadap tv jer. ipad dan tab pun dah rosak. tapi apakan daya...mama semakin tak larat sekarang ni huahuahua...rasa bersalah lagi :( sedeyyyy

 lepas boring main segala mcm super hero yg diorang ada, bertukar kpd main bay blade plak.
lama depa dok main dlm bilik ni, sampai abah balik tgh hari tu barulah depa keluar and ask permision dr abah utk on tv. abah mesti bagi punya huhuhu

ni amal tgh leka main puzzle

nnt mama belikan lagi puzzle mcm ni ok sayang...

amal lukis gambar org. ok comel gila. gud job amal! 

nota kaki: kena jugak sediakan 1 projek utk anak2 buat on this coming weekend, or else perkara sama akan berulang. mama dah tak larat nak jadi tarzan...uwwwaaaaa!!!!

tu lar biasa weekend kami mesti outing. ni kan dah lama weekend kami terperap kat rumah. anak2 pun dah mula bertanya byk kali bila nak ke sana nak ke sini nak ke hotel. aduhai anak...kesian kamu semua. sabar ya, baby muhammad lahir nnt, mama habis pantang jer kita panjangkan semula langkah. sabar ok huhuhuhu...

itu dulu, bye semua!

Monday, March 10, 2014

Sperma pada kulit manusia??

Assalammualaikum =)

Hr ni busy cont marking paper ujian selaras 1 utk 4 kelas. Alhamdulillah...habis dah. Selama 10thn mengajar, ni 1st time sy jumpa jawapan mcm ni. Sperma di label pada struktur kulit manusia??? Stress kejap td. Sy tak pernah ajar nak murid sy adanya sperma pd kulit manusia. Ntah apa yg bermain di fikiran dia masa jawap soalan ni... sy dh jumpa dah pun budak ni td...dok tersengih2 jer bila sy tanya. Haihhhhh mengeluh jer lar yg cikgu blh. Kang tegur, nasihat lbh2 jadi isu pulak. Marah lg ler tak blh. Lg sy dlm keadaan sarat mcm ni...sabar jer yg blh huhu...

Itu dulu. Bye semua!

Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH