FOLLOWERS

Saturday, February 07, 2015

sabak bernam - ikea - GM klang - pasar karat shah alam - aeon bukit raja - sabak bernam ~~ new at VCK

assalammualaikum =)

upload gambo subuh td. tp baru sekarang dapat taip entry ni huhuhu

rindu benar dgn soho saya ni.
dalam tempoh 2minggu, baru hari ni dapat duduk kat sini semula,
kemas apa patut, on laptop dan update blog :-)

weekend lepas mmg tak stay kat umah. 
kami outing sepuas2 nya heeeeehuuuuu
mcm tajuk entry ni, 
pagi sabtu lepas dr vck di sabak bernam kami berdesup ke ikea.
dah nama ikea...tentulah tempat shopping mama, hahaha
anak2 keboringan. tapi mereka tetap sabar berjalan tak banyak kerenah 
sebab dah dijanjikan utk ke GM klang mencari habuan mereka pula lepas ni.

 ramai gila manusia kat dlm ikea.
dpt ler snap gambo kat ruang store ni jer menuju ke kaunter bayaran.

cina paling ramai, maybe mereka shopping utk cny.
baru jalan sket, mama dah shaking kelaparan dan mcm nak pitam sbb rmi sgt org.
terus ambik short cut pi makan dulu kat food court ikea.
tu pun ramai jgak org dah wlupun baru kul 11.30am masa tu huhuhu

tujuan utama ke ikea sbb nak beli bar chair baru utk breakfast table vck.
alhamdulillah dapat sepasang dgn harga yg murah sgt puas hati.
emmmm dah namanya azimah, mau ke beli benda tu je?
byk jgk yg takde dlm list tetiba dah ada dlm trolley huwwwaaaaa
melayang rm300++ kat sini aje sobsobsob
padahal bar chair tu seketul br rm39.90
cer x 2, tak smpi pun rm100
means yg takde dlm list tlh memonopoli purse aku huhuhuhu pasrah dlm happy!

 mana aci pic mama takde dlm gambo
moh selfie reramai

eh irfan mana? 

ok nampak semua dah, bukti kami menjejak ikea sabtu lepas hahaha

 dah nak kuar dr ikea, tggu abah dtg dgn keta.
irfan ok aje..bila ngantuk tido dlm stroller

maka berdesup pula kami ke GM klang

syurga anak2.
sampai je sini pi makan minum dulu,
suap irfan mkn
emm..sedap rojak buah kat sini.

 pastu baru lah jalan2..cari habuan iman amal.
mama takde beli apa pun

pastu terus ke rumah kak cho di teluk panglima garang.
tido semalam kat sini.

 sonok anak2 jumpa sepupu depa main sama2.

 irfan dah berdiri dan menapak di tepi2 meja, tepi2 sofa..mana dia suka lar kan hehe

 tido...
esok pagi awal2 dah menuju ke pasar karat shah alam.
takde gambo
kejap aje pun kat sini sebab panas sgt, sian kat irfan.
kul 11am dah masuk aeon bukit raja

 dpt habuan baby irfan pula kat sini.
stroller baru hehehe
mama tak berapa suka stroller lama irfan yg merah tu.
memang tak dinafikan sgt ringan dan senang control
tp baby irfan asik lar meluncur ke bawah bila dibaringkan kat stroller tu.
tapak dia terlalu tegang.
tak pepasal kena letak bantal kat bhgn kaki utk avoid dia meluncur ke bawah
udah org dok tgk apsal mak budak ni letak bantal anak kat kaki
huh nyampah.
korang nampak muka seposen amal tu?
dia bantai merengek nak beli mainan lg kat sini
oh nononono
takde sape layan.
semalam dah byk beli kat gm kan.

 sonok mama baby irfan dapat stroller baru heeeeeee

so kat ikea dpt le menangkap beberapa ketul barang baru utk vck

 lapik kaki hitam putih yg gojes.
rm19.90 sehelai. 
mama beli 3 helai utk 3 bilik air.
sgt puas hati, berbaloi beli mahal.
material tak sama dgn lapik kaki yg dijual kat kedai lain tu
yg ni bulu2 dia lebih pendek dan lebih kemas.

 lapik kaki merah separa bulat utk depan sinki di dapur.
tapi iman kata dia tak suka pijak lapik kaki ni sbb material dia agak kasar

 toy box lama yg beli kat kaison dah musnah
anak teruna i ganazzz hahaha
beli storage tanpa penutup ni 3 ketul di ikea.
just nice saiz dia
kebetulan warna hijau tu blh match dgn pewangi tepi tv tu.
seketul rm5.90

 ini dia bar chair baru di vck
cuma rm39.90 sebiji percaya tak?
aku pun mulanya tak percaya, letak budget yg lbh tggi utk bar chair ni
alhamdulillah ada yg murah.

 just nice size dia utk breakfast table kami.
sukkkkaaaaaaaaa sgt

kat aeon bukit raja dpt juga beli set cadar baru utk katil anak2.
gambo bola, mmg kena sgt dgn jiwa anak lelaki.
ada sale, 3set cuma rm70.
pastu dpt juga sambar set cadar katil mama hahaha

dah itu aje citer weekend kami yg lepas.
selamat berhujung minggu semua
manfaatkan masa yg ada utk bersama keluarga tercinta ya.
bye!

Thursday, February 05, 2015

3K kelas 3 Rahmah 2015 - kami juara yeayyy!

assalammualaikum =)

...johan untuk bulan 1/2015.
sebagai guru kelas ke-2, saya berbesar hati dengan kejayaan ini.
 alhamdulillah dan tahniah buat semua pelajar 3R.
berbaloi rasanya usaha mengerah pelajar2 ni semua untuk mengemas dan menghias kelas mereka.
uiks...sy tidak kejam, sy juga byk membantu dr segi idea dan urusan pembelian barang2 keperluan. 
sempat juga bersama pelajar dalam sejam untuk susun atur semula kedudukan meja kerusi mengikut susunan kelas abad ke-21 serta susun atur semula rak2 buku di belakang kelas.
lepas ni harap semua pelajar dpt mengekalkan 3K kelas ni ok sayang? heeeeeee sayang tau anak2 pelajar ni semua. 

jom tgk gambar!
gambar adalah banyak. bertabahlah!

 TA bersama ketua kelas menerima piala pusingan dan bunga pusingan heeee
apsal i nampak kembang dlm pic ni huwwaaaaa!!!!
tp takde pic lain dah, ni je ada...nasiblah. ni mesti photographer salah angle snap gambo ni huhuhu

 sangattttt simple. langsir pun takde 1 sebab rail dah patah huhuhu
sebenarnya masa ni tgh tggu langsir baru yg diselaraskan utk setiap tingkatan. 
ntah bila nak dapat. 

 board dan rak kasut ni di beri wajah baru dgn wallpaper utk dijadikan sudut bacaan. 
board masih kosong...idea dah ada tp masih tak sempat nak buat. arghhhh!

 rak buku tu sebenarnya rak buku 3 tingkat tu. tp sy suh budak2 susun secara baring. dan inilah hasilnya. nampak lebih kemas dan ruang lebih besar. 


 snap dr belakang kelas


 cadang nak letak bakul berwarna warni kat rak yang kosong tu sebagai bekas buku2 pelajar yg perlu di hantar kepada guru. pastu label bakul2 tu semua dgn nama subjek. mesti cun.
tp smpi sekarang tak sempat nak belikan huwwwaaaaaaa!

 pelajar buat sendiri

idea TA :D

pelajar buat sendiri

 harap minggu depan masih kekal di 3R 

 rasa berbaloi sgt

 bersama sebahagaina pelajar kelas 3R
Ok TA nmpk kurus dlm pic ni miahahaha

 moga kejayaan sentiasa bersama mereka insyaallah

itu dulu ya...bye semua!!

p/s: tgh meeting kewangan. lapar sgt dan bosan.

Monday, February 02, 2015

permulaan yang baik hari isnin pertama february 2015

assalammualaikum =)

sebenarnya sy punya banyakkkkk cerita nak share kat sini
tapi blm berkesempatan huhuhu

alhamdulillah, memasuki february 2015, semua rutin dah sebati dlm diri.
minggu pertama persekolahan hr tu je yg terasa benar huru-haranya.
sampai sakit kepala seminggu masa tu.
baby irfan juga dah sihat alhamdulillah.
kuat makan, tapi menyusu agak kurang.
last Thursday bawak timbang, berat dia cuma 7.48kg.
but still in white area of his growth chat.
nurse kata tak apa sebab dia dah makin active, mmg mcm tu.
mmg aktif btl dia skang ni hehehe

pagi td sy smpi sekolah jam 7.20am.
masa smpi sekolah iman amal jam 7.15am.
gelap lagi masa tu, anak2 dah melangkah ke kelas masing2.
sempat mama cium pipi both of them beserta pesanan supaya belajar rajin2.
sayu tetiba hati tgk anak melangkah ke kelas huhu

pagi2 td sy timbang berat, to make sure btl ke timbang hari tu.
confirm, berat sy skang 50kg which is berat sebelum pregnant irfan tempoh hari.
alhamdulillah..dah dpt semula berat asal.
sy takde diet2 pun  u all.
makan tetap kuat mcm biasa.
cuma seperti yg sy citer sblm ni, sy kepenatan amat sgt.
sering kali tak cukup tido mlm.
saya rasa itu faktor utama sy dpt turunkan berat badan ni.
so bila tgk berat dah turun, ofkos hari menjadi lebih ceria kan hahaha
dpt sarung balik blouse and skirt yg haritu dah tak muat.
heeeee....best best.
perut moncit itu perkara biasa lar kan.
"mark of honor for being a mom to 3 precious kids. "
#penyedaphatisendiri
lalalalalala

 ada pelancaran program menggilap permata sbpisb masa perhimpunan td.
11 org mentee TA: 2 button hijau + 9 button kuning.
TA bantu semampu teacher supaya u all dpt button hijau ya?

kami guru2 sbpisb menyokong penuh usaha pn.pengetua untuk menjayakan program ini.

 sempat snap pic bersama mentee selepas memakai button mereka td.
pastikan semua dpt hijau lepas us1 nnt ok?

lama dah tak pki tudung ni sebab ada kesan karat luntur kat depan tudung ni, dtg dr button dia.
kalau dah suka DIY tu, cepat je idea dtg hehehe
sy belikan 3 button cheong sam hitam tu dan jahit utk tutup kesan karat td.
selesai masalah.
dapat sy pakai semula tudung mawaddah ni
sukaaaaaaa sgt dgn tudung mawaddah sebab ada riben comel depan dia. 

sy mengidam sgt nak jadi pengguna tetap ephyra.
tapi tak mampu u all huhuhu
yer lar, sohpping takleh stop kan hahaha

sbnrnya ada lg 1 berita gembira.
kelas TA diumumkan sebagai johan pertandingan 3K utk January 2015.
alhamdulillah, tak sia2 usaha bertungkus lumus bantu pelajar hias kelas tempoh hari.
walaupun hanya guru kelas ke-2, tp sy tak kisah sbb mmg minat sy main susun atur dan deko2 ni.
alhamdulillah berbaloi.
walaupun tak dpt all out sebab hr tu baby demam, nmpk gayanya pelajar kelas 3R ni semua turut bersemangat mcm teacher dia hehehe

insyaallah akan buat entry khas utk ini nnt.
gambo tak dpt lg. 
kena tggu dapat gambo TA bersama ketua kelas ambik hadiah td br blh citer lebih kat sini

itu dulu...
ptg ni nak pi bbw yeayyyyyy!
bye semua!

Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH