FOLLOWERS

Wednesday, July 22, 2015

Dugaan Ramadhan dan Aidilfitri 2015

Assalammualaikum =)

hari ni udah start keje huhuhuhu. raya ke-6 dah keje. apa nak buat dah namanya servant kan, redho je lah. pagi td hantar baby irfan ke rumah pengasuh, punya dia meraung takmo pegi kat mak dia. punya lar dia peluk mama kuat pg td taknak lepas. adeh, sentap juga rasa hati mama tgk dia. ikut hati nak sorok dia dlm handbag, bawak ke sekolah hahaha.
tahun ni Ramadhan dan Syawal sy punya kisah tersendiri. ujian dr Allah SWT, anak2 tak sihat memanjang. awal ramadhan, tiga2 demam. susah hati sgt mama masa tu, khuatir kalau melarat smpi kena masuk ward lg huhuhu..i tak rela berpuasa di wad hospital huhuhu. tiga2 dpt antibiotik, maka iman terpaksa tinggal puasa 8 hari. kesian dia, punya berkobar2 nak puasa penuh tahun ni. alhamdulillah..tak melarat. bila dah sembuh..selang seminggu lepas tu baby irfan demam lagi. masa tu tinggal beberapa hari je lagi nak raya. CRK mama tahun ni mmg dah habis. terpaksa bergtg pd mc dr belas ihsan doktor. baby irfan dpt antibiotik 2nd level. alhamdulilah sehari seblm raya, demam dah takde. raya ke-2 pula, hampir 1 rumah kat kg di serang cirit birit. amal ok lg masa tu. ptg raya ke-2 amal dah start demam dan cirit birit. mlm tu mmg teruk, siap muntah berkali2..suhu badan tinggi... cirit-birit yg teruk. pagi raya-3 dia dah lembik. phewwwwww mmg mencabar sgt masa ni. sepatutnya pagi raya ke-3 kami dah gerak ke kk pula. terpaksa hold dulu. bawak di ke klinik. mcm2 ubat dapat. tgh hari tu balik ke vck dulu. sentiasa pantau keadaan amal, bg dia minum byk2. ptg tu, dlm kul 5.30pm kami gerak juga balik kk. pakaikan amal diapers siap2, mujur my kakak bg diapers anak dia saiz xl 3 keping. amal kurus, so muat lar. kesian dia, x selesa. sepanjang perjalanan all boys tido. lega mama. alhamdulillah..semalam, raya ke-5, amal dah sihat. no more cirit birit. hari ni, semua sekolah.

 tahun ni tema kami warna pink. 
at first semua taknak, tapi mama guna kuasa veto.
mereka pasrah hahaha

gambar yang cun2 byk dlm kamera, blm dpt transfer.

 susah btl baby irfan nak tgk kamera hahaha
sonok tgk dia beraya tahun ni sbb dia dah dpt kaki.
terkedek ke sana ke mari alolololo comel sgt

salam aidilfitri dan maaf zahir batin dr kami sekeluarga 
buat semua blog reader di luar sana

itu dulu, nnt sambung lagi. 

babai!

Friday, July 10, 2015

rezeki

assalammualaikum =)
syukur alhamdulillah
peniaga online lain kebanyakkannya melakukan pengeposan terakhir hari ni.
tapi sy, hr khamis minggu lepas adalah yg terakhir.
pastu 'kedai' tutup sempena cuti raya.
stock preloved toys masih byk, 
ada lagi 8 guni menanti utk di belah, jadi projek lepas raya lah. 
minta maaf kpd semua customer, kedai sy terpaksa di tutup awal, sbb sy punya byk urusan lain yg menuntut utk diselesaikan sblm raya. 
insyaallah projek preloved toys akan bermula semula lepas car boot sale bulan 8.
lambat sgt eh?
ok sblm tu pun blh, janji lepas raya.





syukur alhamdulillah sgt2 di atas rezeki limpahan dr yg Maha Esa.

sesiapa nak join group wassap preloved toys from australia blh wassap sy ya
0133854774
bye semua!

Thursday, July 09, 2015

mood raya dah datang

assalammualaikum semua! =)

wahhhhhhh tak sabar nak raya!
lama btl tak menulis kat sini. saya di hambat kesibukan dgn fail pbppp. pasrah btl nak menyiapkan fail tu. alhamdulillah siap juga akhirnya. tinggal lagi nak isi borang keberhasilan. pastu ptg ni blh hantar dah. takmo usik lg. terima lah seadanya hehehe.
so kita dah blh switch on button mood raya yeayyyy!
actually mood ni dah mula dtg bila baju raya kami anak beranak dah siap last wk. 
pastu baru ni sy dating dgn en.suami berdua, pi shopping raya. best btl shopping...dah lama tak shopping rasanya. anak2 pun dah sihat sepenuhnya, maka lg berkobar feeling nak raya tu.
ehem..sbnrnya thn ni turn kami beraya kat sekinchan, that is why semangat berkobar tu dtg lain mcm hahaha...dasar menantu hantu huhuhu.

ni dia baju raya en.suami tahun ni. kita sorok warna dulu lar..nnt tak surprise hehehe
told u baju ni lg hebat dr baju melayu aaron aziz tauuu. nak tau kenapa? sbb harga tempah dia buat kami terkujat hahaha..
raya setahun sekali kan bang..bayo jer lar haha..rm200 ko upah jahit baju ni. terkezuutttt hahaha
klu kira kos kain yg beli kat vietnam..cecah rm400 baju melayu en.suami tahun ni. tu yg kalah teruk baju melayu aaron aziz tu wakakaka

 kesian kat aaron aziz punya pasal, nnt dia malu kat en.suami baju dia kalah teruk so kami pun jejak kaki ke jakel shah alam utk beli sampin aaron aziz utk en.suami. 
sengihhhhhh lakiku itu dpt sampin baru. yer lar kesian kat dia dok pakai sampin yg sama dr zaman sblm kawen dulu setiap hari jumaat. ada beli sampin baru, tapi warna oren so x blh match dgn semua warna baju melayu. maka tahun ni kita bg dia pakai sampin aaron aziz. terubat sket hati dia nak beraya rumah in law thn ni kannnn hahaha..mcm budak2 kami ni padahal dah 10thn kawen.

haaaaaa kau kata shopping raya kan. so haruslar merembet tgn kiri kanan jinjit barang shopping. 
mujur masa ni baju raya anak2 semua dah seetle lbh awal. mmg setiap thn mcm tu, baju anak2 akan siap sblm ramadhan lg. 
bulan pose ni dah 4 org dok tegur TA makin kurus skrng. ya ke? emmm..mungkin kot sbb skrng ni dah blh pakai semula tshirt muslimah saiz s. nak buat mcm mana, ligat je selalu siang mlm dgn sekolah..dgn anak2..dgn en.suami...eh?!
pendek kata..penat huhuhu
 lepas shopping kat aeon bukit raja dan jakel shah alam..terus gerak balik. berbuka puasa di kuala selangor, restoran nasi arab menjadi pilihan en.suami.

 wajah org puasa hehehe

 sy mkn 3-4 suap aje. cannot go lar dgn masakan arab. bau kambing pun dah buat kembang tekak, apatah lg nak mkn. so order ayam je. pun tak lalu..sbb ada bau pelik huhuhu
i ni tekak melayu..tekak petai hahaha

deco raya yg baru nak bermula. 
takde yg baru di vck kecuali langsir dan bantal atas sofa. 
susun atur pun masih sama..lapik meja kopi tu pun tak tahan lama tu, yakin sgt sbb celah meja kopi dgn rak tv tu favo area irfan. dia blh selamba je panjat dan duduk atas meja tu goyang2 kaki. byk kali dah bdn tersepit celah tu. yer lar..dia makin besar tp masih nak main dkt area ni. 
mmg tmpt favo dia..tu sbb toys dia pun byk sy letak kat sini. 

budak ni, 30 jun hr tu cukup setahun 2 bln. 
plg best baby irfan dah pandai jalan yeayyyy!
bkn setakat berjalan, memanjat pun dah terror. tgk aje pic ni, selamba panjat tangga katil abg iman. 
abg iman dan amal start jalan umo sethn sebulan, baby irfan sethn 2 bln, lewat sebulan dr abg2nya.
mesti best raya ni tgk dia terkedek2 jalan dgn baju melayu dan sampin upin ipin hehehe
tak sabar!

anak abah ni. asik abah abah abah kat mulut dia.
bila merengek..bila nak susu..baru mama
mlm2 pun bila merengek takleh tido cari mama gak huhuhuhu
pandai kamu ya.

ok itu aje. 
selamat menyambut hari raya u all! 
0-0 ya.
bye!
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH