FOLLOWERS

Sunday, March 20, 2016

penang 2016 part 1: nasi kandar line clear!

assalammualaikum =)

alhamdulillah...perancangan kami utk holiday ke penang dah jadi kenyataan. percaya tak ni 1st time kami holiday ke penang? ramai kwn2 x percaya sbb kami kaki jalan, kaki cuti2 malaysia, kenapa penang yg popular tu tak pernah smpi lg?? hahaha..ntah ya. tp alhamdulillah dah smpi pun ke penang baru-baru ni. sbb tak pernah lg ke sana so en.suami kata kita spend 4 hari 3 malam utk holiday kali ni (14-17 mac 2016). masih fresh lg semua kenangan indah kami di sana...ecewah. so utk trip kali ni aku byk refer pd elly dan huda. depa berdua yg byk info aku pasal penang. depa kata better stay kat batu ferenggi sbb lbh happening. maka aku booked lost paradise resort 2 malam dan lone pine hotel 1 malam. blh ler check website hotel2 ni for more info ya? google aje. entry pasal hotel2 ni aku buat kemudian lah...tapi both hotel best. tepi pantai. puas hati. pendek kata penang mmg best. 

mcm sikit kan? sbb ni blm campur bakul susu anak + 2 bag toys utk cod (sempat lagi hehehe) + toys utk anak2 main kat pool dan pantai + bag kecil utk keperluan yg mudah di capai...perghhhhh sendat alza ok. dgn baby car seat lg...dgn bantal2 bebudak ni lagi. mcm sardin kami dlm alza kihkihkih. kami bertolak seawal jam 6.45am isnin. udah mcm nak ke sekolah gamaknya. anak2 semua tido bila dah masuk keta. kami target utk lunch di nasi kandar line clear..mujur sempat alhamdulillah. utk kami yg 1st time smpi ke penang ni, google map sgt byk membantu. oh ya..my kak cho 1 family pun join sama trip ke penang ni. tp lambat jumpanya..ptg isnin br jumpa kat hotel. depa dok 2 mlm aje..so x semua tempat kami pi bersama. 

bila dah nak smpi juru baru anak2 bgn dr tido. budak kecik ni bila dah bgn tido mesti nak ke depan...takmo dok bb car seat dah. kurus dah baby mama ni, lepas cirit birit 2 minggu hr tu mmg dia xde selera makan. bergtg dgn susu aje lah. 

alhamdulillah sempat jumpa dgn customer kat rnr juru utk cod toys.
terima kasih daun keladi ya.

 weeeeeeee excited gila masa ni 1st time nak lalu jambatan pulau pinang. kesian tak kesian lar sbb dah berdiri cantik jambatan baru, baru ler kami nak lalu jambatan lama hahaha
berpandukan google map maka sampai ler kami ke nasi kandar line clear! org kata klu tak smpi sini, tak bermakna ke penang...so here we are! wlupun sbnrnya aku tak berapa nak jalan dgn nasi kandar, layan ajelah hehe.
so far traffic ok aje sepanjang 4 hari kami di penang. org kata klu cuti sek penang sesak? tp trip kami kali ni ok aje. maybe weekend lg sesak kot. syukur...Allah permudahkan urusan perjalanan kami. 

 kami dah smpi nasi kandar line clear!
en.suami sempat bawa anak2 ke toilet kat blkng. 
en.suami kata: klu ma tgk tempat masak2 dia kat blkng, mesti hilang terus selera nak makan. 
kahkahkah..aku xnak imagine hahaha

 tu dia...udah mcm buat iklan en.suami ku itu.

pilihan mmg sgt ler byk. sediakan aje duit. mmg semuanya nampak sedap.

 kami smpi sini dlm kul 11am. pengunjung dah mula ramai.
tapi menjelang kul 12tgh hari, lagiiiiiiii ramai yg masuk.
perghhhh hebat tak hebat lah kan??
nampak tu, dah mula bertapak sejak 1930, dah jadi heritage pun.

 full house ok. padahal tempat mkn nya biasa-biasa aje.
mcm nak runtuh pun ada

 berpusu2 org masuk

yg depan sana en.suami punya.
yg pic dekat ni aku punya. x habis pun. en.suami gak yg tlg habiskan haha..
anak2 xnak mkn lg maa ni sbb dah kenyang mkn roti dlm keta.

tak lama kami kat sini, lepas habis makan terus keluar sbb masih ramai yg menanti meja kosong.

maka...nasi kandar line clear DONE!!

 itu dulu..bye semua!

Thursday, March 10, 2016

entry percutian tertunggak yang semakin bertambah ~stress

assalammualaikum =)

aduhhhhhhh keinginan nak update blog setiap hari mmg ada. 
seriously sentiasa ada. terutama cerita hal anak2.
tapi masa yang takde sob sob.
kerja kat sek byk gila.
eh kang mula lar ada yg kata aku, eleh mcm dia sorang byk kerja.
huwwaaaaaaaa takleh nak ckp apa lar gitu kan huhuhu

emm...memandang kan ini blog aku, maka suka hati aku nak tulis apa.
so entry ni aku nak list down cerita percutian yg blm aku update dlm blog ni:

~ holiday adik beradik ke vietnam on mac 2015 (Perghhhhh setahun dah)
~ holiday ke melaka (gambar dlm hset dah ter delete sob sob. tinggal sket aje gambo yg ada huuuuuu)
~ holiday shah alam + petrosains (wakakakaka ni pun consider holiday ok sbb kami bermalam di hotel haha)
~holiday di cameron highland lg awal 2016 hr tu (pun sama byk gambo dlm hset dah hilang)

nampak tak betapa aku ni tak pandai guna hset.
memanjang gambar ter delete.
nyampah tul.
nak marah org lain pun takleh sbb mmg salah sendiri.
dush dush hahaha

cuti sek next week in syaa Allah kami nak pi holiday lagi
sebagai peringatan kepada diri sendiri, gunalah camera cikai tu utk ambik gambo ya TA. 
jgn bergtg sgt pd hset murah ko sbb  at the end selalu sgt gambo dlm hset ter delete huwwwaaaaaaaaa

ok itu aje lah bebel2 suka suki pagi ni
bye semua!

Wednesday, February 17, 2016

kisah cuti 9 + 2 hari

assalammualaikum =)

best gila cuti woi.
ada ke yg tak suka cuti?
aku suka...suka sgt hokay.

alkisah cuti sekolah ni mmg kami plan nak dok umah aje.
tak nak ke mana2.
balik kg tak, berjalan pun tak.
aku dah pernah ke CH masa CNY
dia punya jam hazab ok.
so kami nak dok umah aje. 
anak2 pasrah.
ada gak plan nak ke rumah kak cik di proton city, at last cancel gak.
cuti ni mama abah masak kat umah hoyayyyy..
abah tu tak heran lah.
ni mama masak ok..i repeat mama masak muahahaha
ada sekali tu (dlm cuti ni), mama masak then mama suap semua anak2 makan
habis!! mmg best lar anak2 siap puji2.
smpi mkn mlm mmg tak bersisa langsung mknn

hari ahad pertama cuti tu kami ada jualan car boot sale.
kali ni hangkut semua anak2 sbb pengasuh x available.
nnt lah klu berkesempatan aku buat entry khas citer pasal ni.

hari isnin anak2 aku dah menggelisat ajak berjalan. aduhai...malas btl nak kuar rumah.
nak tgk wayang, takde citer best.
hari selasa gagahkan jugak lah pi aeon manjung. 
bg anak2 main bola byk2 tu kat sana. dr sini ada kisah seterusnya..nnt aku citer.
balik dr aeonmanjung kami menempuh kesesakan luar biasa. 
ye lar kan cuti CNY smpi selasa..then dah tentu selasa tu berduyun org balik kl.
tak pepasal kul 9mlm br kami smpi umah.
patut keluar dr aeon kul 5.30, kul 7pm dan blh smpi..maghrib kat umah aje.
ni maghrib pun singgah masjid.
alahai anak2...
ikut hati aku masa tu mmg tak larat nak outing ke mana.

rabu dok umah.
khamis aku dgn en,suami ke sogo.
actually en.suami ada urusan ke kl..aku pun menumpang sekaki ajak ke sogo.
beli baju tido anak2 aje pun..sbb semua dah ketat2 terutama abg iman yg membesar bagai badang.

khamis malam bermula kisah...irfan demam + muntah2 + cirit birit.
jumaat bawa ke klinik.
sabtu berjangkit plak ke abg iman dan amal..bawa lg ke klinik
hoi teruk wei anak2 aku masa ni.
semua pakat2 muntah dan cb berterabur
mmg penat gila aku dan suami dok handle anak2 masa ni.
mcm mana kami tak dpt rehat, mcm tu juga dgn mesin basuh dan dryer yg tak behenti running.
mujur ada dryer..klu takde lagi parah
byk gila membasuh..ye lah klu dah muntah dan cb berterabur..blh bayang tak? hahaha
tikar depan tv pun kena cuci.
en.suami berus habis-habisan then jemur.
habis semua jenis lapik keluar..
tu blm masuk bab tilam..semua jenis tilam kena cuci dan jemur.
phewwwwww letih gila ok.

doc kata bkn food poisonous sbb tak serentak.
ni jangkitan virus.
kami agak dpt dr kids playground kat aeon tu lah..
ye lar kalau dah bergelumang dlm bola byk2 tu kan..kuman pun dtg hinggap.
mula kat irfan..then berjangkit.
akhir sekali amma pun kena cb huahuahua..
maka semua org dpt mc 2 hari. hari ni baru aku mula kerja ha.
tu pun masih berulang ke toilet aje.
irfan dan amal masih kat rumah, en.suami plak cuti utk jaga anak2.
ptg smlm dah bawa irfan ke spital, mujur tak warded sbb irfan still aktif mcm biasa.
aku paksa dia minum dan susu dgn byk, takut dehydrated.
kesian sgt..melecet dah montot si kecik sebab cb yg teruk. hari ni masih cb lg.
doc kata cb pd kanak2 mmg lambat sembuh sbb takde ubat.

amal juga masih cb, masih cuti hr ni.
abg iman je yg sekolah.

moga cpt sembuh ya anak2 mama huhuhu

so 3-4 hari ni aku di landa keletihan amat sgt.
ni pun rasa mengantuk gila.
mlm td x berapa lena sbb irfan still muntah lepas susu.

 ini masa hari sabtu, masih demam
blh plak dia buat muka sedih landing kat sini huhuhu

ini juga hari sabtu
semua tgh teruk masa ni

 view biasa bila anak2 di rumah. so takyah heran sgt ya.
mama is tauke mainan

 masih ceria alhamdulillah...

ok habis cerita marathon 9 hari cuti sekolah hehehe

i is lemau ok..ngantuk gila ni
ok nak gi lab.
bye semua!
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH