FOLLOWERS

Friday, July 21, 2017

simple update.

assalammualaikum =)

dah lama tak update blog. alhamdulillah semuanya berjalan lancar dlm 7 bln pertama tahun ini. kesihatan yg sedikit terjejas tempoh hari, adalah penghapus dosa. ku redha. terlalu byk cerita smpi tahap xtau nak kongsi yg mana. kehidupan sebagai guru di sekolah juga takde masalah. aku happy di sini. at least setakat ni..syukur alhamdulillah.

 3 jejaka yg menjadikan kehidupan aku sbgi ibu sentiasa berwarna-warni.

...dan insan yg sentiasa di sisi 

itu aje. bye!

Wednesday, June 21, 2017

deco raya 2017

assalammualaikum semua =)

alhamdulillah dah 26 hari kita puasa. lagi 3 hari insyaa Allah nak raya dah.
so kat villa comel kami ada ler sket2 ganti baru ambik mood nak raya.

sofa baru. puas hati dapat sofa merah muahahaha
yg ni mmg niat nak tukar baru dah lama, sbb sofa lama aku tu dah rosak. 
pastu letak juga owl hijau tu sebagai throw cushion. tema living hall masih kekal merah hitam dan putih. pastu aku byk guna item2 berwarna hijau di sini bg mengelakkan mata jadi merah bebeno..tu sebab pilih owl hijau.

owl hijau ni..menyemak aje sebenarnya hahaha
aku dah selamat pi simpan kat bilik nom.4
living hall dah le kecik. dtg 5 ekor ni plak menyibuk..arghhhh simpan ajelah hehehe
kot ada tetamu nak dtg blh keluarkan, sbb masa ni mainan2 blh simpan. sekarang kita bg keutamaan kat mainan anak2 dulu.

pastu carpet baru. oh best sgt carpet ni. aku beli online. harga pun reasonable. tebal dan lembut nya tu..ya ampunnn aku sukaaaa. best aje kami guling2 atas carpet ni tgk tv.

nampak tak kerusi panjang tu? aku nakkkk sgt remove kerusi tu dan gantikan dgn 2 bijik wing chair kat situ. mesti nmpk lebih elegant..gittteewwww.
TAPIIII bhgn bawah wall kat situ agak comot. klu letak wing chair mesti terserlah kecomotannya. ku tak suka huhu..
so kita tangguh dulu wing chair. hajat di hati, cuti sekolah hujung tahun nak upah org cat dinding living hall dan sedikit dinding menghala ke dapur. ok kalau dah cat, blh dah letak wing chair kat situ. 
4 toys storage tu nak letak kat mana nnt? adalahhhhhh idea aku dah cantik dah ni. peruntukan utk tu pun insyaa Allah ada. tinggal masa aje lagi takde. yerlah..kena tggu cuti sekolah panjang utk urus semua ni. 

pastu ada lah frame gambar keluarga yang baru kat situ

itu aje...nak raya dah. yeayyyy!

bye semua!!

Wednesday, June 14, 2017

Travelog TA ke Jepun: Day 2- Hakuhinkan Toy Park & Akihabara

assalammualaikum =)
salam 19 Ramadhan 1438 Masihi.

I tried blogging more often..ok i tried hahaha..ntah bila nak habis travelog TA ke jepun ni. day 2 pun tak sampai ke penghujung lg.

******************************************
keluar dr As-Salam Mosque, kami ke Hakuhinkan Toy Park.dari Ueno 
Station td, kami ambik train ke shimbasi station. haaaa dr as salam mosque tu kami berjalan kaki blh tahan jauh gak ke ueno stn. pendek kata asik jalan kakiiiiii je sepanjnag kat sana. kaki smp dah tak mengenal erti sakit :p

sy ke Jepun membawa kiriman toys dr anak2. siap ada list ok. maka tempat ni jd tempat wajib tuju.well u know lah, jepun kan pengeluar toys jenama bandai. harapannya harga lbh murah dr malaysia.

bertingkat2 mall ni. toy park katanya kannn...semua jenis toys ada jual kat sini.disebabkan masa yg suntuk. aku tuju terus ke bahagian yg jual ultraman.

jalan raya di hadapan hakuhinkan toy park ni di tutup utk laluan kenderaan. aku pun tak pasti kenapa. so kat sini org berjalan kaki je.

hanis zalikha and her family ada bergambar di spot yg sebijik mcm dlm pic atas ni. ada aku up dlm IG. 

oh ya, kat sini juga kami bertemu dgn sorang lagi ex-student, adib. so dr sini, dia join kami jalan2 sampai ke malam. 

orang sekinchan di tengah bandar Tokyo!
giteewwww...kami bertiga berasal dr sekinchan. rumah pun tak jauh mana hihi
tak nampak pun mcm yg tgh tu cikgu kpd yg kiri kanan tu kan? nampak mcm kwn2 aje kan?
#perasanmuda
:P

ni di luar hakuhinkan toy park.

ini tempat yg dituju. oklah harga dia murah sket dr yg di jual di aeon malaysia. 
kalau nak cari yg lg murah, beli kat off house. (kedai preloved) tp yg latest character takdelah. aku bawak list kiriman anak2 semua nama ultraman dan rasaksa yg tak jumpa lg kat malaysia


pi wassap gambo ni kat anak2, jeles ler budak2 tu hehe

nampak tu, yg berbasikal pun hanya menolak basikal depa hingga ke hujung jalan. kami tak lalu jalan ni so taktau apa yg ada di hujung sana.

jepun sangat.

dari hakuhinkan toy park, kami menuju ke akihabara pula. masyaAllah lg tinggi bangunannya. kat sini tempat shopping brg2 eletronic, gadjet dan yg sewaktu dgnnya. kwn2 yg lain nak cari G-Shock kat sini. depa naik atas. aku dok kat level bawah ni aje sambil memerhati gelagat org. sakit kaki wei.
tak byk pun gambar yg di ambil kat sini.

ok itu dulu. destinasi seterusnya sambung dlm entry yg lain.
masih day 2 ni hahaha
bye semua!
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH