FOLLOWERS

Thursday, September 26, 2019

Muhammad Amal Hafiy menuju 10 Thn

 assalammualaikum =)

TA bersiaran dari SALAM Specialist Hospital.
pelik kan tetiba awal pagi mcm ni ada pulak aku masa nak update blog haha. 
kisahnya begini, abang amal dah hampir 3 bulan batuk. berulang-alik ke klinik, berbotol dah ubat batuk dan 2x antibiotik sepanjang tempoh ni. masih lagi tak ok. datang pulak jerebu, lagi teruk jadinya. maka semalam kami bawa dia bertemu pediatrician di sini. kenapa baru semalam? sebab sblm tu en.suami os ke jepun 2 minggu. so mmg nak tunggu dia balik baru nak bertindak. dlm tempoh tu, aku pantau lah keadaan amal, tidak lah biar begitu saja. aku bukan ibu yg kejam ok haha.

di pendekkan cerita, amal admit ward utk buat x-ray, blood test, phelgm test dll utk find out problem dia. so ok ajelah kan. ptg smlm doc dah dtg ke ward bawa result x-ray amal. alhamdulillah lungs clear tiada tanda2 TB. ini dah cukup melegakan mama. so doc kata most probably asthma lah ni. smlm buat breathing test yg tiup2 tu pun, pendek je nafas dia x smpi 100. bacaan normal 150. 
pesakit asthma, klu time jerebu mmg sgt terkesan kan. 



kami masa check in ward semalam. 


amal kena cucuk 3 tempat utk ambik darah. nurse kata darah dia sgt pekat tu susah nak dpt. haaaaa tu lah akibat kurang minum air, mama dah ckp byk kali kat dia suh minum plain water byk2 tp ya ampunnnnn susah btl utk dia. 


sehingga jam 8am ni, dah 5x ambil neb. amazingly bgn pagi ni tak dgr lansung dia batuk. klu tak masa kat rumah..batuk memanjang terutama belah pagi dan malam. 

boring dok wad taktau buat apa, makan aje lah dia. lama lagi ni kita kat sini amal. bertabahlah. 

photo terbaru dia pagi ni selepas mandi. kelihatan lbh sihat dan ceria alhamdulillah. tak dgr batuk lansung, mcm tak dpt je nak ambil sample kahak dia. 

ok itu ajelah. nak tamatkan entry yg pendek ni pun byk kali pause. kejap dia nak minum. kejap dia nak makan. kejap nurse dtg masuk ubat udah menangis pulak dia sbb sakit. kejap sejuk sgt econ mintak increase temperature. adaaaaa je lah hehe.

doakan  abg amal cepat sembuh dan kami cepat dpt balik ke rumah ya?
bye semua!


Thursday, May 16, 2019

Travelog TA ke Seoul, Korea - The Teaser

Assalammualaikum =)


Travelog TA ke Jepun tak siap
Travelog TA ke London tak siap

now muncul pula Travelog TA ke Seoul, Korea hahaha
kita bagi teaser dulu lah ya.
besttttt sgt alhamdulillah syukur atas rezeki yg Allah bagi. 

Gyeongbokgung Palace

sekitar Gyeongbokgung Palace

Nami Island

Nami Island

Everland

Everland

Namsan Tower

sekitar Namsan Tower

dan banyakkkkkk lagi tempat2 menarik yang kami dapat pi. 
pengalaman berharga.

itu dulu bye semua!

Wednesday, May 15, 2019

Day trip to Singapore - Merlion Park and Garden by the Bay

Assalammualaikum =)


jam 5.00pm terkejar2 kami keluar dr uss. driver dah tunggu. kami di bawa ke sebuah masjid utk solat jamak. tak ingat dah apa nama masjid tu huhu.
then kami pilih untuk ke merlion park utk melihat mercu tanda singapore. 
ke singapore tahun 2012 kami dah ke bugis street dan beberapa tempat membeli belah yang lain. wlu tak mebeli, tetap jejak juga masa tu. so this time kami pi tempat lain pula. uss tu jatuh wajib ok. 

smpi dah kat merlion park stlh driver meredah traffic jam.
wahhh bulatnya muka haha.. best jugak jalan2 ambil angin petang kat area ni. dlm setgh jam aje kami kat sini. 


jumpa dahhhh tu lah merlion. mermaid + lion. 

bukti dah smpi sini.



family portrait di berlatarkan merlion konsepnya. 







destinasi seterusnya adalah garden by the bay. 

kami tiba di sini tatkala hari dah mula gelap. cantik lampu2 di sini ala2 i-city tp rasanya i-city lg besar. klulah masa ni dah ada hphone vivo ni..mesti gambar2 waktu mlm lbh memukau :p






alhamdulilah anak2 semua ok takde yg merengek walau dah seharian berjalan. budak kecik ni ada bawak ubat dia sentiasa ni..tu yg ok hahaha. 



gasak ler pipi pau penuh dlm entry ni. bukan utk tatapan korang, lbh kpd nak simpan buat kenangan kami sekeluarga bila dah tua2 ni. 










lewat malam kami tiba di homestay JB. penat tp rasa best sgt. 
ntah bila dpt repeat.
bos besar tak bg kelulusan lagi.
proposal asik kene reject huhuhu.

itu dulu. bye semua!

The End
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH