FOLLOWERS

Sunday, February 14, 2021

Travelog Umrah TA - Hari ke-2 di Madinah dan pengalaman memasuki Raudhah

SAMBUNGAN DARI ENTRY INI

Assalammualaikum =)

Mujur juga masih ada sedikit catatan yg masih di simpan. dapatlah aku "simpan" kisah menarik ini di blog sendiri buat kenangan di hari tua..bacaan buat anak cucu. 

9 December 2019 ~ hari ke-2 aku di bumi Madinah al-Munawarah (Kota yang Bercahaya). 

Seawal 4am, kami dah melangkah kaki menuju ke Masjid Nabawi. 

inilah laluan dr hotel kami setiap kali pergi balik ke Masjid Nabawi..straight menuju ke pintu masuk nom. 25. dan beginilah suasana sejam sebelum masuk waktu solat, semua dah berpusu2 ke masjid. 

beginilah indahnya masjid nabawi di subuh hari. bila kita berada di kota ini, automatik tujuannya hanya satu iaitu beribadat sebanyak mungkin..kerana kita tahu, di masjid inilah tertanamnya jasad Rasullullah SAW. jiwa terasa amat dekat dgn Baginda SAW. mana mungkin kau nak berhabis masa hanya di hotel atau di kedai2 utk membeli-belah bila kau tahu tentang perkara ini. kerana masa yg suntuk, maka rebutlah seberapa banyak peluang yg ada utk berlama2 di dalam masjid ini. berikhtiqaf dan beribadat. 

pintu nombor 25 di Masjid Nabawi terpahat di dalam hati selamanya.

Dataran Masjid Nabawi pada jam 4.25am pagi. payung di dataran ini masih belum dibuka ketika ini. 
Masjid Nabawi tak pernah sunyi. 

Air zam-zam disediakan hampir di setiap pintu masuk masjid - bahagian dalam. 
minumlah..nikmatilah..besar hikmahnya.

Masjid Nabawi sgt indah binaannya..luar dan dalam. mcm tak percaya aku dpt saksikan keindahan ini dgn mata sendiri. mata fizikal..dan mata hati. 

semua kubah seperti ini akan dibuka pada waktu siang dan ditutup semula bila langit mula gelap. 

Impian utk solat di bahagian paling depan ruang jemaah wanita, Allah kabulkan subuh ni. walaupun telah penuh, tatkala masih tercari2, pengawal keselamatan wanita (yg berdiri dan berjubah hitam tu) melambai ke arah kami supaya kami ke tgh saf berdekatan tiang. alhamdulillah ada ruang kosong lagi utk kami solat di situ. 

Tafsir Al-Quran ini menjadi peneman setia sepanjang masa di Madinah dan Mekah. 

Permaidani indah di dalam Masjid Nabawi. di Raudhah, permaidaninya berwarna hijau. 

ini suasana selepas solat subuh..tatkala langit mula cerah. 

Kami diminta berkumpul di lobi hotel pd jam 8.30am utk program ziarah Masjid Nabawi. Ustaz Abdullah Khairi memberi penerangan dan tazkirah tentang Rasullullah SAW sepanjang program ini berlansung. 

kami beramai2 menuju ke Masjid Nabawi. setiap jemaah telah dibekalkan dgn alat pendengaran jarak jauh so kami dpt dgr suara UAK dengan jelas.


mcm tak percaya Allah jemput aku ke sini. Subhanallah..Allahuakbar. segalanya indah. terlalu indah. 

inilah namanya Dreams Come True. 
berdoalah moga kita dijemput lagi utk ke sini.

aktiviti berceramah secara berkumpulan besar tidak dibenarkan di dalam Masjid Nabawi. jd kami diminta utk duduk berjauhan, tapi telinga tetap mendangar tazkirah UAK. tu UAK tgh memberi tazkirah dan kami tidak mengelilingi beliau. 

semua tekun mendengar tazkiran UAK. kalian pernah dgr ceramah UAK? best..aku suka. 


rupanya...pengawal keselamatan tetap mengesan tindakan ini. tu UAK dah kena sound. 
maka kami pun bangun dan berpindah ke area lain.

sgt indah...aku xtau nak describe mcm mana sbnrnya. selama ni tgk di gambar2 atau di media, tp nahhh skrng dpt tgk dgn mata sendiri. kwsn Masjid Nabawi sgt besar. 

aku mmg byk capture gambar sana sini..sbgi kenangan. 



akhirnya kubah hijau ini terlihat di depan mata. di bawah kubah hijau inilah bersemadinya jasad Rasullullah SAW. 

Di sini, kami berpecah. jemaah lelaki di bawa masuk ke Raudhah manakala jemaah wanita meneruskan langkah mengelilingi Masjid dan terus pulang ke hotel utk makan tgh hari .

Salah satu pintu di Masjid Nabawi.

Tiada program khusus pd waktu petang hingga ke malam. maknanya jemaah akan bergerak sendiri dlm kumpulan kecil / keluarga utk ke masjid bg tujuan solat dan ibadat lain..mengikut pilihan sendiri. 
pastinya kami tidak melepaskan peluang utk solat zohor, asar, maghrib dan isyak di Masjid Nabawi. 
kurang sejam sebelum masuk waktu solat, semua excited menuju ke masjid. 

pada waktu malam, jemaah wanita diminta berkumpul jam 9.30pm utk dibawa masuk ke Raudhah. aku sempat melelapkan mata sejam (8-9mlm) sbb dah penat sgt. 

utk masuk ke Raudhah, ia satu perjuangan. jemaah serata dunia sgt ramai dan kami perlu bersabar menanti giliran. kebiasaan nya, jemaah dr asia tenggara di tahan lama sblm dpt peluang masuk ke dalam Raudhah. ya..ada diskriminasi di situ. perlu ada yg bersuara setelah lama menunggu..baru lah kita dibenarkan masuk. itupun masuk secara berebut. kami berjalan laju..tapi hakikatnya ramaiiiii jemaah dr negara lain yg lari pecut utk masuk. ya, aku sungguh terkejut dgn situasi ini. diluar jangkaan sgt2.

nampak kubah hijau tu dr tempat kami menanti giliran utk masuk ke Raudhah. ya, Raudhah berada di bawah kubah hijau itu. ini baru cerita sebelum masuk ke dalam Raudhah.
Alhamdulillah syukur sgt2 Allah izinkan aku masuk ke dlm Raudhah. 
peluang yg ada ini, aku gunakan sepenuhnya utk berdoa dgn bersungguh-sungguh. 
aku dpt peluang utk solat sunat taubat dan hajat di antara 2 tiang dan plg depan - dekat dgn kanvas. Sementara menunggu giliran utk solat (ketika ini aku dah berada dlm Raudhah), dapat aku bacakan semua kiriman doa. UAK kata, Raudhah adalah tempat mustajab doa, bukan tempat mustajab solat. so kalau tak dpt menunaikan solat sunat di sini pun takpe, lepas angkat takbir, terus sujud utk berdoa. tp klu dpt peluang utk solat sunat..buatlah. Ya Allah...keadaan dlm ni sgt lah sesak. ketika solat, badan bergoyang2 kerana dilanggar oleh jemaah lain. khusyuk tak solat? ku serah pd Allah. yg penting..doa telah kupanjatkan dgn bersungguh-sungguh. biarlah Allah yg menilainya, 
kita tak boleh nak berlama di dalam Raudhah, ada pengawal keselamatan yg akan segera minta kita utk keluar usai menunaikan solat. jd, berdoalah dlm sujud terakhir. itu tips yg dikongsikan kpd kami. ya Allah..masih terbayang2 di ruang mata suasana di dalam Raudhah. sungguh, aku sgt terkejut dan tak menyangka itu suasananya - bagaikan berperang.

ini laluan keluar dr Raudhah. 
sekitar jam 12 tgh malam aku dan ibu mertua tiba di hotel. 

begitulah kisah hari ke-2 kami di Kota Madinah.
alhamdulillah..satu kenangan yg sgt2 berharga. tak ternilai dgn apa jua.

itu dulu..bye semua!


Tuesday, October 20, 2020

Projek PKP 3: Mini Garden Mama @ VillaComelKami

 assalammualaikum =)

lama dah upload gambo, tapi cerita tak terkarang. 
1 lg projek kami masa pkp hr tu adalah mini garden mama. 
sejenis kegigihan.
terima kasih byk kpd en.suami yg memainkan peranan utama. 
mama jd banker :p
bertabahlah mama..udah mama yg nak kan? hahaha.
takleh lupa pnegalaman kami pi nursery sg buloh lps pkp tamat, masa tu sek masih tutup.
ada 4-5 kali jugak kami ke sana huhu..
total damage toksah kira lah kan..dah suka, on aje. 



bicycle planter ni en.suami yg d.i.y dr basikal lama mama. gigih tau..bukan senang nak spray bagai tu. 
pokok bunga yg ada di sini juga dah berubah banyak kali. 
biasalah, yg hidup pastikan mati hahaha.


upload kat fb gambar2 ni semua, dlm group berkaitan. dapat lbh 6k like hahaha
kenangan sungguh.



setiap sudut penuh dgn pokok bunga.





masa ni blh masuk lg dlm pagar putih tu sbb blm penuh. skrng penuh dan merimbun dah.








pokok ati-ati

ok settle tinggalkan kenangan ni kat blog.
alhamdulillah..
gambar je byk hahaha...malas btl nak menulis skrng ni. 

itu aje bye!

Tuesday, July 07, 2020

Projek PKP 2: Jualan gubahan fittonia hidup


assalammualaikum =)

dek kerana dah lama sgt dok rumah time pkp hr tu, maka ku terjebak dgn indoor plant dan outdoor plant. kan ke tgh viral hr tu haaa terjebak hokayyy.
alang2 terjebak, ku buat jualan terus. alhamdulillah..25 gubahan pasu habis dijual. syukur sgt.

Fittonia is a genus of flowering plants in the acanthus family Acanthaceae, native to tropical rainforest in South America, mainly Peru. The most commonly grown are F. albivenis and its cultivars. They are spreading evergreen perennials growing 10–15 cm tall.
sumber: google

kesimpulannya, fittonia ni indoor plant. cannot receive direct sunlight and over watering - blh mati. so sesuai sgt letak dlm rumah. 2-3 hari kita renjis air kat tanah dia. 

 ini gubahan fittonia yg sy buat utk dihadiahkan utk kak cho dan kak cik. suka sgt depa
setiap pasu sy gabungkan 3 jenis fittonia berbeza, barulah nampak cantik.
kerja2 repot ke pasu cantik en.suami yg tlg buat. sy buat bhgn kemasan dan decoration.

sebahagian fittonia yg sy borong dr nurserry di sg buloh utk merealisasikan projek ni.

  pic setelah siap digubah. care card turut sy sertakan so ia kelihatan lbh exclusive.

selesai repot, 25 pasu tersusun depan tv ni sedia utk dijual.

gambar2 di bawah adalah sebahagian decoration of fittonia yg sy buat. saja save sini sbgi kenangan.








yg ni koleksi peribadi sy hihi..cantik tak?

actually bkn mudah tau nak deco setiap gubahan ni. perlu kesabaran tinggi terutama part nak lilit jute rope tu. terbeli pulak jute rope saiz kecil, jenuh hahaha
tp klu dah minat diy tu..semua jd menyeronokkan.
nak pula semua jualan habis..mmg best lah.

itu aje..nnt projek pkp3 lg best tau. mini garden mama! nntkan ceritanya..klu ada masa :p
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH