FOLLOWERS

Tuesday, May 31, 2011

teater musikal: kenangan mengusik jiwa 60an

assalammualaikum =)

punyalar dah lama sy tak update blog. lately ni mood nak update blog ke laut huhu... dia rasa mcm ni, bila nak update blog, kena on laptop so mcm malas... tp skang ni sy gagahkan diri (ceh mcm nak ke bendang je bunyi...) utk update cerita terkini sy and family.
alhamdulillah dah byk impian sy yg tercapai tahun ni. terbaru, impian sy utk menonton teater di ISTANA BUDAYA tercapai jua akhirnya pd 28 may 2011 yg lalu. serius dah lama teringin nak ke sini...rasa mcm wahhh dpt tgk teater kat IB?? dasyat arr ko...hahahhaa ok2 sila menulis mcm cikgu semula.
tayangan kul 3pm, so kul 10am kami dah keluar. sabak bernam -IB tu jauh ok. hantar anak, then pi beli GARMIN GPS (gadjet terbaru kami hehe) kat sg.besar. actually dah lama hubby nak beli tp asik bertangguh. smpi kat setia alam dlm kul 12 lbh br kami on gps tu. tgk kat situ...oo dlm stgh jam blh smpi IB. so dgn senang hati kami singgah lunch kat restoran ayam penyet AP setia alam. eh restoran ayam penyet ni kan tgh glemer skang kan? kan? ni percubaan pertama kami, dan kami juga br tau ooooooo mkn indonesia rupanya hahahhahaha

ayam penyet dan...apatah nama yg ditabur atas ayam penyet tu...lupa plak tp serius sedap!

pecel (pecal lar hahaha)

teh o ais utk hubby dan soursoap +blueberry jus yg sedap for me!

kami mkn dgn senang hati...org pun tak ramai, deco pun cantik so lalalalala ala IB tu setgh jam je dr sini hehe...
sekali tu haaaaaa amik ko gps ni bg jln plg dekat tp ada dia amik kira pasal traffic jam?? takde ok... jam sgt!!! masa bergerak punyalar laju. nak dijadikan citer, bateri gps dah flat and charger en.wira takleh guna. wahhhhhhhhh sempat x ni kami nak ke IB??? show kul 3 dah start. muka hubby dah berubah...lampu merah pun dia langgar aiyakkkkk takut i tau huhu...
dipendekkan citer, kami smpi IB tepat kul 3pm. geng SBPISB semua dah masuk panggung utama tu. mujur kami dibnrkan masuk jugak wlupun lmbt. ikut rules kena masuk 15min awal lps tu takleh masuk dah. alhamdulillah...masih rezeki kami. actually masa stuck dlm jam tu, sy dah mula plan alternative lain klu2 x jmp jln ke IB hehehe...
talking about teater muzikal: kenangan mengusik jiwa 60an: best!! tak menagntuk pun sbb musikal kan so blh nyanyi2...joget2...tp penonton jgn ngada2 nak joget ya. jln cerita pun not bad. cuma pelakon2 baru mcm ana raffali tu...mcm tak pndi berlakon hahahaha...ok sy paste sinopsis citer ni utk anda semua hehe...

Teater muzikal: kenangan mengusik jiwa..60an
sinopsis:
Rey (Rahman) kembali ke kampung halamannya setelah sekian lama menghilangkan diri. Dengan menggunakan teknologi yang serba canggih masa kini, beliau telah ditemukan semula dengan rakan karibnya Azizan. Seperti yang telah dijanjikan, Rey dan Azizan akhirnya berjumpa kembali setelah hampir 30 tahun tidak bertemu.

Perjumpaan mereka telah banyak mengimbau sejarah terutama semasa mereka menuntut di kolej dulu. Namun begitu, Rey sebenarnya cuba untuk mencungkil berita tentang kekasihnya Rose yang dikenalinya semasa menuntut di kolej yang sama sekitar 60an, jika Azizan tahu mengenai perkembangan Rose.

Dari awal mereka masuk ke kolej, sehingga tamat pengajian pada sekitar tahun 1960an, dipaparkan bagaimana hubungan Rey dan Rose tercetus dan bagaimana terputus sehingga ianya benar-benar menghantui fikiran Rey. Itulah sebenarnya yang ingin Rey ketahui.

Bila Cinta Tiada Lagi…… semua nya tak bererti
Bila Cinta Tiada Lagi…… adakah itu pasti?

para pelakon:
Dafi sebagai Rey (60an)
Ana Raffali sebagai Rose (60an)
Iqbal Mazlan sebagai Azizan (60an)
Latif Ibrahimsebagai Rey (2011)
Siti Saida sebagai Rose (2011)
Halil Chik sebagai Azizan (2011)

Penampilan Istimewa Artis-artis 60an :
Datuk Ahmad Jais, A Rahman Onn, L Ramlee, J Sham, A Halim, Husin Ismail, A Rozainie, Fatimah M Amin, Band The Rhythm 60’s dan Band The Wanderers

komen saya: ok sgt best! blh bg 9/10 ok... tp tular taste kita semua tak sama kan. bg sy yg 1st time tgk teater ni, cukup best lar dan meninggalkan kenangan terindah dlm hidup...:) tq kpd en.hubby yg berjaya dptkan tiket free dr cikgu erza. tiket free utk seat yg sedang elok tgk teater pd view terbaik wahhhhh sungguh beruntung! alhamdulillah...
oklah jom tgk gambar2 sy kat sini plak ya..

ni semua students form 3, students yg sy ajar so blh arr gediks2 mcm ni haha... eh eh...bkn semua students arr kat sini. ada cikgu jugak lar hehe.. tp sy nmpk mcm student jgk kan? hahahaha ok ok jgn perasan ya azimah ko dah anak dua ok hehe...

eh korang nmpk tak pelakon jemputan istimewa kat kiri dafi tu??
hahahha sila gelak ok

tp sy tetap suka pic ni sbb mcm elok jer sy pose kat celah2 pelakon ni kan hehe...

gambar gediks dgn en.suami dan motor vespa yg klasik :-)

alamak comelnya motor merah ni....tp sy lg comel lar kan hahahhaha

dgn pemimpin negara..alar paklah kena tutup hehe


with teachers yg joint: cikgu erza, cikgu farid n wife and cikgu mael

kat luar ternampak plak keta2 sport yg sgt cun melecun ni huhu...sempat lar snap gambo kat keta org ni. blh dpt ke ni? ekekekke...


alhamdulillah sekali lagi... tecapai sudah impian nak menonton teater di IB. dlm bln nov nnt, masa annvsry kami kbtln ada plak teater lakonan erra fazira (x ingat tajuk)...isk.. rasa nak pegi lagi... insyaallah...
sekian dulu ya utk cerita yg agak panjang ni. bkn apa, skang ni mcm malas jer nak update blog ni, so sekali dah update kita bg citer pjg lebar terus hahahaha
oklar semua...bubbai!

Saturday, May 21, 2011

sambutan hari guru sbpisb 2011

assalammualaikum =)

jumaat lepas, 20 may 2011 telah berlansung sambutan hari guru di sbpisb. seronok sgt!! semua cikgu2 kat sini terutama ckgu pompuan sgt enjoy and happy...lbh2 lg bila depan camera hahaha... mmg tau pantang nmpk camera kita semua ni huhu...tp yg penting mcm one of my friend here said: no need to take botox to be young...just smile hehe...
awal pagi ada perhimpunan ringkas di dataran. alahai bosan dgr perutusan. agaknya yg baca tu lg bosan kot hehe... then after bfast, acara sukaneka bermula. yg ni best! lawan ikut rumah sukan ya. punyalar radon dah beria2...tp kalah jugak huhu tak aci tau. mesti kami kena sabotaj ni. jom tgk pic...

ada bola antara setiap badan ni. sila pastikan bola tak jatuh - jalan sama2- kutip bola ping pong kat bawah. sakit badan ni dibuatnya adehhhh

radon the best!


ceria!

lepas sukaneka, rehat jap then bermula acara di dewan ibnu khaldun. sblm masuk dwn sekali lg kami cikgu2 pompuan (yg dah jd mcm kanak2 hahahaha) bergambar sama2...tak kira lar wlupun depan toilet kami peduli apa janji semua ceria! yes!

haaaaaa suka sgt pic ni. kredit tu htc teacher wani hehe...

senyum dan tayang gigi ya hehe...

we are proud to be teacher here :)

bila dah sambutan hari guru, maka byk jugak la kami guru2 ni dpt hadiah penghargaan. jutaan terima kasih buat semua pljr2 kesayangan teacher yg bg teacher hadiah macam2! serius punya macam2 dan teacher sgt suka!! korang dah tau erk taste teacher hahahaha ni mesti ada yg rajin skodeng blog teacher ya ;)

ni pljr2 kelas sy thn ni, 3h 2011. cantik frame tu teacher suka sgt! siap ada pic teacher dr blog. nasib baik korang pndi pilih gambor yg lawa hahaha...


ni pulak antara hadiah yg sy dpt. handbeg yg sgt memenuhi taste sy ni dr pljr 3h 2010...
alahai korang sgt sweet tau masih ingat kat teacher korang ni. appreciate sgt :-)

baju ni pun dr 3h 2010...thanks ya ;)

antara hadiah yg sy dpt...tgk chocolate tu...nyam nyam!

ada lagi beberapa hadiah lain yg x sempat nak snap...apapun sy rasa sungguh bertuah menjadi seorang guru. bkn kerana hadiah ni semua, tp kerana sy ada pelajar2 yg sgt best mcm korang semua! "kami guru malaysia...lalallalala"

sekian dulu utk entry kali ini, jumpa lg!

Wednesday, May 18, 2011

Love sms from mr.hubby

Assalammualaikum =)


Tiada kata yg dapat diungkap betapa sayangnya diri ini padamu,
Tiada ukuran dpt mengukur betapa dalamnya cintaku padamu...

I love u sayang


Itu sms dr hubby yg sy terima masa tgh jaga exam ptg td tepat jam 2.41pm... Wah senyum lebar sy hehe...
Sy save sms itu dlm blog ini hanya dgn 1 tujuan: supaya 1 hari nnt bila tiba masa iman dan amal baca catatan ini,
Mereka berdua dpt lihat betapa sayangnya abah pada mama dan itu dpt dijadikan contoh buat mereka.

So special note for my lovely sons iman and amal:

Bila tiba masanya kalian berdua berumah tangga, sayangi isteri seperti mana abah menyayangi mama sepenuh hatinya.
Jadikan abah cth terbaik selepas rasulullah untuk kalian jdkan panduan dlm berumah tangga nnt ok.
Mama cukup bertuah memiliki suami sehebat abah iman dan amal.
Dia lelaki terbaik dlm hidup mama..
Mama amat bersyukur bergelar isteri kpd insan hebat seperti abah, abah kalian berdua...
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH