FOLLOWERS

Monday, September 24, 2012

isnin yang... what should i call this bad day??

assalammualaikum =|

pagi tadi ada perjumpaan keluarga. (mentor and mentee). lps tu mcm biasa sy ke kantin sekolah utk breakfast. ramai guru2 tgh belanja anak2 angkat mereka makan dan minum di kantin. so keadaan kantin agak crowded. 
sy ambil nasi goreng, ayam goreng dan telur sambal, then order teh o ais.
sy sarapan di bahagian luar dgn huda, tak lama lps tu en.suami dan sir musa dtg joint. 
sy dah hampir habis mkn, air blm smpi. so sy bgn dgn niat nak pi ambil sendiri air tu..
smpi kat tempat buat air...  budak yg buat air tu hempas gelas teh o ais depan sy sampai memercik..
sy terkejut! 
eh???
then budak tu ckp kat saya: tak sabar sgt!
oooo itu sudah lebih! 
api kemarahan serta-merta nai ke kepala.
then sy cakap:
ni nak kerja ke tak nak kerja? klu nak kerja buat cara nak kerja? ingat sy tak blh beli kat tempat lain ke????
then sy terus keluar dr kantin dgn mata berlinang2 huhu...
sungguh kurang ajar budak yg bermentaliti rendah itu.
dah 8thn sy mengajar kat sini...pelbagai mslh guru dgn pihak pengusaha kantin sekolah telah berlaku.
tp ini yg pertama berlaku pada sy...padahal selama ni sy sket punya baik dgn makcik2 kantin tu. 
tempah langsir rumah kat kuaters pun dgn makcik kantin tau
aduan telah di buat pd pk hem dan big boss kantin tu
td ada gak dgr dr kawan2 yg lain, budak tu masih mengamuk kat kantin
2 gelas pecah, pastu tumbuk2 dinding
rasakan...kenapa bertindak tanpa berfikir terlebih dahulu
tp sy mmg bengang sungguh lar
selagi budak tu ada kat situ sy takkan pi kantin lg
dah tu nak mkn kat mana? dah ler selalu balik ptg...
itu satu hal...lansung takde mood hari ni bengang betul...
hal ke dua: ipad plak hang

dari pagi td ni lar keadaan dia...mcm tau2 jer esok gaji. tension btl
duhai hati...bersabarlah.
dugaan dtg buat mereka yg mampu hadapinya...senyum ya =)

Saturday, September 22, 2012

VCK: our little backyard garden

assalammualaikum =)

jom kita mengadap internet jer hari ni hahaha... kebetulan kelas sy jap lagi dibatalkan utk memberi laluan kpd  mesyuarat agung koperasi so TeacherAzimah pun melayan sungguh lar mood sabtu dia ni. mmg menjadi impian sy utk memiliki rumah yang ada backyard garden. ala2 rumah omputih gitu, wlupun menyedari cuaca di malaysia bkn mcm negara omputih, tetapi mcm negara omhitam hehehe.. ni lah akibat selalu blogwalking  :p alhamdulillah impian telah termakbul. walaupun hanya dgn keluasan sekangkang biawak, kami akan gunakan sebaik mungkin utk manfaat kpd semua. seperti yg telah sy ceritakan sblm ni, 2/3 dr kawasan bertanah ni kami tanam dgn rumput filipina. insyaallah tak lama lg akan penuh rumput ni semua dan kawasan ini adalah milik anak2 untuk bermain....mcm ni:  

bestnya klu blh sediakan peluang mcm ni utk anak2...mama plak layan baca novel or ipad kat bawah payung tu ecewah...berangan itu percuma!

mcm ni lbh baik...mama joint main sekali dgn anak2...

ini adalah terbaik!! tp confirm tak muat kat kawasan yg sy ada huhuhu...

 jadi sy pisahkan dulu kawasan utk anak2 dan kawasan untuk bercucuk tanam dgn pagar comel ni...
comel tak? comel tak?
ramai tanya knp cat putih...kan cepat kotor?
er..er...sbb omputih selalu cat pagar depa yg mcm ni dgn kaler putih hehehe blh jawap gitu?
so bhgn depan tu untuk kawasan bermain anak2
kawasan blkng tu pula akan dikenali sbgi 'our little backyard garden" 
kena letak signboard jugak ke? hahaha
sekarang nidah penuh dgn rumput menghijau.

petang smlm my other half dah siapkan tanam rumput. selesai utk bhgn depan alhamdulillah tggl nak jaga elok2 jer lagi.
ptg ni kami nak start cabut rumput kat 'our little backyard garden' ni plak...
pastu dah blh tanam serai, kunyit, cili, pokok limau purut dll..
pokok bunga?? tak kot... tak berapa minat buat masa ni hehe...
sbnrnya...sejujurnya...bkn hobi sy berkebun ni. penat wei berkebun ni! berpeluh2...letih!
lbh senang pi pasar beli jer semua tu hahaha
tapi en.suami cukup suka berkebun..
dan sy rasa minat dia tu akan berpindah ke diri sy sedikit demi sedikit insyaallah :D

terima kasih yg tak terhingga pada mak yg sudi tlg semaikan semua pokok2 berguna tu..
ambik free jer dr rumah takyah beli hehehe...
tp ada jgk kot yg kena beli. 

lg satu impian sy: blkng payung tu sy nak tanam pokok lanskap yg menghijau...
bg rimbun sket area tu supaya redup. 
moga impian menjadi kenyataan
tak sabar nak tggu cuti hujung tahun untuk sy tekun melayan Villa Comel Kami dan Our Little Backyard Garden ni :D

working on saturday and nestum

assalammualaikum =)

lemau wei kerja hari sabtu ni. lain sungguh moodnya. tgh hari smlm masa hubby and iman pi solat jumaat, sy and amal balik kg ambik mak. now anak2 ada kat umah tggl dgn mak. best jer bila ada org tua kat rumah ni. ptg smlm juga dgn bantuan mak sy dah setel lipat baju. itulah rutin setiap ptg jumaat dan ahad malam sambil tgk tv: lipat baju!!
eh, nak tau tak, ptg smlm juga mr.hubby dok tekun polish sendiri calar pada innova tu. alhamdulillah dah clear!! selamat duit kita rm180 ;-) thank you so much ya abg. nnt gaji mA belanja kenny rogers :D
anak2 sy makan nasi dah waktu ptg smlm. so mlm td dlm kul 8.30pm sy ajak anak2 ke dapur makan nestum. bila dah lama x makan, sesekali makan jadi sedap hehehe...

 kenapa 3 packet? 1 tu utk mama ler hehehe...

iman x habis pun sebungkus, dia ni klu selain nasi, susu dan kek chocolate mmg susah sket.
so mama yg habiskan ngeh ngeh ngeh...
amal plak x cukup sebungkus, mama bg lg sket yg mama punya
burppppp alhamdulillah...

tik tok tik tok
cepatlar kul 12 tgh hari

bye semua!!
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH