FOLLOWERS

Monday, August 26, 2013

overview of Hatyai and songkhla dari kaca mata TeacherAzimah

assalammualaikum =)

sebelum ingatan hilang sedikit demi sedikit, baik sy cepat2 mencatatkan sedikit overview of hatyai dari pengalaman sy untuk panduan anda semua. ecewahhhh ayat mcm dah bertahun dok sana. alar, sape nak baca, baca...taknak sudah. saper nak jadikan panduan, sila take noted the info, taknak sudah. perkongsian ini hanya untuk mereka yang inginkan info lbh lanjut tentang hatyai. mana tau ada yang berminat nak ke sana hehehe...serius hatyai best you all. dah tentu lar berbeza dr malaysia, indonesia dan singapore yg penah sy lawati sebelum ni. unfair untuk banding2 kan antara negara2 ni sebab masing2 punya budaya tersendiri, lain dari yang lain. tapi sebenarnya ada 1 satu benda yang tak salah untuk kita bandingkan. emm..mmg saya suka bandingkan part yang 1 ni antara tempat2 yang dah penah saya pegi. bila baca kat blog2 yang lain, ada yang suka bandingkan toilet, ada yang suka bandingkan rasa fast food yang ada di setiap negara, tapi sy lbh suka bandingkan kebersihan dia! ya kebersihan ya tuan2 dan puan2..1 item penting yg bagi sy ia akan melambangkan keseluruhan negara tersebut. perghhhh ayat cikgu ni tuan2 dan puan2 hahaha... ok, kita tulis isi penting dalam bentuk point lar ya. senang nak tanda kata cikgu2 sains. kalau dalam btk karangan lbh susah :P

  1. HATYAI YANG BERSIH. mcm tak percayakan? mula2 ingatkan hatyai ni kotor, banyak sampah sarap merata2 tempat. tapi anggapan saya meleset belaka. hatyai bersih tau. at least lebih bersih dr medan dan bandung. haaaa kan dah tercompare huhuhu. tenang rasa mata memandang di sekitar hatyai ni, terutama di simila beach. dah lar cantik, bersih plak tu. masjid pun ok, cuma tempat wuduk perempuan agak open air. 
 simila beach yang indah dan bersih

cantik sgt kawasan ni tau. sebenarnya bkn kat sini jer yang bersih.
kawasan town pun bersih jgk. takde nampak sampah merata2. 

 bus station pun nampak bersih

pasar makanan laut di perkampungan melayu pun bersih

 kawasan bandar pun bersih


 mungkin ini blh membuktikan kawasan ni bersih

hatyai plaza pun bersih

pendek kata bersih lar. public toilet sy tak masuk so takleh nak citer. 
tapi toilet kat kedai makan islam ok lar...ada air ada cebok so tak yah bawak wet tissue and empty bottle hehehe...

2. kedai makan halal sgt mudah dijumpai di sini. bersepah. 

3. pizza hut, mcdonald dan kfc di hatyai TIDAK HALAL. itu yang dimaklumkan oleh pemandu pelancong kami yg mmg org hatyai tetapi beragama islam. tp dia ckp jgn terkejut klu nampak org pakai tudung makan di sana..dia pun tak berani nak komen yang tu. apa yg dia pasti 3 tempat mkn fast food ni tak halal. 

4. ramai jer peniaga di hatyai yang tahu berbahasa melayu ataupun english walaupun tak fasih. so ok lar setakat nak memudahkan urusan jual beli. serius takde mslh. takyah kot sampai nak kena hafal beberapa perkataan hatyai hehehe

5. sistem pendawaian di hatyai. haaaa bab ni pun best jgk utk dibandingkan hehehe

ada tak sistem pendawaian mcm ni kat malaysia? takde kan? 
syukur alhamdulillah kita jadi anak malaysia. merdeka! *ehtetiba*
sistem pendawaian di hatyai masih berselirat hehehe..
tapi better sket lar dr indonesia
indonesia lagi teruk kot siap merintang jalan kiri dan kanan.
ga,bar ni sy snap kat area simila beach. masa jalan kaki kat sini siap dgn zzz zzz bunyi mcm short circuit. takut gak kang tak pepasal kena renjatan elektrik kat sini :p 

dah mcm entry tips bercuti ke hatyai plak jadinya? ah lantak lar...hehehe...utk tips shopping di hatyai entry lain lar plak ya? 

itu dulu...nak masuk kelas ni. bye semua!

sawadikap from hatyai with love

assalammualaikum =)

alhamdulillah, kami dah selamat smpi rumah jam 12.30mlm td. 
kemas sket2, layan anak2, kul 1 lbh baru tido.
hari ni keje. ngantookkk!!

hatyai best! serius best! tak sama dgn cerita yg sy baca di blog2 lain
btl kata org, melalui pengalaman sendiri tak sama dgn pengalaman yg dilalui org lain
cerita lengkap kemudian lar ya
sy akan cuba cerita dgn details untuk lawatan ke hatyai ni
skang ni TA ada kerja yg perlu dibereskan

tepek sekeping gambo dulu 
bukti dah jejak kaki di negara thailand :-)

sawadikap!

itu dulu...bye semua!

Friday, August 23, 2013

Selamat tinggal malaysia

Assalammualaikum =)

Perghhhh tajuk serius tak blh blah hahaha. Mcm nak tgglkan tanah air bertahun2 jer gayanya. Padahal nak pi 2 hari jer pun :p
Insyaallah kul 11.30pm ni bergerak lar kami menaiki bas ke sempadan malaysia-thailand di bukit kayu hitam. Kawan2...doakan kami selamat pergi dan balik ya? Jazakumullah utk doa kalian...
Kami keluar dr rumah td kul 10mlm. Saja keluar awal sket sbb nak hntr anak2 ke rumah pengasuh. Mcm x manis plak klu hantar lewat mlm sgt. So now melangut lar kami dlm keta menanti ketibaan bas dan ahli rombongan yg lain. tu yg dpt update blog kejap ni hehehe
Utk trip kali ni sy x buat research sgt. Ikut jer lar ke mana pemandu pelancong tu bwk nnt. Klu pi sendiri, haaaaa mmg kena study btl2. Ni duit pun tak tukar lg. Ingat nak tukar kat sempadan nnt jer. Tak bwk rm byk pun...sbb xtau nak beli apa. Jersey bola tak minat. Hubby pun sama...harap2 ada lar jersey rugby kat sana nnt. Blh dia borong kalau btl murah. Apapun...tgk jer lar apa hasilnya balik nnt insyaallah :-)
Sejujurnya hati x berapa tenang, maklumlah anak2 tinggal. Berjauhan sehingga ahad. Klu ahad tu kami smpi dah lewat mlm sgt, isnin lepas sek br nak pi ambik anak2. Lama tu terpisah :-( . Pastu risau jgk naik bas for long distance ni...emm, doa byk2 supaya semuanya selamat.
Ok kwn2..itu dulu ya. Jumpa lagi nnt. Bye semua!

Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH