FOLLOWERS

Monday, March 17, 2014

hujung minggu yang sejuk :D

Assalammualaikum =)

salam pagi isnin yg indah dan sejuk. syukur alhamdulillah subuh td pun hujan. 
pagi ni siap berkabus lg...best2. 
so camne hujung minggu korang? kami mcm biasa terperap di vck. tp weekend kali ni lbh indah sbb hujan turun dgn lebat on both days. serius rasa best sgt! sejukkkkk jer! syukur pada-Mu ya Allah...
walaupun pagi sabtu tu cuaca masih panas dan berjerebu, tp petangnya hujan dah turun dgn lebat oh syukur!
pagi sabtu tu mcm biasa buka pintu tingkap. tak smpi setengah jam dah kena tutup semula sebab bau asap kuat masuk ke rumah smpikan amal terbatuk2. amal kul 6am dah bgn sabtu tu huhuhu...tp takleh lawan mama lar, mama bangun kul 5am :P

 aktiviti anak2 on weekend mcm biasa...hehehe. dah ptg ahad baru kemas semua. siap main water colour..nmpk kat tepi sliding door tu. layan jer lar apa anak2 nak supaya depa tak boring. 

 my handsome boy! ptg jumaat abah bawak pi cabut gigi. gigi kapak tu blm goyang tapi gigi kekal dah tmbuh di bhgn belakang. mujur kami perasan. tu yg cpt bwk pi klinik. kesian anak mama ni, utk pertama kali dia nangis masa cabut gigi sbb sakit katanya. yer lar..tak goyang lagi dah kena cabut. kesian dia tau. tapi mama tau anak mama ni kuat. syabas baby!
so gigi yg tumbuh belah belakang tu doctor suh tolak dengan lidah ke depan..kena buat selalu. hr tu ada sekali mcm tu gak..ok alhamdulillah gigi dia blh masuk semula ke tempat asal. 

 ptg jumaat tu juga kami bawa anak2 pi potong rambut. ambik nom.1 terus senang hehehe
lapang sket mata tgk anak2 dah botak ni. kalau tak alahai serabai jer.
mmg dr depa kecil kami suka botakkan depa hikhikhik...

 ptg sabtu hujan turun dengan lebat!! Ya Allah best sgt tau...syukur alhamdulillah! lebat dan lama...smpi hilang siaran astro. amal tak suka hujan, dia takut. so masa hujan ni abah bwk anak2 masuk bilik, mama layan hujan sorang2 kat depan hehehe

 pagi ahad, abah buat nasi goreng utk sarapan kami. sedap! tapi anak2 request nak mkn coco crunch plak. mama layan kan aje lar...

so weekend ni sempat sy packing beg utk keperluan sy dan suami di hospital nnt. beg baby blm packing lg huhuhu

 dah boring main depan tv, diorang masuk plak bilik nom.3 main ps2. tgk tu guna kerusi mama abah hehehe..
dulu ada sepasang kerusi comel kat sini tp dah rosak. nnt mama belikan kerusi baru utk korang ek...

 ptg ahad pun hujan lagi! lebat! oh best sgt hehehe..
tgk tu mendung tebal tgh berarak, tak lama lps tu hujan turun :-)

 cuba teka abang iman tgh buat apa menonggeng kat situ?
tu nampak tu kaki budak kecik tu?
merajuk pasal apa tah...tu abang iman tgh pujuk. manja tau adik abang iman ni hehehe

dek kerana cuaca yg sgt baik, tak panas tak jerebu so anak2 dapat main kat luar dgn gembira.
sebelum hujan turun ptg ahad, anak2 main badminton.

lps hujan berhenti, continue main bola plak. kali ni abah pun joint.

 tgk tu, gembira tak terkata hehehe

dah penat main bola, ramai2 bergtg royong cuci wira plak. 
untung lar ada anak bujang ramai kan hehehe
tak lama lagi tambah lg sorang anak bujang :D

itulah cerita serba ringkas kisah kami di hujung minggu.
hari ni memulakan sesi sesi persekolahan dan kerja seperti biasa utk 5 hari lg.
pastu cuti 9 hari yahoooo!!!

ok itu dulu, bye semua!

Saturday, March 15, 2014

laundry area yang menawan kalbu

assalammualaikum =)

ntah kenapa mood home organizing and decoration semakin membuak2 lately ni. anggap lar pembawakan budak dalam perut yer dok?? hikhik.. sampaikan en.suami dah tunjuk muka-tak larat-layan kehendak isteri yg 1 ni. alahai abang...bukan kita mintak intan berlian berkilo2 pun. 

now kita dlm mood nak make over laundry area. insyallah this project will start on this coming school holiday. dah nama takleh nak outing kan..so kita kena lar guna masa yg ada kat rumah ni dengan bermanfaat..gitu :P

bercakap tentang laundry area, mak oi klu tgk omputih punya laundry area, kita tak panggil 'area' ok, kita panggil room which is laundry room, maknanya depa ada bilik khas untuk laundry. mmg best2 woo idea diorang. mmg cantik menawan kalbu lar. klu dpt mcm tu mmg ko akan jadikan kerja2 laundry sebagai hobi wa cakap lu hahaha..silap haribulan lipat kain pun ko buat dlm laundry room.

tapi klu tgk laundry area orang malaysia, biasa2 aje  kot. so i try to put my laundry area ni into this 'biasa-biasa aje' pun dah cukup baik. yg penting, kemas, teratur, bersih dan ceria. nntlah bila projek dah berjalan dan dah siap baru kita gebang lebih pasal my laundry area ok :-) cuma nak bgtau awal2 my laundry area ni bergabung dgn garage store. so nak susun bg kemas tu bkn 1 kerja mudah. nnt kita letak pic before and after ok, insyaallah. 

jom cuci mata tgk idea laundry room omputih yg gojes2 belaka ni.
kita google jer image  ' small laundry area ideas' to relate dgn laundry idea kat vck ni yg tak sebesar mana.

cantik gila!! omputih ni depa iron baju sekali kat laundry room. ingat nak buat mcm tu jugak nnt TAPI...nnt citer kemudian. 

haaaaa space laundry area sy lbh kurang besar ni lar. blh jugak nak letak atas bawah mesin basuh dgn dryer mcm ni kan..TAPI...citer kemudian.

cantiknya...

simple but very nice pada mata saya. dpt mcm ni pun dah cukup bagus.

berkenan sgt dgn decoration idea ni

baguskan idea depa ni. jimat ruang. sgt efektif

mewah

ok itu jer nak share. nak tgk byk2 u all google jer.
tp kalau nak yg realistik dgn kehidupan orang di malaysia, google blog2 idea susun atur orang malaysia ya. not bad jugak tau. 

itu dulu...bye semua!

Thursday, March 13, 2014

to-do-list after confinement

assalammualaikum =)

alhamdulillah dah cukup 32weeks = 8 bulan usia kandungan mama ni
5weeks++ jer lagi to carry little muhammad in my tummy
muka dah mula sembab, kaki dah mula bengkak...tak lama lagi ni insyaallah
tido malam pun dah tak lena sekarang ni. semua posisi tak selesa rasanya.
mcm mlm td, kul 1am br dpt lelapkan mata. pastu kul 3am terjaga, kul 4am terjaga, kul 5.30am terus bangun
biasalar dah hujung2 kandungan ni kan :-)

sambil2 dok berehat tu, otak pun berangan...apa nak buat after confinement nnt kan.
cuti 3bln tu. during confinement takleh buat apa lar, ngadap baby jer lar kan hikhik...
lg 2bln tu?

ok meh kita senaraikan apa plan kita. pepehal ia tetap bergantung pd kewangan lar kan hikhikhik..
takde duit, sila dok diam2 :P

1) nak upgrade laundry area di vck. 
haaaa yg ni dah tentu2 bergantung pd kewangan. mudah-mudahan impian ni terlaksana sebelum raya.
nnt nak buat entry tempek gambar laundry area yg menjadi idaman hehehe

2) nak memasak semula untuk family. 
start preganat mmg sy tak memasak dah. sedey kan? paling berharap blh memasak tetiap hari untuk berbuka puasa ramadhan nnt insyaallah.

3) nak upgrade laman bestari kat vck. 
yg ni mungkin tak guna modal yg byk, tp sgt menggunakan tenaga yg byk huhu. kesian pokok2 bunga kat vck sekarang ni kering kontang. dah lar cuaca panas dan kemarau, jarang sekali di siram sbb tuan dia tak lalu kan...kesian kesian.. pastu pokok kat pasu merah besar tu kena serang dgn serangga yg dok berkampung kat situ. sy tak bg husband kacau masa ni. pepehal buat lepas sy bersalin nnt. beringat kata orang tua. rumput kat laman tepi rumah tu pun dah panjang2. en.suami kata nnt cuti sek hujung mac dia potong. harap2 jd kenyataan huhuhu..

cukuplar kalau 3 benda ni dapat dilaksanakan dgn baik. 
kang letak banyak2 pun blm tentu dibuat huhuhu..

ok itu dulu, bye semua!!


Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH