FOLLOWERS

Thursday, February 27, 2020

Travelog TA ke Bangkok - Khao Yai - Ayutthaya 2020

Assalammualaikum =)

Travelog TA ke Jepun tak siap
Travelog TA ke London tak siap
Travelog TA ke Seoul Korea tak siap
Travelog TA ke Krabi tak siap
Travelog TA menunaikan Umrah tak siap
.
.
.
.
.
Now muncul pula Travelog TA ke Bangkok =)
Bahahaha...mcm tak sempat je nak 'save' semua kenangan di sini. 

mcm biasa teaser je lah dulu.

TA dan suami ke Bangkok 5 hari bermula 23 Jan hingga 27 Jan 2020 yg lalu. masa tu cuti CNY dan Covid-19 mula menular huhu. anak2 tinggal dgn opah dan tok ali di KK. actually ticket dah beli nov 2019 x silap. masa tu merempan tgk husband ku byk trip oversea..maka lajuuuuu ku ajak dia ke bangkok pulak berdua. beli jerlah ticket tak kira harga. mana ada ticket flight murah time cuti sekolah, diskriminasi utk guru tau huhuhu

dalam 5 hari ni, kami cover Bangkok - Khao Yai - Ayutthaya. 
best!! gambar sgt byk.
oh ya ni trip kami pi sendiri takde guna mana2 travel agent. gigih tau daku susun itinerary. en.suami ku follow aje...tanya opinion dia pun mcm takde apa sebab dia setujuuuu je semua hahaha.

 Maneesorn Sunflower Field @ Khao Yai

 awesome view sgt serious!

primo Piazza @ Khao Yai

Instagrammable sgt tau kat sini. 


The Hobbit House @ Khao Yai

@ Ayutthaya

panas litlit don't care. salah pilih warna baju weiiiii udah sama je dgn warna Wat haha



byk lagi tempat menarik yg kami pi. aku dah save kenangan kat instagram nun.

ok dah kata teaser je kan takyah lah cerita panjang2.
itu dulu..bye semua!

Wednesday, January 22, 2020

Travelog TA ke Krabi: Day 1 sekitar hotel dan walking street Ao Nang.

Assalammualaikum =)

Sambungan dari ENTRY INI

25 October 2019 / Day 1

Sebab esok nak travel lagi, maka hari ni gigih update blog utk coret pengalaman travel yg lalu.

ladies trip ke Krabi! 
terima kasih lah korang semua dok melayan daku yg masa ni kepanasan tgk husband travel oversea byk kali wlupun atas urusan kerja. 
maka ku pinta izin suami utk create ladies trip ni. 
permohonan lulus!
maka ku kumpulkan ahli, tadaaaa cukup dah 4 org yg setuju utk ke krabi bahahaha best!

so ber backpack lah kami ke krabi naik Air Asia pd tanggal 25 Oktober 2019. 
alhamdulillah bahu masih kuat.

 kami tiba di Wakw Up Ao Nang hotel hampir jam 7pm waktu krabi. dr airport ke Ao Nang naik van dan hujan sepjg jalan. 

Cantik hotel ni, hotel baru dengan modern design. sesuai utk backpackers. plg penting murah. alamak mana tah aku letak catatan budget kami ke krabi ni huhu..nnt cari balik. 

room for 2, aku sebilik dgn haza. best...dok membawang sampai tgh malam mcm tak kenal erti penat. macam baru lepas kandang pun ada hahaha

bilik ringkas, takde wardrobe pun.

 view dr bilik. hotel ni dalam 100m ke pantai Ao Nang. nak cari tempat makan halal kami ke area masjid, naik tuktuk dlm 5 min gitu. blh je jalan kaki..ada masa jalan kaki, ada masa naik tuktuk. 

 rehat2 jap, bersihkan diri...lps solat maghrib kami keluar utk cari makam malam dan pakej island hopping utk aktiviti esok. 

jalan2 di walking street Ao Nang utk cari makan kedai makan yg halal

jumpa kedai ni. tak ramai org. sebab dah lapar, terjah ajelah. ternyata tak sedap huhu spoiled tau petai dia. 


menu yg kami order, tp x sedap..petai dia tak elok. tiada dlm gambar: kerabu mangga

 TA di mercu tanda walking street Ao Nang Krabi.

sgt byk travel agent yg offer island hopping di sini. tak perlu booked dr Malaysia pun, cari je on the sport kat sini. mcm2 offer ada. kaunter warna pink ni plh byk tp agak mahal. kami tak ambik kat sini.

cuci mata

kami ambik 4 - island tour di sini. lbh murah. esok mlm kami ke sini lagi utk ambil van sewa ke emerald pool pd hari ke-3. Emerald pool bkn di Ao Nang. 

harga aku tak ingat, nnt lah aku cari balik catatan budget tu dan buat 1 entry khas utk budget saja. fuh niat ko dasyat ala2 blogger tegar hahaha

teruskan jalan2 cuci mata

pastu kami ambik tuktuk ke Ao Nang night market. 

takde yg menarik pun melainkan ada jual street food yg agak byk di sini. bagi aku walking street Ao Nang lbh meriah. 

sedap wooo fruit shake ni. aku beli mango shake. pastu pakat2 tukar rasa dgn yg lain. 

ada yg mula terjebak dah. 

aku beli tshirt kat sini. ternyata lbh mahal dr tempat lain yg kami jumpa kemudiannya bahahaha..aku terkena. 

dalm kul 10pm balik hotel..tu yg bantai bersembang dgn haza habis semua cerita keluar. dekat kul 1am baru kami tido tu pun stlh aku surrender. ikut haza dia nak sambung membawang lagi tu :p

alhamdulillah selesai catatan hari pertama kami di Krabi.
catatan ringkas janji ada namanya.
itu dulu bye semua! 

Travelog Umrah TA - solat dan malam pertama di Masjid Nabawi

assalammualaikum =)

SAMBUNGAN DARI ENTRY INI.

9 Dec 2019

kami ke Masjid Nabawi untuk solat isyak sejam awal sebelum masuknya waktu. 
saat pertama kali bertentang mata dgn masjid nabawi, aku terpegun terpesona rasa sebak rasa dekatnya dgn Rasulullah, pendek kata pelbagai rasa bercampur baur. 
mulut tak putus berselawat ke ats junjungan Nabi Muhammad SAW. 
Aku dan ibu mertua cuba mencari ruang solat paling hadapn utk jemaah wanita, tapi tak dapat. dah penuh sgt. alhamdulillah kami dpt solat di ruang ke-2 dari depan, di tengah2 pintu laluan. itupun byk kali kena langgar. sepanjang menanti masuknya waktu sokat isyak, aku berdoa, membaca Al-Quran dan mata melilau melihat keindahan senibina Masjid Nabawi. indah dan sgt berseni binaan masjid ini. masjidnya juga sgt besar. serba serbi rasa sempurna di dalamnya. paling utama, aku rasa sgt tenang dijiwa sepanjang berada dibumi madinah. di dalam masjid nabawi terutamanya.
benarlah org kata, bumi Madinah sgt indah sgt tenang sgt tenteram sebab tertanam jasad Rasulullah di dalamnya. Rasullullah sgt menanti kedatangan umatnya menziarahi baginda di sini. alhamdulillah syukur tak terkata Allah jemput aku ke sini akhirnya. 
seriously, wlu jutaan manusia di sini, tapi hati tetap rasa tenang rasa tenteram. tujuan kita kat sini 1 je iaitu beribadah kepada-nya, jadi semua menjadi sgt tenang. susah nak describe bagaimana rasanya..tp percayalah, bila kau rasa penat dgn rencah dunia, berdoalah bersungguh minta Allah jemput kau ke tanah suci-Nya, Allah pasti akan jemput dan hati kau pasti tenang. 

 capture pertama masjid nabawi di waktu malam, tatkala kami melangkah masuk ke dlmnya utk menunaikan solat isyak. 


 selepas solat isyak. 
di sini jugalah aku mula menunaikan solat jenazah sebab setiap kali usai solat wajib, pasti menyusul solat jenazah. dan jika kau tahu ganjaran menunaikan solat jenazah, pasti kau akan turut serta. 
Ya Allah..beruntungnya mereka yg meninggal dunia di tanah suci Mu. jutaan umat menunaikan solat jenazah. moga ada rezekiku juga untuk menghembus nafas terakhir di tanah suci, aaminn.


lbh kurang jam 10pm tiba di bilik, kami terus tidur. terasa letih sgt lbh 24 jam non-stop. 
tapi amat berbaloi untuk merasai pengalaman ini. 
segalanya indah.

itu dulu bye semua!
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH