FOLLOWERS

Sunday, January 08, 2023

TA ke DaLat-Muine-Ho Chi Min 2022 (Day 1)

 Assalammualaikum =)

last update blog Januari 2022 tetiba eh dan Januari 2023 cepatnya masa berlalu! nak simpan sedikit kisah TA ke Dalat - Muine - HCM tempoh hari. Percutian selama 5 hari 4 malam 12 - 16 Disember 2022 bersama acik haza, kak wan dan fathiah yg asalnya nak buat ladies trip tp at last  kami join group besar tapi besttttt semua pun sporting alhamdulillah. dah lama sbnrnya menyimpan impian nak ke Dalat dan Muine..alhamdulillah dapat. HCM dah pernah pi dulu tp utk repeat sehari 2 spent time utk shopping why not hahaha. 

flight seawal 7am dr KLIA so sekitar 4.30am dah smpi airport. jam 1am oi gerak dr Sabak Bernam, 


lbh kurang 8am waktu tempatan tiba di airport Saigon..dlm sejam lbh dah berada dlm bas menuju ke DaLat memakan masa 8 jam perjalanan. mujur seat dlm bas tu sgt selesa siap ada leg rest so takdelah rasa letih nau. 

bandar HCM masih kelihatan sama di mata TA jika nak dibanding dgn pandangan mata 2015 dulu. 
Traffic Jam 

otw ke DaLat, singgah jap di KDL Thac Tea Bobla - Tea Bobla Waterfall. tujuan utama utk semua ahli group ke tandas tapi sbb landskap area ni sgt lawa...jom lah bergambar jap. suhu tempat ni dah mula rendah sbb dah dekat dgn DaLat. 


Sampai di DaLat singgah makan malam terus. oh lupa pulak, lunch td bento nasi lemak je

...then kami ke DaLat night market. Best uolss jalan2 night market dlm cuaca yg sejuk. time ni suhu dlm 16C. 

ramai sungguh Vietnamese beristirehat a.k.a melepak kat sini. DaLat mmg destinasi pelancongan pilihan rakyat vietnam..Malaysian juga haha


TA dpt beli winter jacket bulus2 murah kat sini uolss tak sampai RM40. mujur beli sbb TA bawa jacket nipis je ha. rupanya sejukkkkk.

bilik kami 2 malam di DaLat cantik sgttt tapiiii takde heater uiiiii.  menggigil2 tido kesejukan wlupun dah pakai winter jacket. kak wan sampai demam ler. 

ok itu je catatan ringkas buat kenangan simpan di blog ni...catatan hari pertama dlm percutian ke DaLat-Muine-HCM


itu aje bye semua!

Friday, February 04, 2022

2022


assalammualaikum =)

our 1st photo together in this year was taken on 5 January 2022.
alhamdulillah atas semua kurniaan yg Allah SWT beri pada kami. 
Benar, pandemic covid-19 meninggalkan byk kesan buat kita semua.
tapi aku lagi suka melihat kesan yg positif. 
kesan negatif kita simpan kalau boleh di buang jauh2. 
antara kesan yg sgt aku syukuri, kami dpt meluangkan masa bersama dgn lebih kerap wlu hanya di rumah. 
pelbagai aktiviti di rumah dilakukan bersama sepanjang 2020-2021 ni. alhamdulillah sgt2
Allah dah tunaikan impian aku nak merasa jadi suri rumah. 
dah sampai boring plak dok rumah taktau nak buat apa ๐Ÿ˜†

2002:

aku 42
en.suami 43
abg iman 16
abg amal 13
Irfan 8

Ya Allah..terlalu cepat rasanya masa berlalu. 


sekelip mata semua anak2 dah besar.
mama dah tua.
moga 2022 memberi 1001 kebaikan buat kita semua
aaminn ya rabbal alamin ๐Ÿ’–

 

Friday, January 28, 2022

Genting Highland 2021

 Assalammualaikum =)

Kali terakhir kami ke Genting Highland (GH) pd 25 Dec 2007. Blh ingat sbb pi masa Christmas dan masih anak 1 time tu. kami ke GH lagi pada 28-30 December 2021 yg lalu...dan kali ni berlima! selang 14 tahun baru repeat hihi. 

This time kami stay di 7Stonez Suites Midhills booked through Agoda. ku pengguna setia agoda ya.  Request upper level..konon nak dpt view cantik berbukit bukau dr tingkap bilik. tup-tup dapat ground floor. 1st time ni stay ground floor. takpelah..rezeki juga sbb x jauh dr swimming pool. hanya beberapa langkah. 

Hari pertama, kami menuju ke Genting Premium Outlet terlebih dahulu. dah bertahun2 beroperasi. org lain dah repeat banyak kali. ku baru nak pegi huhuhu. takpelah..syukur juga dpt gak pegi. for the 1st time ku shopping sakan beli mcm2. setiap org dpt habuan. ku beli handbag MK dan Fossil, juga 1st time beli hbag dari 2 jenama ni. umur dah nak masuk 42thn, baru nak merasa. alasan penyedap hati tak lain tak buka reward diri sendiri. alhamdulillah untuk rezeki yg Allah swt beri. happy!. 

usai chek-in, anak2 segera minta nak mandi pool. phewwwww sejuk2 ni depa blh tahan mandi pool ya. this time daku tak join mandi pool, sekadar berehat tepi pool sambil mengambil gambar. selebihnya main phone. lepas maghrib, kami keluar dinner di kedai makan berhampiran. mmg plan kali ni nak bercuti yg xnak penat. nak rest je banyak. anak2, as long as ada swimming pool, depa ok dahh.

hari kedua, selepas sarapan, anak2 ke swimming pool lagi. lepas solat zohor baru kami naik ke Genting Theme Park. taktau nak parking kereta kat mana yg dekat..masuk je mana2 parking yg ada. hambik kauuuuu jauh gila jalan kaki nak ke entrace theme park huhu.

outdoor theme park blm buka sepenuhnya. baru ada 1 ride yg blh anak main. cuma time ni ada promosi free entrace ke winter wonderland. manusia punya lah ramai. Q panjangggg. kami dpt slot jam 9pm utk winter wonderland. then kami menuju ke indoor theme park (skytropolis). masa ni dah dekat 5pm. skytropolis tutup sekitar jam 6pm. oklah dapat juga anak2 main pelbagai ride yg ada smpi depa penat. depa suka sgt! as for me..and my husband juga, ini kali terakhir agaknya kami jejak kaki di sini. dah tak berapa kena dengan jiwa yg dah semakin tua ni. terlalu bising..dan crowded! maklumlah GENTING HIGHLAND!. pening rasa kepala. tp kerana anak2...takpelah. cuma kami cakap kat anak, lepas ni klu nak ke GH lg, pegi dgn kawan2 pula.

dalam jam 7pm slps makan, kami dah berada di kwsn outdoor semula. jalan...ambik gambar..tgk show...pastu melangut menanti jam 9pm.

Winter Wonderland? Takde lar best mana...tah apa2 je huhuhu. dah lar org terlalu ramai. tapi kami cuba juga lah nak enjoy demi anak2..kang klu buat muka boring, kesian kat anak. anak mmg excited lah. snow yg turun yg dr 1 paip. buih sbnrnyaaaa. sikit plak tu. emmmm huhu. 9.30mlm kami mula menapak ke parking kereta. jauhhh..sesat2!. siap stop jap makan irfan dah lapar. alhamdulillah 10.20 dah tiba di bilik semula.

hari ketiga, slps sarapan..anak2 mandi-manda di swimming pool lagi. then dlm jam 12tgh hari check-out, lunch di GPO dan balikkk.

alhamdulillah syukur sgt atas rezeki yg Allah beri utk kami bercuti anak-beranak seperti ini. 

semua happy ๐Ÿ’”


one with the landmark of Genting Premium Outlets.


bestttt. Pastu puasa shopping berbulan2 hahaha



i suka landscape 7Stonez Suites Midhills ni. surrounding with green plant yg segar bugar and i tak jumpa lansung daun kering. cleaner sentiasa ada di persekitaran midhills ni menjalankan tanggung jawab mereka. bagus sgt. 

air swimming pool tu, sejukkkkk grrrrrr

amal dan en.suami plg cepat naik dr swimming pool. tak tahan, sejuk sgt katanya. 

view kat sini..subhanallah cantik sgt. 


Genting Theme Park




Genting Indoor Park














My love for you is taller than the sky and wider than the galaxy

“Families are like branches on a tree. We grow in different directions yet our roots remain as one.”

itu aje bye!


Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH