assalammualaikum =)
amal bgn tido jam 5.30am hanya utk berak!! alahai tu lar mkn lg strawberry byk2 hahaha..sian dia tau mata masih ngantuk tp dok meneran hahaha comel jer. mujur lepas cuci tu dia blh tido blk. then lepas solat subuh mama n abah pun sambung zzzz... pastu kul 8 iman plak bgn. mengadu lapar lg. perghh mlm td sikit punya byk dia mkn nasi ni bgn pagi2 dah ngadu lapar lg. mujur ada lg balance sotong grg topeng yg beli kat pasar mlm ptg smlm. mama n iman ratah sotong gng tepung sambil tgk upin ipin kat ipad while abah n amal masih lena. sooooo sweet weekend mcm ni tau. bgn tido ko xyah pk bfast mcm mana, takyah penat2 nak kemas rumah, nak cuci baju, lipat kain masak gosok baju etc etc....sungguh heaven ok! alangkah seronoknya kalau byk duit blh bercuti selalu. pang!! uh?? ok dah sedar diri semula :D
sekitar jam 9am kami dah siap2 utk check out and nak pi bfast. tak hujan dah, tapi cuaca masih sejookkkk! sweater semua dah basah. tp anak2 ok jer pakai mcm ni. diorang active so takdelar menggigil sejuk.
my handsome boy! ramai tau yg tanya knp iman putih amal hitam? knp iman boolat amal kurus? alahai... ni dulu cikgu sains diorang tak ajar ke pasal variation? manusia ni menjalankan sexual reproduction, not ASEXUAL REPRODUCTION ok. better u google about this two type of reproduction. hahaha padan muka semua kena bebel dgn cikgu sains ni :p
tuan blog nak enterframe jgk ngeh ngeh
kami bfast di sini. TERBAIK! nasi lemak dia best siap guna timun yg mahal tu. roti canai pun marvelous!
klu xde ipad mmg jenuh jgk nak bg budak2 ni duduk diam
alalalala buat muka comel plak dia. geget kang!
yg ni harap bdn je beso...dia blh merengek panas masa tiba2 ada pancaran matahari yg terik kat sini. ecececece berlagak kamu yer mcm tak penah kena matahari plak hahaha mengada!
masuk keta, jalan sket tetiba nmpk plak ada pasar pagi kat tepi jalan tu. oh tak blh dilepaskan! dah ler ptg smlm x dpt nak all out kat pasar mlm tu. so blh beli lg semua yg2 sedap2 tu utk mkn dlm keta yeeeehaaaaa
tak beli
beli teh dan jem starwberry lg
sonok dia jalan sambil makan2
haaaaa kali ni sy terjebak pd keindahan bunga2 ni semua. murah2 ok. nnt sy tunjukkan apa yg sy buat pd bunga2 yg sy beli. suka sgt!
cuci cuci mata
epal cameron highland?
juga epal cameron highland?
ok lepas beli jagung rebus, strawberry dan pelbagai mknn lazat utk bekalan dlm keta kami pun gerak keluar dr brincang. kali ni lansung tak beli sayur-sayuran dr cameron highland hahaha... sy ni dahler 'rajin' bebeno nak memasak kang habis rosak jer sayur2 tu dlm peti ais. then otw balik sempat singgah di ladang teh bharat utk sesi bergambar jap.
my favo photo!
suka jgk yg ni!
small umbrella for my boys. nak buat camne dah xde anak pompuan hehe
alahai perut nmpk booncittt plak dlm gambar ni. ok sbnrnya sy pakai seluar 2 lapis sbb jeans sy ni basah. so pki seluar tido mlm td kat lapisan dlm. shhh diam tau hehe jgn mengada nak kata perut sy buncit ok hahaha.
family moment =)
ok dah habis cerita pasal cameron highland. percaya tak kami akan ke sini lg pd 12 mei akan dtg? owh tak sabar to celebrate my besday kat sini. eh knp nak dtg sini lg tak jemu ke? ok ada sbbnya nnt sy cerita kemudian ok. bye bye semua!!!






3 comments:
besnye!! nak gi CH jugak..huhuhu
tenkiu teacher! hadiah da dapt
sronok kan pi cameron...huhu
dtg cni mai tgk sape bg hadiah kat K ... hehehe
Post a Comment