assalammualaikum =)
introducing our new baby at VCK: electric easy trimmer for our 'laman bestari'
suka sgt!
alkisahnya mula2 dok gigih ler en.suami potong rumput filipina kat laman tepi rumah ni guna gunting besar tu.
siap satu petak, nak tunggu next petak punya turn sempat panjang balik rumput petak mula2 td.
hazab nak menyiapkannya...
in fact tak pernah pun dapat potong rumput siap dr hujung ke hujung guna gunting besar tu
sy mmg dah tobat taknak gunting rumput ni dah
cukup ler sekali hr tu sampai hilang daya kat tangan ni sehari dua huhu...
dah mcm paralyzed jer masa tu
bila dah mcm ni citernya, gigih ler sy dok tanya kwn2 plak kot ada mana2 contact yg blh dtg ke rumah potong rumput.
dah gaya mcm ada padang bola besar plak nak panggil orang bagai hehehe
pastu ustaz wahid bagi idea utk beli electric grass cutter ni
lor...baru tau kewujudan gadjet ni hahaha
ringan jer you all mcm vacuum cleaner tu ha
tapi ofcoz lar ada gegaran jgk
tu yg i takmo guna tu hehe
sedikit details about our new baby:
Motor capacity: 450 W
Cutting circle diameter: 26 cm
Height adjustment: 80 – 115 cm
Cutting system: Extra-strong line + Automatic tap feed spool
"Pro-Tap" spool: 1,6 mm x 4 m
Extra-strong line: 6 x Ø 2,4 mm
Weight: 3.0 kg
sgt ler sesuai utk keluasan tanah sekangkang kera mcm kat vck ni :-)
inilah keadaan laman bestari yg tak berapa nak di jaga
konon tuannya asik busy memanjang
sedih nengoknya
so ptg td gigih en.suami potong rumput guna gadjet baru dia ni
actually sy yg belikan merangkap hadiah anniversary in advance!
blh gitu? muahahaha
punya ler lama lg anniversary :p
mula memotong dlm kul 6.15pm mcm tu dan siap jam 7.30pm ketika azan maghrib berkumandang
dan hasilnya....sangat puas hati alhamdulillah
ni pun belum sempat nak kumpulkan rumput2 yg dah kena potong tu
insyaallah ptg esok plak sambung kerja2 mengumpulkan rumput yg telah dipotong td
lapang rasa mata memandang :-)
biasanya dlm 3-4 hari rumput2 ni akan menghijau dgn sekata
time tu mmg cantik
insyaallah sebulan sekali blh kot buat aktiviti ni..kan en.suami?
alhamdulillah...tercapai lg 1 hasrat utk vck
antara hasrat yg belum tercapai untuk vck kami:
1) nak tar kawasan luar pagar
2) nak pasang tile kat tempat duduk luar pagar (silap btl tak tile sekali masa tile laluan keta luar pagar tu) dan tepi longkang yg kecik tu
3) nak pasang penutup longkang (yg ni kena tunggu tile tepi longkang yg kecik tu dulu supaya sama tinggi)
4) nak beli buaian yg colouful tu utk santai2 depan rumah
5) nak bina kolam renang kat belakang pagar putih tu *ehemm*
#sedikitsedikitlamalamajadibukitlepastubolehjadigunungeverestjugaberanganjerlarkoazimahoi#
sekian terima kasih






3 comments:
Yg no 5 tu ai like... moh le kite. Hehehehe kite punye laman xbeso pon :) kolam ikang rasa je yg lepas
Cepat dan mudah!
suka pagar putihhh kt bakang tu..very english...hehe
Post a Comment