FOLLOWERS

Wednesday, September 30, 2009

dah 38 minggu..

askum semua, mcm biasa aku blm deliver lg ok :P . cerita pasal pregnancy ni, since aku kena ikut R (EDD), so now dah masuk 38wks but baby still taknak keluar lg. patutnya semlm 29.9.2009 aku ada app. (patutnya nak induce) dgn gynae kat salam specialist hospital, tapi takut plak! lansung tak pegi hehe....tunggu isnin depan plak. klu tak sakit lg, nmpk gayanya kena pi induce jgk, klu tak abis mcm ni jer cuti awal aku ni, tak pasal2 kena masuk kerja dgn perut memboyot lg...huhu tak kuasa aku!
setelah hampir 2minggu hujan tak turun kat sini, atlast harini Allah turunkan hujan rahmat-Nya di bumi Sabak Bernam. Alhamdulillah...aku cukup suka dgn hujan, bila hari hujan means cuaca tak panas, n aku akan rasa lebih selesa. harap2 hujan turun jugak kat kg, n mak blh habiskan puasa 6 nya dlm keadaan yg tak panas. klu tak sian sgt kat mak... cukup panas kat kg! actually kami adik beradik dah berpakat nak pasang econ kat umah mak, tp mak tak nak. in fact, umah mak umah kg, tak sesuai nak pasang econ coz byk lubang2. lgpun aku paham sgt dgn mak yg cukup sayang dgn rumah peninggalan arwah atuk itu :)
mlm tadi kawan2 kuaters dtg beraya kat semua umah tingkat 1. aku takde buat masak2 pun, hidang biskut raya , kek n tembikai jer. nak buat mcm mana, cukup tak larat skang. mulanya excited jer nak amik pic, nak masuk blog, tp bila umah dah penuh dgn org, lnsg aku terlupa nak amik kamera hehe... dan mcm biasa, iman lar budak paling happy mlm td. cukup seronok dia bila kwn2 dtg umah dia, main sama2. erm..tapi kesian jugak kat iman coz tak lama lg abg cik n k.ijah nak pindah, so iman akan kehilangan kwn lg. dulu bila family ummi pindah, iman cukup terasa kehilangan diorang. ermmm....aku tak tau nak membebel apa lg. pic pun dah takde nak post. so cukup dulu lar setakat ni. jumpa lagi!!

2 comments:

ila nabilah said...

semoga ckg dpt deliver ngan baik and selamat...
semoga cepat sembuh jgk ;)

welcome to da babyy ;)
nk dtg skolaa... nk tgk ank2 cikgu ;)

ust amir said...

iman jaga baby baik2 ye... pujuk baby cepat keluar!!! kakak maryam, abang ngah, abang chik, kak Ijah dan baby sumayyah dah tak sabar nak ajak main kat bawah tuu. he.he
moga sejahtera selalu..

Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH