FOLLOWERS

Sunday, January 17, 2010

ini kisah kami semua!

harap2 sempatlar aku update blog ni sementara tggu keta tgh di service...
ya kawan2....itulah hakikatnya. semenjak sesi persekolahan 2010 bermula, sy btl2 kesuntukkan masa nak update blog. nak online pun dah tak sempat. balik rumah dah petang...badan dah cukup letih. tido mlm pun dah tak berkualiti skang ni. maklum saja ada baby ni....(rasanya semua maklum corak tido mama2 yg ada baby kan... hehehe)...ni pun terpaksa curi masa berkualiti bersama anak2 di hujung minggu bawak cik viva pi service kat perodua service centre. sementara tggu service harap2 sempatlar nak update blog. cerita banyak dah terkumpul ni hihi...
ok 1st of all nak cerita about my little baby...amal:
haaaa ini lah dia the latest pic of my baby. dah botak pun. 5 februari ni amal dah 4 bln. percaya tak masuk jer 3bln amal dah meniarap. cepatkan? hihi....dia ni mmg tak sabar nak bermain dgn abang iman.... sabar dik...rilex dulu. at 3 months old berat amal dah 6.0 kg. kira ok lar tak kurus sgt, tak chubby sgt. smpi skang masih breastfeed wlupun tak exclusive. time mama ada kat umah dia akan breastfeed saja, takmo susu botol. sangat best bersembang dgn baby amal skang ni. eee best tau ada baby kecik hihihi...ilang semua penat kat tempat kerja bila tgk muka baby.

ok now about abang iman plak:

inilah wajah terbaru abg iman.. pejam celik dah beso anak teruna saya ni. bln 8 ni dia genap 4thn. tp sy masih blm hantar ke sekolah. isk tak yakin lg lar... maklum saja abg iman ni seorg anak yg manja, mengada2 pun iye, takut kat org jugak. bincang2 dgn mr.hubby, insyaallah bln 6 ni baru nak antar ke sek...nak bg dia biasa n bersedia utk persekolahan yg btl next year.

weekend terakhir sblm buka sekolah baru ni sempat bwk iman pi jusco bukit tinggi together dgn family kak cho. seronok lar layan anak2 hehe...

iman, hana and nurin kat playground jusco bukit tinggi: main...main...main...

aksi iman 'jatuh motor' : sampai terangkat kaki kekeke...

me, iman and kak cho. alahai sian kat kakak ku ini, klu pregnant mmg teruk hihi...

all of us....

blue children notebook for iman. dia cukup suka dgn notebook ni coz sama kaler dgn notebook abah.
itulah kisah kami..... since dah keje ni nak pegang kamera pun tak sempat. ni tgh plan for our holiday during CNY. harap2 menjadi lar hendaknya. nak bersuka ria dgn family, blh release strees tau.
itu dulu utk entry kali ini. jumpa lagi!!

4 comments:

Syikin said...

anak2 mu sungguh tembam.. geram aku tengok..
sibuk ek.. tau..awal2 tahun cikgu busy kan... aku pun lum hantar hakim g school..abah dia tak setuju..siap hujah2 bagai..huh..soo frust but nevermind..aku try cara lain teach hakim even sgt kesuntukan masa.. gmah..update sket pasal grolier... macam nk beli la...
nak g bercoti? kemana?:)

TeacherAzimah said...

ok cikin kang aku citer pasal grolier. aku cadangkan ko beli logico primo set. sungguh best. tp dgn syarat hakim kena kenal semua colour dulu, baru blh ajar guna logico primo ni ok :)

ust amir said...

samalah kita , dah masuk 3 minggu tak dapat nak update blog arab2u... apa pun kesyukuran perlulah kita panjatkan kehadrat Ilahi kerana segalanya dipermudahkan Allah. Walaupun sibuk dengan kerjaya guru...tapi itulah peluang keemasan utk kita tuai hasilnya di akhirat kelak kerana kita mewarisi kerja para nabi yang sentiasa berusaha mengajak manusia kearah kebaikan dan mengenali Tuhan.. terima kasih atas segala sokongan yang dicurahkan .. moga intesaber terus maju dan cemerlang

TeacherAzimah said...

terima kasih di atas nasihat ustaz. saya memang rasa bertuah dah bangga dengan kerjaya ini :-)

Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH