FOLLOWERS

Sunday, February 28, 2010

KITA diperlukan

askum dan salam sejahtera...
siapa KITA yg sy maksudkan di atas? sbnrnya sy amat tertarik dengan isu yg diketengahkan oleh ceupacs baru2 ini. lebih ramai penjawat di sektor awam adalah wanita. 3 perempat dari kekosongan jawatan PTD baru-baru ini telah diisi oleh wanita. dan lebih menarik 70% warga pendidik di Malaysia adalah WANITA! kita lah wanita itu, saya, anda kalian...benar bukan?
sy tidak mahu mengulas lebih lanjut kenyataan yg dibuat oleh ceupacs itu. tp sy cuba utk 'relate' isu ini dengan kehidupan sekitar sy.
Khamis baru2 ini (25 feb) sy ke Putrajaya menghadiri 1 mesyuarat di Kementeriaan Pelajaran Malaysia. Mesyuarat penyelarasan item percubaan PMR dan SPM SBP 2010. buat pertama kalinya pembinaan item akan dilakukan totally secara 'online' (gara-gara tiada budget @ save budget @ cut-cost etc...) mampukah sy sbgi ketua penggubal soalan Sains PMR handle perkara ini? moga Allah permudahkan segala urusan...amin. berbalik kepada isu utama, hampir 2 pertiga dari ketua2 penggubal yg hadir adalah wanita. berjalan dr bilik mesyuarat kemboja ke tandas, rata-rata kakitangan yg ada di situ juga wanita. dlm skop yg kecil ini pun, wanita lebih mendominasi. nampaknya terbukti sudah kenyataan ini.
paling penting, kita kena lihat dr sudut yg positif. fakta sekarang kan memang wanita yg lebih ramai dari lelaki? maka sudah tentu golongan ini juga yg ramai memegang jawatan di sektor awam. maka saya sebagai wanita amat berbesar hati dan berbangga bila isu ini diperkatakan. tidak ada yg perlu dirisaukan, atau dikatakan berbahaya atau dikhuatiri. kita semua bekerja dgn niat asal untuk membantu suami (bg yg telah berkeluarga), membantu mak ayah di kampung, membina kerjaya utk masa depan dan pelbagai alasan lain yg sy yakin rata-rata tujuan tersebut adalah tujuan yg baik.


ABOVE FIGURE IS JUST FOR LAUGH

walau bagaimanapun, di sekolah tempat sy mengajar sekarang SBPISB, guru lelaki lebih ramai dr guru wanita. ya itulah hakikat yg jarang kita jumpa di sekolah2 yg lain. sy sendiri ketika mula mendaftar di sini 5 thn dahulu terkejut dgn situasi ini. emmm sy rasa guru2 wanita di sini hanya transit sementara, means ramai yg berpindah mengikut suami setelah berkahwin. itulah senario di tempat kerja sy.

tamat mesyuarat di KPM, sy meronda di alamanda. kebetulan waktu makan tengah hari tika itu. sekali lagi mata sy melihat lebih byk 'baju kurung batik' berbanding kemeja batik. sah, mmg wanita yg lebih ramai di sektor awam... apa reaksi anda mengenai isu ini?

nota kaki: sbnrnya sy sedang berada di pusat tiusyen waktu ni. students tgh ujian. 5 pljr perempuan dan 4 lelaki. emm...

4 comments:

acik mimie said...

mungkin sector awam yg ramai penjawat perempuan ... tapi tgk bidang jugak ... private sector mcm aku nih .. yg ada kepakaran khusus bidang teknikal mostly didominasi kaum lelaki ... terselit perempuan yg pegang jawatan besar boleh dibilang ... mcm husband aku pon sama .. MAS untuk teknikal 99% lelaki ... kalau ada perempuan pon dekat HR dan account ....

p/s lain kali nak dtg ptjy bgtaula ... boleh aku tunjuk fabulousmom , mumsdreams, mlo ....

TeacherAzimah said...

mie, bkn taknak bgtau. ada cikgu sekolah lain tumpang aku haritu, so tak sedap lar nak berjalan2 sgt. tak pi pun mumsdreams. btl2 pi mkn kat alamanda jap. dah daftar alumni semesti? bayaran mcm mana?

Jamal Rafaie said...

Kadang2 ikut keadaan cikgu.. Kalau kat kampus saya ni, lelaki lagi ramai dari perempuan sebab kos engineering..

Perempuan lebih sesuai dengan kerja2 pejabat, dan ramai lelaki yg kurang minat dlm sektor awam.. Mungkin nak cari peluang kerjaya yang lebih besar rasanya, sesuai dgn tempat sebagai ketua keluarga..

Hanya sekadar pendapat..

TeacherAzimah said...

jamal- citer teacher kat atas mmg pasal sektor awam lar...cuma tak highlight jer tu sbb awak tak perasan. ni saper ajar bm dulu ni, tak reti cari isi penting ni kekeke

Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH