FOLLOWERS

Wednesday, February 10, 2010

kita menang!! teacher suka!

Entry kali ni khas untuk pelajar2 tingkatan 3 hidayah yg teacher sayang (wlupun most of u nakal2 tahap gaban, teacher tetap sayang tau huhu).
tahniah pada u all semua dan diri teacher juga coz kita berjaya menjadi naib johan pertandingan 3k peringkat sekolah. kira berbaloi lar teacher kuar byk kali pi beli barang2 kelas, n berbaloi jgk RM yg kita kuarkan utk hiasan kelas ni. million thanx to those yg sponsor brg2 kelas. cuba tgk gambar2 ni...cantik kan. teacher sungguh puas hati!

harapan teacher:
  1. kelas 3 hidayah sentiasa dalam keadaan kemas dan cantik. keadaan kelas menggambarkan pelajar yang ada di dalamnya, seterusnya melambangkan keperibadian kita.
  2. bukan sekadar kelas awak yang 'cantik', teacher nak peribadi, result exam dan sahsiah kamu semua juga cantik ok.
  3. kamu semua teruskan usaha untuk cemerlang dlm PMR, jgn sesekali putus asa dan buang terus penyakit M yg ada.
  4. jaga nama baik kamu, ibu bapa dan guru walau di mana kamu berada kelak.
  5. cukuplah klu kamu dapat penuhi 4 harapan teacher kat atas ni, teacher dah cukup puas hati..
lepas ni insyaallah teacher akan cari masa untuk celebrate kemenangan kita... dun wory, kfc tu tak lari ke mana hehe...
last but not least HAPPY HOLIDAY AND HAPPY CHINESE NEW YEAR. semoga kembali ke bumi sbpisb dengan selamat. jgn lupa bwk ole-ole utk teacher ya :)

5 comments:

Syikin said...

wah teacher..cantik bangat kelasnya..semangat la cam ni nk belajar..cam dok kat dewan persidangan lak rasa...

TeacherAzimah said...

tu lar cikin...zaman kita sek dulu mana ada mcm ni kan. well zaman dah berubah :D

Jamal Rafaie said...

Salam..

Bila baca entri ni, saya terkenang-kenang zaman menghias kelas dulu. Dengan telatah kawan-kawan yang mencuit hati, ragam kelas bersepah sempaikan kita pun lelah dibuatnya.

Sekarang dah tak ada lagi macam ni buat saya, rakan-rakan kat kelas selalu berubah-ubah. Tak ada lagi kemas-kemas kelas lagi dah. Semua ni mengajar erti pengobanan dan menghargai masa-masa lalu..

Bila agaknya saya nak melawat sbpi lagi ye? Masa amat menghimpit untuk melawat sekolah.. Kerana kesuibukan dan lokasi yang berbeza jaraknya..

InsyaAllah satu hari nanti saya akan menziarahi sekolah yang tercinta ini.. Ameen..

JHaZKiTaRo said...

salam jauh dari bumi Dublin, Ireland.. blog walking kejap.. rajin2, jemput datang ke my blog.. :)

FF said...

waa....cantiknye...
haha

Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH