- SAMBUTAN BIRTHDAY MAMA IMAN & AMAL YG KE-30 (sayalartuh!) alhamdulillah...menjangkau umur 30thn sy dah punya kerjaya yg stabil, suami yg BEST!, 2 orang anak lelaki yg amat membahagiakan, 2 buah kereta (viva n wira--bila nak beli estima ni huhu...). perkara yg masih tak dapat lg: baby girl (insyaallah ada lar rezeki nnt) n rumah sendiri (kak baayah oi...bila nak proceed ni!!!!???). bab rumah ni insyaallah...plg lewat pun next year lar. rumah teres end-lot 4bilik 3 bilik air, alhamdulillah :). target sy yg seterusnya, sblm umur menjangkau 40thn, sy nak pergi menunaikan umrah. moga Allah kabulkan niat sy ini amin....
mcm biasa sambutan ala kadar jer utk buat anak2 happy...beli kek kecik, nyanyi2 n potong kek. hadiah?? dah dapat dah :) tgk entry sblm2 ni ok.
2. cerita yang ke-2: MUHAMMAD IMAN KASYFI dah sekolah! mcm tak percaya hehe... plan asal kami nak mula antar iman ke sekolah lepas cuti 2mggu jun ni, tp terpaksa diawalkan sebab bibik nak balik bercuti ke lombok sebulan. so nnt emak sy akan tlg jaga anak2 time sy kerja. (a BIG thanks to mak!) klu iman dah sekolah, atleast tak ler teruk sgt emak nak jaga cucu2nya...wlupun 2org, tp ligat!! emak sy pun bkn sihat sgt. menjangkau umur 69thn, kudrat emak makin lemah. kesiannnn sgt kat mak. cerita mengenai sekolah iman, kat tempat sy ni takde pilihan selain PASTI n TADIKA KEMAS. yg swasta mmg takde kecuali smart reader class. tp yg ni beroperasi on weekend, jauh plak tu. so sy dan suami sebulat suara nak hantar iman ke pasti (setelah diambil kira pro n con). plan kami: 4 dan 5 thn di pasti, 6 thn di pra-sekolah. pada miggu pertama iman bersekolah, sama mcm budak2 lain ok. menangis meraung sampai muntah2. mama dia pun nangis sama on the 1st day nak tinggalkan iman kat sekolah huhu...kesian btl tgk dia meraung n meronta nak ikut sy balik time tuh. tp sy tekad n bulatkan hati. now dah mggu ke-3 iman sekolah. so far alhamdulillah dia makin ok. wlupun bgn tido pagi2 tu dia mesti akan menangis dulu taknak pi sekolah, tp lepas pujuk2, dia dah ok... utk peringkat permulaan ni, since iman pun br 4thn, dlm seminggu dia cuma akan pi sekolah 3 @ 4 hari. jadilerrrr hehehe...
sebelum ke sekolah iman akan minum susu dulu. now dlm proses nak ajar dia minum susu guna cawan jer...

ni pic iman dgn hadiah nak bg kat cikgu n ustazah sempena hari guru tempoh hari. apa hadiahnya??
haaaaa ni dia. hadiah2 ni tak beli pun, rotate hadiah yg kami dpt dr pelajar2 kami dulu2...untung kan jd anak cikgu hehe....
5 comments:
salam..
thanks sbb singgah umh sy..hehe..a'a la nama kita sama..cume berbeza sket je..sy pun dah add awak..cume xbleh nak follow je..just follow blog shop awak je..byknye jual brg..mesti dah berjaya kan?
zimah- idak jgk...tu aktiviti time cuti sekolah jer. time kerja ni tak terbuat hehehe...
oo budak boolat ni dah skul..mesti macam2 cerita dia bawak balik kan...
cikin-lar ni dia bwk balik: wasakoonaa... aku ingatkan apa, rupanya dok belajar doa lepas mkn hahaha
Post a Comment