FOLLOWERS

Tuesday, November 23, 2010

bila geng bas sekolah beraksi

askum dan salam sejahtera buat semua... ingat tak sblm ni sy ada cerita yg kami sekeluarga beraya aidiladha di tg malim? kami berkumpul di rumah kak cik di proton city. semua maklum proton city adlh penempatan baru, dikelilingi bukit. view kat sini sgt lar cantik. sy sempat ke tmn permainan di sekitar tasik yg sgt cantik bersama iman dan anak saudara yg lain di kala amal tido di rumah kakcik. klu amal ada time ni, dah tentu sy tak dpt jd fotografer ptg tu hehe...

##############################
melihat aksi kanak2 ni semua riang bemain, membuat sy terfikir, alangkah indah zaman kanak2 yg sudah tentu cabarannya amatlah kurang berbanding kt yg dah dewasa ini. masa berputar bagaikan roda dan semua akur, zaman kanak2 tidak akan kita lalui semua. tp kenangan di zaman itu tetap mekar di jiwa. betul kan?? (wahhhh lain mcm entry sy kali ni hoho)....




###########################
1 memori di zaman kanak-kanak yg paling sy ingat adlh kala bermain di padang sekolah SDM bersama dua org kakak sy; kak cho (now 38yrs old) dan kak chik(37yrs old) serta 2org sepupu, wawa(33 yrs old) dan keken (27yrs old). time ni kami ber5 masih kanak2 malah sy sendiri masih blm bersekolah tika itu (tp dah blh ingat). sedang asyik memanjat dan bermain di atas pokok kemboja, ntah dr mana dtg seekor lembu yg laju meluru ke arah kami.

###########################

2 tanduk tajam atas kepala lembu itu sungguh menakutkan!! 2 kakak sy dan wawa dgn pantas memanjat tinggi di atas pokok dan sy laju berlari ke arah kantin sekolah (mak dan ucu mengusahakan kantin SDM waktu ni). saper yg jd mangsa lembu itu????



############################
dah tentu yg paling kecik, keken hehe...seingat sy time ni keken masih berjalan jatuh. apa yg lembu tu buat kat dia? sy msh blh membayangkan insiden lembu itu menghidu @ mencium kekek yg sedang meraung ketakutan. mujur saja lembu tu tak menanduk sikecik keken, nauzubillah!

############################
mendengar raungan keken, ucu berlari laju menghalau sang lembu dan menyelamatkan anaknya. akibatnya kami yg lain kena marah sbb meninggalkan keken seorang berdepan dgn lembu haha.... sungguh indah kenangan yg 1 ketika dulu cukup menakutkan..

############################
moga 1 hari nnt, bila iman membaca blog mama ini,
dia juga akan merasai betapa kenangan zaman
kanak-kanak itu merupakan
kenangan yg sgt berharga...

No comments:

Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH