FOLLOWERS

Saturday, April 02, 2011

sabtu dtg lg

assalammualaikum...

dah sabtu pun. pejam celik pejam celik dah weekend semula. kejap jer masa berlalu skang ni. emak sy dah blk ke kg semula hr khamis lalu. lain rasanya bila mak dah balik. almost 2weeks mak ada kat sini, wlupun mak tak sihat masa tu tp rasa besttttt sgt bila mak ada kat umah.
hari ni ada mesyuarat pibg kat sekolah. so anak2 pi umah pengasuh dah pg td. bila terkenang kan anak2 ni, alahai sedih rasa hati bila hari sabtu pun kena hantar ke rumah pengasuh jugak.

mulai isnin depan iman masuk pra sekolah. sy dan suami terpaksa ambil keputusan ini selepas ada insiden tak best berlaku pd iman di pasti. percaya tak iman yg baru nak masuk 5thn dah kena buli kat sek? ya betul...kena buli dgn rakan sebaya. sebelah kening dia kena cukur huhu... ssgt menakutkan ok! ustzah dan cikgu blh tak perasan pasal benda ni smpi lar sy bgtau. sy ckp elok2 jer tp respond ustazah tu sedikit mengecewakan kami. kami blk dipersalahkan. isk...pjg sgt nak citer. so dipendekkan citer, setelah di ambil kira pro and con, kami pindahkan iman ke pra sekolah bermula isnin ni. terima kasih kat cikgu baidah yg sudi terima iman masuk pra wlupun dah bln 4. tggi harapan mama dan abah agar iman dapat yg terbaik di pra ni. kbtln suami sy bz sket mggu ni so gigih sy sorang2 pi daftarkan iman kat pra (2x). so far nmpk iman mcm berminat... alhamdulillah..

ini gambar sekolah pra iman yg sempat sy snap haritu.
cikgu kat pra ni merupakan slh seorang pengasas pra sekolah di malaysia

amal apa cerita plak?? anak manja mama ni dah makin bijak. semua yg abg iman buat, dia nak buat jgk. selalu gaduh dgn abg iman. 5hb ni genap sethn 6bln dah. still bf tp bekalan dah tak cukup lar... actually dia mmg bf + susu botol jgk tp mslh timbul bila mlm masa tidur. amal asik nak bfd tp susu mama dah tak cukup so dia akan merengekkkkkkk jer smpi lar kita masukkan dia dlm buai. bg susu botol dah, tp mesti dia taknak. dlm buai br nak susu botol, baru lena tidur. letih lar jgk kami dibuatnya... sepanjang tidur mlm, selain memanjang dia bfd, susu botol tetap habis 2-3botol (4oz). tp hanya nak menyusu botol dlm buai. uiksss letih2 dibuatnya.

tgk lar amal dlm pic ni, dah teror main bayblade ok. sehari dua ni makin laju gasing dia berpusing, kdg tu smpi kalah abg iman. penuh gaya dia menarik launcher gasing tu huhu... pic ni sy snap masa kat kg lama dulu dah tak ingat tarikh. dia main gasing dlm almari baju hahahaha...
oklar. itu dulu utk coretan sy kali ni. nak balik umah nak setelkan kerja2 rumah plak. plan esok nak bwk anak2 ke jusco so kena make sure kerja rumah siap hr ni. dah siap kerja rumah kang br blh amik anak2... sekian dulu, bubbai!

2 comments:

Syikin said...

Bestnya iman dh bleh msk pra sekolah... Kt sini ank cikgu x dibenarkn msk pra sekolah... Huhuhu frust!! Naper iman?kene mekap ke smpai kening kena cukur ngan kwn?? Cukur pkai per?? Ngerii je dgr..

TeacherAzimah said...

guna pisau cukur huhu aku pun takleh bayang ngeri wei! budak sebaya dia jgk yg buat, yg tak bestnya cikgu blh tak perasan! pjgler lg citer aku rasa klu kat bandar mesti dah kena saman sek tu. aah ikutkan anak cikgu mmg takleh masuk pra tp kat sini kan kg so kuota byk kosong, blh lar anak cikgu masuk. ni pun dah bln 4 masih ada kekosongan...

Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH