Assalammualaikum =)
uiksss serius lama dah tak update blog. terlalu banyak perkara berlaku seminggu dua ni. sy sgtttt lar busy dan serius letih. biasanya sy dah senang lenang bila PMR dah tamat. tp lain plak tahun ni, makin banyak tugasan dtg selepas habis PMR. sabor jer lar huhu... tak tau nak express mcm mana perasaan yang bercampur baur ni. di pendekkan cerita, sy tak sabor nak cuti sekolahhhhhh tlg lar cepat sket 19 november tiba hahaha blh gitu?
2mggu lepas sy terima 1 surat yang memaklumkan bhw sbpisb terpilih utk sesi pengambaran rancangan berbntk dokumentari 'inovasi kreatif' utk tayangan RTM2. sbpisb akan diberi 1 episode untuk rancangan berjumlah 13 episode ini. wahh bercampur baur perasaan sy masa tu. so 24 okt yg lalu, dtglah 2 van krew pengambaran dr syarikat Aquilla Emas Sdn bhd. berdebar2 rasa hati sbb dah dimaklumankan team solar boat dan baju kalis peluru kena bersedia utk sesi pengambaran sehari suntuk ni, termasuk cikgunya yg akan di interview juga... walalweiiii terasa mcm artis dah miahahahaha...:D
so jom kita tgk gambar2 diselang seli dgn sedikit cerita pada hari tersebut.
seperti dijanjikan krew sampai tepat jam 8.00am, wah sungguh menepati janji kamu semua ya. mula2 sy bwk kak niza selaku wakil Aquilla Emas berjumpa dgn pihak pengurusan sekolah. then kami semua menuju ke kantin sekolah utk breakfast sambil2 intro dr pihak crew kpd sy. berbaju biru di atas adlh en.rosli, director penagmbaran ni dan yg bertopi tu...eh2 mcm kenal lar! jimmy shanley ke??? oh no no no...pelanduk 2 serupa ok. tu penolong director, eddy hahaha perasan nak jmp jimmy shanley cuba cermin muka tu sket teacher azimah oi!
lepas bfast, sesi pengambaran di makmal bermula. mula2 dia nak rakam pelajar2 ni tgh buat kerja. berlakon jer ok...serius jer budak2 ni nak masuk tv haha...
then dia nak rakam sesi perbincangan antara pelajar dan guru. ok no problem.... buat mcm biasa kita discuss dgn pljr then mata jgn mengada nak tgk camera ok kang tak pepasal CUT!!
seterusnya sesi rakaman untuk racing the boat. amacam, glamour tak teacher hari tu? mujur baju ni tak panas wlupun nmpk mcm panas... masa ni mcm ada hati jer nak ambik alih peranan host utk rancangan ni sbb sy tgk host tu mcm tak reti cakap, tanya soalan tah apa2. kesian students i nak kena jawap soalan pelik2 tu tau. at last dgn selamba tenuk sy bisik kat director tu cth soalan yg lbh scientific n educated utk ditanya... haaaaaa blh jd director dah aku hahahaha... after that barular students pandai nak jawap soalan2 dia keh keh keh...
baju kuning tu adalah BILL, host rancangan ni. suara dia alar2 suara fizz fairuz. fuhhhh patutlar director taknak amik aku jd host....pang!!
panas masa ni
teacher azimah interframe lagi hahaha....posing dgn payung crew yg cantik :p
action.......cut!!!! serius banyak kali repeat. terus takmo jadi pelakon sbb nmpk letih jer buat benda yg sama berulang kali hahaha
ecececece.....sonok kamu ya raida
tiba2.....jeng jeng jeng...... kelihatan 2 mamat yg handsome dtg kat area pengambaran sedang berlansung. aku (guna AKU arr ek...baru best sket citer) tak cam lansung saper kah mereka. dah pong pang pong pang sembang bersama....tetiba husband aku tanya dia: err ni x silap pelakon kan? dia jawap: aah. kenal tak siapa? aku jawap: emm x cam lar, siapa ya? hahahaha selamba jerung aku jawap mcm tu. pastu dia jawap: SAYA ZIZAN NIN. walalaweiiiii mcm mana aku blh tak cam ni??? dia kan glemer isk isk.. pastu selamba aku tanya dia: eh apsal dlm tv nampak putih, kat sini gelap?? hahaha sungguh tak patut soalan aku kat dia. tp serius dia nmpk gelap masa ni.
buat apa dia dtg sini? oooo sbnrnya dia produser rancangan ni. org sungai besar jer pun hehe... ok bro malas nak cakap banyak tp you mmg handsome (ni ayat off record ya. tak pasal lar aku nak ckp depan dia huhu)
segan plak nak snap pic dia sorang, so dpt lar snap pic mcm ni jer hehe...
seterusnya bergerak ke lobi untuk sesi rakan interview.
masa ni aku dah sedikit gelabah sebab lps ni turn aku plak kena interview
asst director dah mula inform soalan interview kat sy.
err sama ke dgn sesi interview nak jd cikgu dulu? lain kot haha...
wahhhhh sy pun kena touch up serius masa ni rasa mcm artis dah huh perasan lar ko!
dup dap dup dap dup dap
elehh...jawap jer bukan dia tau jwpn tu btl ke salah kan? kan? TAPI byk kali jugak kena cut!! hahaha.... sbb ada ketika sy terdiam hilang idea nak jwp apa. ni klu zizan nin ada kat dpn lansung kaku terus kot hahahaha
hampir tamat sesi solar boat, kul 1 stop untuk lunch. after lunch cont dgn team baju kalis peluru. sesi utk team solar boat dah habisss....
canggih tak?
with the crews
with mr.director.
sejujurnya pengalaman seperti ini sgt menarik utk dilalui oleh insan biasa seperti sy. almaklumlah biasanya org akan kata: CIKGU JERR... hehe... ya cikgu cabuk jer sy ni bkn saper2 pun. ini semua kisah isnin lalu. ahad ni crew pengambaran ni akan dtg sekali lg utk sesi rakaman pameran solar boat utk karnival 1 belia 1 malaysia. dimaklumkan juga crew ni semua nak dtg sekali lagi untuk rakam persekitaran sekolah, haritu tak sempat sbb hujan. pn.amy kata, mereka sgt berbesar hati dgn layanan dr pihak kami. hehe...alhamdulillah itu jer yg kami mampu sediakan.
oklah itu dulu untuk entry kali ini. bye semua!!
p/s: tak sabar nak cuti sekolah
2 comments:
Waa jelesnyeeeee, ada zizan nin lagi huhu
sian kat zizan nin sy tak cam pun saper dia hahaha
Post a Comment