assalammualaikum =)
penat masih terasa, tp semangat berkobar2 nak bercerita tentang percutian kami ke medan. jangan terkejut ya sbb sy akan byk bercerita tentang keburukan negara mereka terutamanya tmpt yg sy lawati ini. trust me, medan is nothing without lake toba/Danau Toba. tapi danau toba serius menakjubkan! sangat cantik!
percutian kami selama 4 hari 3mlm di sini dipenuhi dgn mengelilingi sumatera utara. majoriti kaum di sini adlh orang batak yg majoritinya beragama kristian. melalui tourist guide kami di sini iaiti mr.danu, byk info mengenai kaum batak yg kami dpt. klu sesapa yg berminat nak mengetahui asal usul kaum batak, blh tgk di sini ya. tak kuasa ler saya nak bercerita pasal kaum batak ni pjg lebar hehehe...
sumatera utara pd pandangan sy agak kotor terutamanya kawasan yg dipelopori kaum batak ini. depan rumah penuh dgn sampah sarap. medan juga kotor, sampah merata-rata. (huh selamba sungguh aku menulis hoho). patutlah rakyat negara mereka berbahagia dan bersenang lenang bila dtg ke malaysia. tu pun tak reti-reti nak appreciate org kita, tempat kita, negara kita. sape setuju sila angkat mouse!! rata2 kamar kecil (toilet) mereka takde flush (huh?!) sila percaya ok. pastu jgn harap nak ada paip getah tu. semua guna cebok jer. tahap kebersihan?? hohoho...5/10 jer. bilik hotel pun tak bersih mana. xde plastik utk bakul sampah. tisu pun x provide. tak tau ler klu hotel 5 stars ada kot. yg kami stay ni 3-4 stars jer. utk shopping, hanya telekung, kain pasang utk buat baju pengantin, kain batik dan pelekat, blouse dan jubah jer yg menarik dan murah. emm takde lar murah mana, jenuh sy tawar menawar dah... tp so far lbh murah lar dr malaysia. barang lain semua tak best kat sini. bandung lg best kot utk shopping (kata org ya, sy tak penah smpi lg ke bandung hihi). tu lar kan sy dah kata, medan ni best sbb ada danau toba yg menakjubkan itu jer. tp takde lar sy menyesal dtg sini. sungguh tak menyesal sbb sy pandang dr sudut +ve. klu tak ke sini, sy tak tau situasi sbnr di sana. tak dpt juga melihat cara hidup org di sana. dan tak dpt nak bercerita kpd anda semua :D cuma tu lar.. medan agak kotor dan sgt sesak, ramai org. jalan raya juga sesak. pastu perjalanan dr satu tempat ke satu tempat mengambil masa yg sgt lama, berjam2. kira habis masa dlm perjalanan je. dah ler bawak anak kecik huhu....letih! ok itulah gambaran kasar perjalanan sy di sana. jom kita tgk gambar plak.
4.30am dah bgn tidur. kul 5 kejut suami dan anak2. kul 6.30am dah smpi lcct sbb flight kami jam 8.05am. a BIG thanx pd family kak cho yg tlg hantar ke airport. kesian iman amal...mengantuk lg. tgk lar tu abg iman dok gosok2 mata. amal dah tido dlm stroller...
happy je dlm flight
masih behave masa ni. tp masa nak landing, amal dah start merengek dan menangis. dia asik tekan2 telinga. oh sakit telinga sbb perbezaan tekanan lar ni. kan dia kecik lg, sian amal... mujur penerbangan cuma 45min. tu pun jenuh kami nak pujuk amal. iman ok jer alhamdulillah...
alhamdulilllah dah slmt menjejakkan kaki ke bumi medan. akhirnya dpt jgk kami melihat negara org. next year kita target ke thailand plak insyaallah. tgk lar amal tu, muka seposen baru lps mengamuk.
ini travel company yg menguruskan holiday kami di sini. so far ok takde masalah sgt. tgk lar sistem pendawaian elektrik di medan, 'hebat' kan? bg pandangan kami, medan masih mundur dr segi teknologi. sistem perparitan, binaan, jalan raya.. semua masih di tahap 'biasa2 aje'.
ini mr.danu, tourist guide merangkap driver kami di sana. dia baik, rajin melayan iman. bapak dia org batak, mak dia org jawa dan family dia beragama islam. kat sana kami menaiki kijang (innova). sekali lagi sila lihat sistem pendawaian elektrik mereka hehe...
rambu-rambu??? rambu ba rambu ramba hahaha... undang2 ok :p
sampah di mana2
jalan raya yg sesak. bunyi hon kedengaran di mana2. mr.danu kata itu bkn tanda marah. tp sbgi isyarat kpd pemandu lain. kemalangan jarang berlaku sbb mereka mengamalkan sikap bertoleransi. anda percaya? sy tak hehe...
lps bfast soto minang di sana, kami ke istana maimoen. sila lihat sampah sarap yg berada di mana2 hehe... istana maimoen ni ada kaitan dgn kesultanan melayu di kuala kangsar. siapa yg berminat nak tau lbh lanjut, sila tanya mr.google ok :D
byk terdpt jualan kraftangan dan cenderamata di spjng jalan menuju ke istana maimoen. pastu lg 1, org indon ni semua nak tips. mujur tourist guide kami dah ingatkan, tu pun ada jgk yg terkena. so sesapa yg nak ke medan, jgn terpedaya jika ada org yg mcm baik hati nak tlg anda sbb sbnrnya mereka nakkan tips ya hehe
dlm istana maimoen. takde yg menarik sgt cuma kami dilayan baik oleh tengku ***** yg menjaga istana ni. masa nak keluar dia mintak tips huh tah apa2... gelak besar en.suami. kami bg sikit jer kat dia haha...
keluar dr istana maimoen, kami memulakan perjalanan ke danau toba yg mengambil masa 5-6jam. aduhai...sila percaya. letih ok. tp ada lar singgah2. lbh2 lg kami ambil private tour so takde mslh sgt klu nak berenti, maklumlah bwk anak kecik.
otw ke sana kami menyaksikan keadaan sbrnya kehidupan di medan dan sumatera utara. masjid2 di bina menggunakan sumber kewangan persendirian, bermakna banyaklah org2 di tepi jalan yg memohon derma dgn alasan utk membina masjid.
otw ke danau toba, kami singgah di Tapian Dolok utk membeli tang-tang, ting-ting dan tung-tung, mknn glemer kat sana yg diperbuat dr kacang. alar mcm kacang bepang kat malaysia hehe
antara ketiga-tiga ni, tang-tang paling tak sedap.
kemudian singgah juga di galeri kaum batak utk melihat dan membeli kraftangan buatan mereka.
hari pertama diorang ni masih ok jer hehe
pastu singgah utk mkn tgh hari di restoran minang. alhamdulillah takde masalah utk dapatkan mknn halal di sini sbb restoran minang byk. mknn org minang ni mmg sedap. lauk yg dihidangkan utk kami berempat (2 dewasa dan 2 kanak2) mcm utk 6 org dewasa. cuma 1 yg sy tak suka iatu cara mereka menghidangkan makanan. comot ok. tu lar.. sng ckp diorang ni agak pengotor huhu..
see...mknn yg sedap ni hilang serinya sbb dihidangkan dgn comot.
comotkan?? inilah mereka hehe... akhirnya kami slmt smpi di danau toba pada jam 5pm waktu tempatan di sana. danau toba sgt cantik, tak puas mata memandang. entry lain special mengenai danau toba ya ;-)
alhamdulillah dpt juga kami ke danau toba, melihat sendiri kejadian Allah SWT yg maha hebat ini...
itu dulu untuk entry ini. jumpa lagi!
1 comment:
Assalamualaikum Tuan/Puan.
Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.
Post a Comment