FOLLOWERS

Sunday, January 08, 2012

weekend

assalammualaikum

*weekend bagi wanita yg berkeluarga dan bekerjaya adalah penat. siapa setuju sila angkat mouse!!

penat lipat kain stock seminggu, iron baju utk next week stock seminggu x 2org, kemas rumah, cuci apa patut, memasak, mop lantai, sapu lantai, layan anak2 dan suami. ok cukup. tu pun dah banyak hehe... alar rasanya semua yg berada dlm situasi sy ni akan rasa yg sama. cuma bgmana kita handle situasi ni yg berbeza. mcm sy hr ni, ntah knp tetiba moody, asik nak marah jer semua salah. pk punya pk, ok sy salahkan premenstrual syndrome (PMS). dia yg salah. org lain tak salah ok.

petang smlm, anak2 mandi kolam dgn kawan2 dia kat sini. my hubby yg tgk2 kan diorang main, sambil2 cuci innova. keta dah beso ni klu blh takmo antar cuci kat car wash sbb mahal hehe..

sebelum turun mandi kolam, ni lar aktiviti iman-amal kat rumah.

takdelah plak snap gambo iman-amal mandi kolam sbb masa tu sy kat rumah mengemas rak buku iman. buku2 lama nak letak dlm kotak sbb space kat rak ni dah penuh. ok semua tau ni rak buku grolier kan..talking about grolier, sy dlm proses nak 'main' science experiment dgn iman. since ada rancangan sains comot kat tv, sibuk dia ajak mama bereksperimen jgk. ok mama will prepare for it ya sayang.

masa kemas2, terjumpa 2 buah buku ni. ni antara buku2 terawal yg sy beli utk iman. habis amal koyakkan huhu

peringkat awal iman belajar nombor dan mewarna

masa ni dah mula cantik dah dia mewarna

paling cantik kot ni hahaha..

bermula thn baru ni sy wajibkan iman belajar atleast setgh jam setiap mlm. biasanya sesi belajar bermula slps mkn mlm sekktar jam 8pm, tp bermula mlm esok sesi belajar dia akan mula lewat sket sbb lps maghrib iman akan mula mengaji muqaddam di rumah ust fadzlan. dlm gambar ni dia tgh belajar matematik: tambah.

masa sy tgh pantau iman belajar, en.suami akan layan amal.. kalau tak dia asikkk lar nak mengacau abg iman.

alhamdulillah iman dah mula cekap menambah dan menolak nombor2 mudah. tapi tulisan dia??? owh ok mama faham, ini tulisan bakal doktor ya hahaha...
setiap malam sy akan gilirkan subjek2 bm-bi-math-sains. mewarna adalah aktiviti tambahan ya hehe..

lepas habis belajar baru blh mewarna ya. ok iman, warna mesti penuh dan satu hala ok ;-)

sy yakin setiap ibu bapa di luar sana inginkan yg terbaik utk anak2 mereka. pelbagai kaedah blh kita guna utk memastikan pelajaran dan pendidikan yg mereka terima diperingkat awal ini adalah yg terbaik utk mereka. kaedah sy dgn kaedah ibu bapa di luar sana mungkin berbeza, tp saya yakin, tujuan kita adalah sama...kan? :-) happy parenting!

* owh esok dah mula bekerja :-| *

1 comment:

Mama Gee said...

wahh rajinnya iman!
baguss belajar rajin2 ya... ;)

Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH