FOLLOWERS

Friday, May 18, 2012

Cuti-cuti Kuantan: Teluk Chempedak

assalammualaikum =)

bersiaran ketika sedang jaga exam sorang2 selama 2jam 30minit. uhhhhhhhhh letih! mujur ada internet connection :-)
lepas keluar dr Club Med Cherating, kami singgah tgk penyu kejap (will strory later k). then terus menuju ke  Teluk Chempedak. harap tidak mengecewakan. otw ke sana, anak2 dah ngantuk sgt. tp amal mengada xnak tido dia pi lawan mengantuk dia tu. last2 tersengguk sendiri masa main ipad hahaha kelakar dia ni tau. 
kami tiba di teluk chempedak sekitar jam 2.45ptg. wahhhh sgt meriah!! ni baru best...pengunjung yang ramai, pantai yang cantik dan bersih. kedai jual cenderahati pun banyak. paling best ada kfc, McD and merry brown tepi pantai!! terbaik!! hahahaha... perut sgt lapar masa ni sbb blm lunch nasi lg. tapi anak2 tgh lena sgt. so kami lepak dulu dlm keta kat parking area sampai 3.15pm. bagi anak2 puas tido dulu. sambil borak2 kami dok mengunyah corn in cup, ayam goreng dan keropok. lps kejutkan iman amal, kami terus ke pantai. mood amal tak berapa ok masa ni. tak puas tido lar tu. td suh tido bkn main susah lagi. ok jom tgk Teluk Chempedak!

cer tgk pasirnya, sket punya tebal. pengunjung semakin ramai mejelang petang. cuba tgk belah kiri btl2 area batu tu. ada laluan untuk jungle tracking ala2 mcm jambatan gitu. tp kami tak pi lar sbb bawa anak kecik kan. klu berdua suami isteri, jalan kat sini sambil berpegangan tangan...oh mesti best!

 masing2 sedang merehatkan minda. ada screen beso jugak kat sini tp x on. maybe dia on pd waktu malam kot. 

 macam2 gaya manusia ada. kat deretan kedai tu ada satu tempat untuk traditional foot massage. RM20 per hour klu tak silap. tp sy jumpa masa kami dah nak balik alaaaaaaaaa menci tau. 

nampak tak ramai org kat atas tu duduk mengadap ke darat? depan diorang tu ada deretan gerai2 jualan yg best. merehatkan diri di tepian pantai sangat menyegarkan. menikmati deruan ombak sambil mensyukuri nikmat Allah SWT...tak semua orang dapat melalui peluang seperti ini kan :-)

 saya sukaaaaaaa sgttttttttttt pic ni tau. iman dgn gaya comelnya dgn latar blkng lautan yang membiru :-) ni gambar mentah. klu edit mesti lg cantik ni. tp x sempat lar huhu...

 why there are so serious looking at me??

 sila main pasir puas2 ok. 

 eh mana mama tak nak joint mandi pantai ke? best ni...

 this time mama tak joint lar ok..mama nak rest jer tepi pantai ni sambil snap gambar anak2 yg riang ria dgn en.suami. mama nak nikmati keindahan bumi Allah ni puas2. lepas ni, blm tentu dpt jejak kaki ke sini lagi. 

 masa ni amal dah mula merengek. dia ni dr dulu tak suka mandi kat pantai tau. geli kot kena pijak pasir. at last abah bawak amal mandi kat toilet then tukar baju semula. abah continue mandi pantai dgn iman, amal continue aktiviti dia seperti biasa...tak variety lar dia ni huhu... 

 tak lain dan tak bukan main ipad, nama jer ipad ni mama punya tp budak kecik ni jer yg selalu conquer. "abah belikan mama samsung galaxy tab pulak ok!!" 
buat nada mcm yg abg iman selalu buat bila gaduh berebut ipad dgn adik hahaha

 sonoknya!!! ikut hati mmg nak joint tp apakan daya sy tak bawa pakaian utk salin huhuhu

sekitar jam 5pm semua dah siap berpakaian kemas semula. dapatlar kami jalan2 jap kat area gerai jualan ni, beli cenderahati sket utk kenangan. then cepat2 naik innova semula balik ke hotel untuk solat. alhamdulillah...sempat lagi. syukur. bye2 Teluk Chempedak... panjang umur kami datang lagi ok. u r really awesome! jaga diri baik2... jgn kotor2...:D



9 comments:

eRiNsZ said...

sakan melawat pantai eaaaa.....

haluuu dtg jemput ke http://cikgupenmerah.blogspot.com/ ader giveaway utk follower bertuah... moh kiter

|| NaFiRaa || said...

sonoknyeeeee... lepas nih nak gi cuti2 jugak lah..:)

εïзmmyHazaεïз said...

seronoknye.. haza last pi 3-4tahun lepas rasanye...

TeacherAzimah said...

pantai yg indah :D

TeacherAzimah said...

cuti2 ni terapi minda tau zura. sesekali pegi lar bercuti k ;-)

TeacherAzimah said...

sy pun 1st time smpi sini haza hehe

ellynadyra said...

gambar iman tu nampak cam copy paste okay! tapi cun ngan latar belakang dia

TeacherAzimah said...

hehe...gambar original ni elly :D

Mama Gee said...

boleh tahan juga pantai teluk cempedak ni...

Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH