assalammualaikum =)
hari ni last kerja, esok dah start cuti raya. tapi serius lar jasad jer ada kat sini, selebihnya dah beraya awal hehehe... klu cikgu dah rasa mcm ni, anak murid apatah lg. ni nak marking paper trial pun rasa x larat dah. jawapan budak udah ler teruk. haiyyaaa....
entry ni saya nak share deco ruang tamu sy yg simple. kawan2, saya takde niat nak menunjuk2 ok. sekadar berkongsi idea home deco dgn konsep modern. sya bkn shopping perabot kat cavenzi pun. jauh sekali lorenzo. cuma kat yu ganda sekinchan jer hahaha... (bunyi dah lbh kurang, kira ok lar tu kan hik hik). selebihnya sy nak abadikan kenangan rumah baru saya ni dlm catatan blog kesayangan saya. lg 5thn, rumah ni bkn lagi rumah baru. sekarang ni jer dia ada title 'baru'. so biarlah kenangan 'baru' itu berada di sini untuk tatapan anak cucu saya kelak insyaallah...
semua gambar2 ni sy snap guna camera samsung galaxy w jer. punya dah lama x guna canon s95 sy huhu...
masih mengekalkan tema warna merah-hitam-putih. wardrobe juga masih kosong, no idea nak letak apa. dinding atas sofa tu sy plan nak letak triple frame yg ada jam tu.
sofa hitam yg simple 2+3 seater. berdekatan sliding door hujung kanan tu sy letakkan kabinet kasut tinggi hitam putih. carpet merah hitam tu beli kat nilai 3 dulu, murah jer hehe...anak2 cukup suka bergolek atas carpet tu.
wardrobe tv merah hitam ni idea sy sendiri. alhamdulillah telah terlaksana :-)
masih kosong, xtau nak letak apa. nntlah deco sket2 ya. masa snap gambo ni, sudut belah kiri tu masih kosong.
now dah dihias dgn bunga ni. beli kat bazar raya kuala selangor malam td.
suka sgt dgn pokok bunga ala2 bonzai ni. masih mengekalkan konsep modern.
kawan2....ini entry terakhir sy sebelum raya ni ya. kat umah baru takde wifi. kat kg line pun xde hehe...
so di atas kesempatan ini sempena syawal yg akan menjelma tak lama lagi
saya menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf di atas semua salah silap saya pd anda semua ya. mohon maaf sgt2 ok. insyaallah lepas cuti nnt sy muncul semula kat blog ni.
bye semua!!!
SELAMAT HARI RAYA AIDLFITRI!





10 comments:
wah merahnya teacher.....baru tau teacher duk semenyih tau...dekat aje kita ni rupanya hehehehehehhehe
semenyih?? uiks x lar, kita dok sabak bernam lar hehehe...mesti salah baca tu ;-)
tema hitam merah eh. balik bt kurau tak? hehe
wahhh cantek ...aku suka ....
selamat hari raya gak
canteknye deko2 rumah baru.. suka!!
selamat menyambut hari raya jugak..:)
Semangat nak raya ni... Best beraya di rumah baru... Selamat hari raya ye tcher :)
wah tema merah hitam ek..cantik sgt dkt ruang tv tu...
lawa dan lapang je...senang nk kemas... :)
suka sgt theme merah..huhu..lawa dan simple tu yg suka sgt..
Just nk tnya,carpet kat nilai3 tu murah2 eh?anggaran harga berapa ye?coz tgh carpet hunting ni..hehe :)
Thanks
Post a Comment