assalammualaikum =)
pulun post entry pasal bandung cepat2 sblm ingatan hilang sedikit demi sedikit hehehe..tak tak, sbnrnya aku byk lg cerita lain nak share kat blog ni selain dr cerita pasal bandung. maklumlah, cuti sekolah lalalala...
ok lepas lunch kat restoran sederhana tu, kami terus ke pasar baru. masa tu dah pukul 1.30pm dan pasar baru tutup kul 5. klu baca dlm blog, semua dok cerita mcm tak sempat habiskan sehari kat pasar baru tu. aku plak hanya ada masa lbh kurang 3jam jer kat sana. camne?
ini jer lah 2 keping gambar kat pasar baru yg ada dlm camera aku hahaha....nmpk sgt x menyempat nak snap gambo kan.
talking about pasar baru. emmm ni pada pandangan mata aku dan en.suami yer. klu nak kawin, nak cari baju sanding, silakan ke sini...pilihan mmg banyak dan plg penting cantik dan murah. aku? kain lace tak masuk dlm list so tak pandang pun. kain cotton plbgi jenis juga byk dan murah. aku? x minat sgt kain cotton so tak pandang. kebetulan sepupu aku ke beijing masa ni so aku dah kirim pun kain cotton kat dia dr beijing. apa yg aku cr kat sini, pertama jubah. ya jubah! bkn yg jenis maxi kain lycra tu ya...yg tu tak lulus piawai hehehe..yg ni mmg jubah betul..klu rate kat sini harganya rm100-rm150, silap hb blh cecah rm200++ yg manik2 tu. tp kat pasar baru aku blh dpt dgn harga serendah rm50 lalala...plg mahal pun rm55 sepasang nge nge nge nge...suka! so aku borong 5 pasang jubah pelbagai design *sila terbeliak mata*..alar 5 jer pun :p
TAPI...saiz org indon kecik2..semua jubah yg aku beli ni saiz L, tp ada gak yg so-so jer bila aku pakai hehe..tp still lepas piawai ;-) plg besar saiz xl which is mcm saiz 42 di malaysia. so aku masuk dlm kategori selamat lar hehehe...
lepas dpt dah jubah yg berkenan, cr kain pasang bersulam plak. jenuh dah menawar dr satu kedai ke kedai yg lain, harga plg murah pun Rp110,000 dgn kualiti kain yg biasa2 aje. btl lar kata supir aku td, harga kat kilang jauh lbh murah dgn kualiti kain yg tip top. udah menyesal tak borong byk kat kilang td. so aku beli jgk 4pasang kat sini. barang2 lain yg menarik, ada sarung bantal dan selimut yg cantik dan murah..gebu2 gitu. tp xde budget utk itu so tak beli. pakaian lain seperti t-shirt, seluar, baju kanak2, beg...semuanya mcm fesyen indon. err...ni dr mata aku ok. klu kalian suka, silakan xde mslh. tp aku tak suka. haaaaaa lg satu yg murah dan cantik serta berkualiti, telekung!! beli gak 4 pasang, 1 jer utk aku yg lain org kirim.
haaaaa ada lg satu cerita menarik kat sini. dlm kul 3.30 dah habis pusing pasar baru, sbnrnya dah penat. so sy dan suami naik ke lantai 8 utk solat...masuk jer pintu surau tu, bau hancingggggggg menusuk kalbu. perghhhhh surau pun blh bau hancing?? hidung diorang ni kebal ke? tandas dgn kawasan solat mcm open air sket..iskk..awat busuk sgt? so aku pun solat laju2 di tepi dinding yg paling jauh dgn tandas. tu pun rasa parah gak. cer bayangkan msa aku ambik wuduk. kang klu tahan nafas mati plak aku kat situ. sabor jer lar....
rupnya surau lelaki pun sama gak kata en.suami hahaha... so klu rasa nak lebih selesa, solat jer kat restoran ok. TAPIIII ada lg tapi, kebanyakkan surau kat restoran yg kita pegi tu adalah bercamput lelaki dan perempuan. nntlah aku citer kemudian betapa parahnya lg kah kah kah..
keluar dr surau dlm kul 4pm gitu, terus ke factory outlet di jalan riau. gambar tak byk jgk hehehe...
mula2 ke rumah anak..uiks kenapa mahal? bkn org kata murah ke?
selepas meronda ke hampir semua FO di bandung..ini kesimpulan yg dpt aku buat. semua FO di bandung menjual pakaian branded seperti klu baju budak: guess, zara kids, Burberry, gap etc etc...tp baju2 ni semua reject item sbb most label dah di potong dan fesyen yg agak lama. plg murah t-shirt budak ni dlm lingkungan rm25-35 sehelai. so murahlar kan dr harga asal? itu..klu biasa pakai baju brand mcm ni. bg aku yg biasa2 ajer ni...emm tak kot. dlm tak tak tu...tersambar jgk lar 5 helai t-shirt utk iman, 5 tshirt utk amal beserta 3 seluar jeans. tu pun sbb t-shirt superhero yg menjadi kegilaan diorang skang ni.
kebanyakkan baju anak aku beli kat sini sbb lbh murah dr rumah anak. tp dlm kebanyakkan FO yg lain pun ada jgk jual baju kanak2 dgn pelbagai pilihan. tepuk dada tanya selera ok.
nmpk jumlah tu? senyum...tak perlu kata apa2 :-)
aku dah lupa yg ni kat FO apa..tp landskap kat sini sgt lawa. bkn kat sini jer tp di kebanyakkan FO yg lain semua punya decoration yg menarik.
kat sana kul 6pm dah gelap, dah maghrib. 2 hari kat sana, tiap2 petang hujan lebat. mujur ada supir hehehe
utk dinner kami mkn di kedai belacan..which is menghidangkan makanan sunda
benci btl spek aku ni. coating dia dah rosak sebelah kanan tu. baru sethn jer guna cesss... ok dah tempah baru dah smlm. dah siap pun, insyaallah esok atau lusa pi ambik.
pelbagai menu dgn pelbagai nama plg glemer dan dicadangkan adalah ikan gurame bakar. ikan gurame? ikan gelama kan? ok blh cuba..
sekali dtg....haaaa hambek. jom kita nanyi: mak mak..IKAN KALOI..wakakakaka
it's ikan kaloi! mak anjang aku ada bela ikan kaloi ni dlm akuarium dia. udah terbayang2 jer ikan kaloi ni berenang2 hahaha sanggup mkn?
aku rasa lar jgk..sedap jer rasa manis jer daging dia. takde bau apa pun. tp bila nak mkn jer, terbayang ikan kaloi dlm akuarium, camno? udahnya aku mkn nasi dan sayur jer hahaha
ni paling sedap. manggo juice dan manggo squash. udah terbayang nicole ann david plak kekeke
manggo juice plg superb sbb dia blend pelam kuini! pergh..terbaik aku suka sgt. maggo squash tu ada mix dgn soda.
baru nak start mkn, black out plak. dtg lar pekerja dia tlg pasang candle...ini baru namanya candle light dinner! tapi gelap wei..kang termakan janggut ikan kaloi tu camno? mujur tak lama balck outnya..
decoration 'kedai belacan' ni pun not bad
lepas makan, terus balik hotel sbb aku ada misi yg lebih best! aku panggil tyukang urut dtg ke bilik hihihi.. sejam Rp100,000. tp klu nak full body kena 2jam. so aku ambik 2jam. mmg best arr kena urut masa tgh letih tu. mula2 ingatkan org tua pki kain batik yg dtg, sekali ketuk pintu, oo terkezut aku! mcm mak nyah pun ada. cuak dah...bila tanya dah kawen ke blm, anak berapa..ok fine dia perempuan kekeke...pastu seksi woo pki baju nmpk ketiak. siap offer nak urut hubby aku lg cessss...berani sila cuba hehe. dia citer dia penah urut sorang pelakon llk dr malaysia. siap tunjuk gambar lg. takyah lar aku bgtau saper yer hehehe hahaha adoi hai, dia blh puji melambung pelakon lelaki tu sabor jer lar. yup, tukang urut ni beragama islam. emm...apapun tido mlm tu adalah lena sbb sedap berurut satu bdn. tp x smpi pun 2jam sbb dia mcm nak cepat, ada customer lain. tp tak kisah sgt pun sbb dah urut satu bdn and aku pun dah ngantuk sgt masa tu...so tamat cerita di hari ke-2...poket dah semakin nipis. camne ni? esok nak terjah FO lg? ada caranya jgn risau...kad kredit? no no, aku xde cc yer kengkawan. cukuplah sekali jd pengguna cc, aku takleh kawal nafsu bershopping bila ada cc hahaha...
itu dulu...bye semua!
P/S: NAK TEMPAH TUDUNG LG TAK? ESOK SY NAK HANTAR TEMPAHAN NI SEMUA..SO SAPER NAK SEMPAT LG NI.
3 comments:
haha .mmh klu sopink kt sini kena bwk 3k baru best..huhu
hahahaha.. cam ner terbayar ikan lam akuarium plak?? hahahahaha.. tapi ikan bakar tuh nampak menggiurkan~
waaahhh.. bestnye dapat urut badan~ mesti ilang semua lenguh2 kan~
Assalamualaikum Wr.Wb. Tuan / Puan
Mutiara Bandung Transport Solution menyediakan Khidmat Transport Di Bandung & Jakarta. Pemandu berpengalaman, mesra, jujur, dan peramah
Free & Eazy Program Tour (semua tempat di bandung)
Kereta + Pemandu + Parking + tol + makan pemandu ( semua dalam pakej)
Rate Kereta Taip Daily/14 hour from 8am yo 10 pm
Suzuki APV ( 7seat ) 130 RM
Toyota Avanza ( 6seat ) 130RM
Toyota Innova ( 7seat ) 160 RM
KIA Pregio ( 10seat ) 170 RM
Isuzu Elf ( 10-15 seat ) 215 RM
Isuzu Elf Long (16-19seat) 270 RM
Mengenai untuk pengesahan tempahan kereta kita perlu maklumat penerbangan anda / nombor atau nama hotel di mana anda tinggal di Bandung. Kami percaya pelanggan kami. Apabila anda mengatakan bahawa tempahan kereta untuk tarikh tertentu disahkan, maka ia disahkan. Kita tidak memerlukan wang pendahuluan . Sila ingat bahawa Kami akan menjemput anda jika anda mengatakan bahawa tempahan kereta disahkan.
Jika anda mempunyai sebarang soalan, jangan teragak-agak untuk menghubungi saya melalui e-mel atau sms panggilan.
CALL / hubungi / sms / whatsapp / konsultasi percuma : +62 858 6137 8328
WhatsApp : +62 858 6137 8328
pin blackberry : 30D1 82F0
email:
tonybandung@smartfren.blackberry.com
or
tonytransportbandung@gmail.com
Post a Comment