assalammualaikum =)
salam hari jumaat buat semua ya
taip entry laju2 ni
kisah anak2..yg kdg2 memeningkan...nak ketawa pun ada hehehe
dalam seminggu dua ni amal buat perangai taknak pi rumah pengasuh.
byk kali menangis masa smpi depan rumah pengasuh
mcm2 alasan
bila ambik abg iman dr sekolah dan hntr ke rumah pengasuh
amal bantai menangis lagi nak ikut balik
biasanya dia dah tau rutin dia yg akan balik petang, sama2 ambil abg iman dr sekolah agama
masa nak hntr abg iman ke sekolah agama pun dia nangis lagi
mogok taknak susu kat rumah pengasuh
saya bincang2 dengan en.suami, mungkin dia boring dok kat rumah pengasuh takde aktiviti
bila tanya nak pi sekolah tak?
laju dia ckp nak!
so ptg semalam bawak dia jumpa ustazah kat pasti
mujur ustazah mur nak lagi terima pljr 4thn.
amal pun nmpk excited bila tgk kelas dia
mama pun pulun cari balik baju pasti abg iman yg lama
dah siap gosok..dah siap packing beg sekolah untuk amal
pagi td bila kejut dr tidur, bantai nangis2 taknak pi sek plak
hai lar anak..macam2 amal ni ya
bila cerita kat kawan2...diorang cakap:
ko bagi jer dia adik...confirm hilang rengek dia. pulakkk....
*gambar lama*
itu kisah amal...
ni kisah abang iman plak
kul 2pm semalam masa abah ambik dia dr rumah pengasuh nak hantar ke sekolah agama,
dia bantai nangis jugak sama dgn amal
abg iman ni mmg raja air mata
nangis xnak pi sekolah agama..penat, nak rehat
tak penah dia buat perangai mcm ni
masa mama ambik dia dr sekolah agama kul 5.30pm
dia nampak lemah, nampak lembik jer
mama dah tau ni mesti dia tak sihat..tu sbb dia buat perangai
bila mama rasa dahi dia, panas! demam rupanya
kesian anak mama...demam sepanjang ptg kat sekolah agama
mama peluk dia erat2..
iman kata, dia pening kepala dan KELIRU masa hafazan tadi.
amboi...KELIRU TU!
mama rasa nak tergelak pun ada...tp mama tahan, sbb kesian tgk dia yg lesu jer
sampai kat rumah bg mkn ibuprofen, then tak lama kebah.
ligat balik mcm biasa
pagi td kul 5am dia masuk bilik mama..nak susu
mama rasa bdn dia panas balik!
makanya harini abg iman tak sekolah..
makanya harini abg iman tak sekolah..
tu sbb adik pun taknak pi sekolah pg td, dia tau ada abg iman kat rumah emak nnt blh main dgn dia.
macam2 kan kerenah anak2 ni...
*gambar lama jugak*
merekalah penawar segala duka lara
merekalah kekuatan di kala hati gundah gulana
iman amal...moga menjadi anak2 yg berjaya di dunia dan akhirat ya..insyaallah.
itu dulu...bye semua!

2 comments:
hehehehe.. mcam2 kan kerenah anak2.. memang kadang2 buat kita rasa nak marah.. kadang2 nak tergelak besar ngan kerenah dorang.. kenangan manis jugak buat kita nanti tuh kan~
sweet sangat gambar last tuh~
Gambar last tu cun
Tu br 2 anak. Tunggu 10 kalu
Post a Comment