FOLLOWERS

Thursday, June 06, 2013

renungkan bersama

assalammualaikum =)

dari sehari ke sehari, aku melihat pelbagai peristiwa berlaku yg menyedarkan betapa hidup ini bkn hanya utk bergembira semata2. tidak salah utk merasa gembira tapi bkn hanya itu yg perlu kita rasa. melihat apa yg berlaku..dan melalui ujian dlm hidup yg ku yakini dtgnya dari DIA, membuat aku rasa diri ini terlalu kerdil di sisi Pencipta. terasa masa semakin singkat untuk berubah menjadi lebih baik. kadang rasa masih punya masa, kadang rasa dah terlewat untuk semuanya. apapun aku yakin..Allah SWT Maha Penyayang pada hamba-Nya. segala apa yg ditentukan adalah yg terbaik untuk kita semua, insyaallah..
baru2 ni aku dikejutkan dengan berita sedih seorang sahabat lama yg lumpuh dari pinggang ke bawah kesan dr demam campak yg dialaminya. bayangkan chicken pox yg biasa menyerang kita semua blh memberi kesan hebat pada sistem saraf manusia sehingga melumpuhkan sebahagian badan, dan dia mengalami ujian ini pada umur 35thn. betapa dia perlu kuat untuk meneruskan hidup demi isteri dan anak tersayang. menurut doktor, paling cepat dia boleh sembuh adalah setahun. itu hanya ramalan doktor. kebenaran apa yg berlaku di masa hadapan hanya Allah SWT yg mengetahui. begitu juga dgn masa depan kita...kita tak pernah tahu. doa, doa dan terus berdoa moga Allah SWT terus merahmati hidup kita semua dan keluarga. insyaallah...
buat isnizam, kak nurul dan anak...moga tabah dengan ujian ini ya. kami doakan moga semuanya akan kembali seperti sedia kala insyaallah. 
ini baru 1 peristiwa yg berlaku. banyak lagi sebenarnya. kematian..yg semakin hampir dgn kita. kematian yg dtg tanpa sebarang tanda. moga kita semua semakin dekat dgn-Nya melalui secubit kesedaran yg ada ini. moga semua yang berlaku di sekeliling menjadi peringatan kepada kita semua agar lebih mendekatkan diri pada Allah SWT. insyaallah...

Salam Israk Mikraj buat semua....


2 comments:

Chekgu Azrine said...

Rine penah kena ciken pox masa tahun 2011..mmg teruk..hampir 2 weeks xg sek..badan ni panas mcm dok dekat api..memang dugaan plg besar masa tu..mata ni merah menyala..huhu..mmg rasa mati je masa tu TA...alhamdulillah..Allah kembalikan nikmat sihat tu kat rin balik...syukur sgt..

ellynadyra said...

Ya Allah x sangka kan, begitu jadinya. Semoga mereka sekeluarga tabah. Terus berusaha. Semoga kembali seperti selalu dan dpt terus menikmati kurniaan Allah. Amin.

Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH