FOLLOWERS

Monday, August 12, 2013

menjelang hari raya

assalammualaikum =)

masih dlm mood raya ye? hikhik...raya jgn tak raya
now kami 4 beranak ada kat kuala kangsar. insyaallah esok pagi lepas breakfast kami pulang ke vck semula. rindu rasanya kat vck. sok kami nak pulun kemas vck ala2 malam raya. actually kemas dah...tp nak ambik mood raya kat umah sendiri punya pasal, so esok kenalar kerah tenaga sket bersihkan habuk2, buang sawang, betulkan kedudukan langsir, susun biskut raya dlm bekas, nak cuci laundry area, nak cuci cermin tingkap dan sliding door, nak cuci car posh. fuh byknya keje...mujur grill dah dibersihkan sebelum ramadhan hari tu. 
ok dlm entry ni nak citer kemeriahan menjelang hari raya, means sehari sebelum raya pertama tempoh hari. 

anak2 tetap mcm biasa main bdaman dgn sepupu sepapat

petang selasa kami dah start menganyam ketupat sbb rabu nak start rebus dah.
mak, wlupun keletihan tapi dia tetap bersemangat meneruskan tradisi keluarga kami ni.
jelas nampak dia happy sgt sbb semua anak cucu balik beraya serentak thn ni. dapat berkumpul ramai2, mmg meriah. 

banyak jugak ketupat yg sy anyam hehehe...sambil2 berborak, tak sedar dah siap. 
you all pandai menganyam ketupat?
TA teror hehehe..

sebahagian kanak2 yg memeriahkan suasana raya kami

mcm tahun2 sebelum ni, sy dan suami ditugaskan utk membeli barang2 keperluan dapur utk juadah pagi raya
biasanya kami akan tempah daging batang pinang awal2 dr kawan2. tp thn ni takde tempah awal. saja nak rasa kemeriahan beli daging hahahaha....rasakan tak dpt sbb stock daging habis awal. dpt jer daging biasa jer tu pun berebut. depa jual daging guna sistem kupon woooo mmg tak terduga. mujur kakcik dpt beli daging batang pinang kat org kampung. 
hari rabu tu jalan nak ke pasar basah sungai besar jam amat sgt. terasa benar kemeriahan menjelang syawal. 

ramai yg berhenti tepi jlan utk beli lemang hj mansor ni. kami beli gak sebatang. tp TA tak sempat rasa dah habis... bercakap pasal lemang, byk plak isu lemang tahun ni ya. ular lar...katak lar...mcm2 teori dan versi cerita yg keluar hehehe..

mujur dpt jgk beli daging kat sini

ni lar suasana sepanjang jalan menuju ke pasar basah di sungai besar kat stadium tu
sgt meriah. 

dan sgt sesak huhuhu

menantu mak yg paling rajin menolong di dapur. 
ehemm...! laki saper lar tu ya hikhikhik..

tahun ni sy terjebak sama busy memasak di dapur hahaha...
blh lar dikatakan ni thn pertama TA bersungguh menolong di dapur dgn mak dan kakak
tak percaya?? sila lar percaya hahaha

takde pilihan lain sbb masa ni kak cik tak sihat sgt, selsema teruk. kak cho plak stuck kat klinik bawa anak dia yg terseliuh kaki. terseliuhnya dah lama tp time2 ni lar dia baru nak pi klinik. saja jer nak kenakan adik dia ya huhuhu..
so mustahil lar nak biar mak sorang2 kat dapur kan. maka TA azimah pun menyinsing lengan baju tlg apa patut :D. tak lama lepas tu kak cho pun balik..pastu kak cik pun joint sama kat dapur. abg haizad dan abg kamal pun ada...mmg havoc sgt suasana kat dapur masa ni. best!
masak ketupat, rendang ayam, rendang daging, redang kerang dan sup tulang. mmg meriah sgt2. semua org happy. syukur alhamdulillah...
thn depan blm tentu lagi kan..sob sob...
moga semuanya masih panjang umur dan sihat sejahtera utk bertemu semula dgn ramadhan dan syawal thn depan, amiinnn...

itu dulu cerita menjelang hari raya thn ni
bye semua!

2 comments:

Chekgu Azrine said...

Seronoknya TA punya raya..saya punya raya..saya masak sorang..hehe..kesiankan

eima said...

wah rajin nye ....
terer tu anyam ketupat klu aku hampeh .. hahaha

kitorg rileks saje kat rumah ... sbb raya rumah tok .. kami pi mkn je ...hahahha

Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH