FOLLOWERS

Thursday, February 20, 2014

Berhenti merungut dan bersyukur lar

Assalammualaikum =)

*entry khas ditujukan buat diri sendiri.
*tp kalau ada yg nak terasa, dipersilakan hahaha

Dear myself;
Berhentilah merungut dgn cuaca panas sekarang ni. Padahal masih blh tido lena di mlm hari sbb anytime blh switch on econ.
Sedangkan ada mereka diluar sana yg juga sdg sarat mengandung terpaksa menahan panas dgn sabar sbb xde econ kat rumah. Tempat kerja juga silap2 takde econ. Tapi mereka masih sabar dgn tenang. Maka bersyukurlah.
Berhentilah merungut sakit badan sakit kaki sakit segalanya...
Sedangkan ada mereka diluar sana yg juga sdg sarat, menderita dgn pelbagai masalah lain. Maka bersyukurlah..simpul mengkarung pun tak penah kena lagi sepanjang pregnant ni.
Berhentilah merungut muka byk jerawat, tengkuk naik gatal2...
Maka Bersyukurlah kulit perut masih ok takde gatal2 walaupun dah masuk 29 minggu.

Bersabar lah wahai azimah... ingat setiap yg kamu lakukan dgn ikhlas tika ini..besar ganjaran pahalanya. Ingat, mengandung dan melahirkan adalah ibadah.

Berhentilah merungut dan nikmatilah sepuas2nya masa2 emas ini kerana lps ni blm tentu Allah izinkan utk mengandung lagi. Nikmatilah tendangan bayi dlm perut ini dgn semaksima yg blh kerana mungkin ini yg terakhir buatmu. Enjoy the moment ok.

Alhamdulillah....hari ni tak panas sgt wlupun hujan xnak turun kat sini. Elok redup jer ni ha. Syukur.... diam tak diam esok jumaat lagi. Mggu ni mmg terasa pantas. Weekend lg. Alhamdulillah...semuanya baik2 ajer. Ipad nak rosak? Biarlar dia rosak...biar dia dok diam2 kat rak buku tu. Sape suh rosak kan dah takde sape nak guna. Padan muka.

Itu dulu bebelan dan luahan ptg ini. Bye semua!

posted from Bloggeroid

2 comments:

Chekgu Azrine said...

Sentiasa bersyukur..alhamdulillah..ada apa2 nk citer wa la rin ye

Unknown said...

Alhamdulillah.. bersyukur jugak.. huhuhu..

zura pon selalu merungut.. huhuhu. insaf jugak..:)

Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH