FOLLOWERS

Friday, March 07, 2014

4D scan my little Muhamad

assalammualaikum =)

mlm td masuk tido mcm biasa jam 9pm++
kul 2.45am terbangun nak gi toilet, lepas tu mata segar bugar takmo lelap dah smpi lar sekarang huhu
mujur hr ni i mc
dr.siti mariam bg mc untuk i rehat hr ni, syukur alhamdulillah

*****************************
check-up semalam, hajat utk buat 4D scan terlaksana alhamdulillah sgt2.
menurut doktor, insyallah baby ok takde masalah apa.
doktor bekalkan pil kalsium sbb sy mengadu sakit kaki sgt2.
mmg salah sy lar...susu tak minum, shaklee dah babai..huhu pasrah
masa buat 4D, best sgt!
sy suka dgr cara doktor siti mariam ni bercakap dgn baby, lemah lembut jer.
mula2 buat 2D scan, doc kata klu muka baby ke atas baru kita switch to 4D scan.
alhamdulillah baby tgh tunjuk muka dia, cepat2 doc on 4D

 how sweet my little Muhammad in my tummy
tak sedar mengalir air mata mama time ni
doc puji2 dia..dia punya respond through movement, masyaallah...aktif!
elok lepas doc ckp " fotogenik lar baby u, elok dia tunjuk muka dia ha.." 
dan dan tu jugak baby pusing muka ke bawah hahaha
berombak kuat my tummy time tu
terus doc cakap "alar..dia dah malu dah kita puji dia, terus pusing mengadap blkng ha..."hikhikhik
actually melalui 2D scan doctor ni pun dah clear nmpk my baby
syukur alhamdulillah sgt2 doctor kata insyaallah cukup sifat
doktor kata lagi, dah mcm baby besar gaya dia ha
kepala dah ke bawah
amniotic fluid ok, plasenta juga elok kat atas. syukur..
and berat baby sekarang dlm 1.2kg.
dapat lar sy tgk baby muhammad celikkan mata, ngangakan mulut, gerakkan tangan tutup muka
mama is happy sgt sayang...

 tapak kaki my little muhammad :-)

and i love to see his position yg ni
masa ni baby dah pusing mengadap belakang
dia duduk menongkat dagu u! hahaha
syukur alhamdulillah... gembira dan excited sgt dpt buat 4D scan.

 ni masa tgh scan dgn dr.siti mariam. lemah lembut sgt doktor ni
masa mula2 masuk, i tanya khabar dia, then dia kata..lama nya kita tak jumpa, 5 thn ya
rupa2nya dia tgh pegang fail rekod bersalin sy yg dulu hehehe..

seperti yg sy plan, i asked her for early delivered using induce procedure
dia kata pepehal mesti lps 37wks. dia akan check dulu either berat baby is good enough masa tu and baby's lung also must matured enough, barulah dia akan "twist' pintu servik utk bantu bukaan. and then proceed dgn induce through drip. uiks, masa dia explain ni, i terus terbayang kenangan melahirkan amal dulu. sebijik mcm ni lar hehehe.. dan doctor kata lg: "rasa2nya baby awak yg ni pun 3.4kg++ jugak sama mcm dulu so kita takkan tggu smpi sakit, nnt baby besar sgt susah nak lahirkan. lagipun awak dr sabak bernam nak ke sini jauh" alhamdulillah...dia memahami.
so next check up kat sini is on 3 april, 4minggu dr sekarang. masa tu sy dah 35wks. then kali ke-3 dtg 2minggu lepas tu (37wks) insyallah bersalin terus katanya hehehe...bila di congak2, lbh kurang 6minggu dr sekarang sy akan bersalin. seriau plak kita huhuhu...
moga2 takde apa masalah yg berlaku nnt.

total kena byr smlm rm213.80 after 10% less sbb sy pemegang loyalty card. 
bg sy byrn ni sgt berpatutan, lbh kurang kat sini jugak harganya utk 4D scan, ubat dan consultansi.

ok itu dulu...sy mengantuk sgt ni huhuhu..
ingat nak lelap jap, pastu bangun nak marking paper

semangat Teacher Azimah semangat!

bye semua!

3 comments:

Chekgu Azrine said...

masa time aish dah terlambat nak buat 4d scan..hehehe

Mia Kassim said...

Salam jumaat....
Rasa sebak kan bila tengok bayi yang sedang dikandung...sweet sangat

ellynadyra said...

alhamdulillah!
good baby la, dia kasi tunjuk muka dia very clear!

Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH