FOLLOWERS

Tuesday, June 03, 2014

cerita di pasar shah alam

assalammualaikum =)

ok mmg dah plan nak outing ahad baru ni
tujuan utama nak beli baju raya anak2
alhamdulillah selesai semua
bila dah outing tu, alang2 mestilah nak terjah 2-3 tempat terus.
so destinasi pertama kani adalah ke pasar shah alam
kami bertolak jam 7am dr proton city
cuti sekolah ni budak2 berkampung di rumah kak cik kat sana
emak pun ada kat sana, mmg meriah.
kebetulan ada kenduri kesyukuran khamis mlm jumaat tu.
tu yg semua berlonggok kat sana.
ni kat rumah rasa sunyiiiiii jer coz iman amal tggl kat rumah kak cik, khamis ni kot baru pi ambik.
kami smpi di pasar shah alam jam 8.15am
ramainyaaaaaa orang huhuhu dah ler cuaca panas terik.
pepehal sarapan dulu then baru jalan
alar takde ler shopping apa pun
lbh kpd melayan anak2, maklumlah cuti ni tak pi bercuti ke mana

 sekarang kan musim mainan lego kecik2 halus ni
mcm tak cukup tgn IA memilih hehe
5 kotak rm20
koleksi kat rumah dah melambak
masihhhhh nak beli lagi.
layan kan ajer

 gerammmmm sgt kat handbag frozen cun2 ni
nasibler takde anak pompuan huhuhu
makanya sy beli 3 utk anak sedara
sukaaaa depa tau

pastu beli monopod ni ha rm20
without shutter
oklar...murah sgt dah ni haha

ceh sempat lagi tu hahaha
dah bgtau dah lain kali luruskan tangan supaya tak nampak btg monopod tu
biar nmpk tgn jer

ok baju budak pompuan kat pasar shah alam ni sgt menggoda jiwa
dan dan tu jugak rasa nak pregnant lg utk dptkan baby girl plak huwahuwahuwahuwa....ops!
takmo takmo..cukup 3 :p

kami keluar dr pasar shah alam dlm kul 10am, tak tahan panas sgt cuaca
mmg kejap jer lar kat sana
destinasi seterusnya adalah sogo
to be cont...

itu dulu, bye semua!

4 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Salam Azimah,

Akak pun pergi pasar tani Shah Alam hari minggu baru ni.. akak hanya beli tudung mak akak dan kak angah akak kirim.. memang kena rajin berjalan dipasar tu.. Macam-macam ada hahaha :)

amy said...

eh kita pun gi pasar shah alam hehe tapi jam 10 la kan :) wah best tu monopod :) boleh masuk ramai2 nanti dalam kamera kan :)

eima said...

hati2 ngan monopod ... hihihihih

ellynadyra said...

eh comel la beg budak pompuan frozen tu
brapa ek satu?
meh beli lego ngan aku

Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH