assalammualaikum =)
ok entry ni adalah sambungan dari PART 1 DI SINI
sy mmg suka sgt main deko2 rumah
tapi jgn lah tersalah sangka
deko di Villa Comel Kami (VCK) tidak mewah
saya hanya deko mengikut budget yg ada.
apa yg penting kerjasama dekorasi VCK adalah hasil tgn saya sendiri dan sedap mata sy memandang
serta dapat dinikmati oleh semua ahli VCK NI, i mean my family la hehe
suka sgt dgn deko2 rumah...susun atur,,,sy tak suka rumah dlm keadaan yg bersepah, yg kotor, yang huru hara
adeh..tak bernafas dibuatnya.
jgn lar bagi alasan takde masa, tak sempat, busy dgn kerja, busy dgn anak2, semua org tak kira kerja ke tak akan berhadapan dgn alasan ni
semua org ada 24jam sehari semalam
jadi kena pandai2 gunakan waktu yg ada agar rumah yg kita diami ini dlm keadaan yg sgt selesa dan terbaik utk suami dan anak2 kesayangan.
mungkin akan ada yg berkata: TA tak memasak..blh lar..
hello?? tak bermakna sy tak memasak menyebabkan kami tak makan ok?
takkan lar sampai tak makan huhuhu teruk sgt bunyinya
alhamdulillah dari segi ni sy dpt kerjasama yg baik dr en.suami
dia dah nmpk sy busy uruskan hal rumah dan anak2,
dia bantu pula memasak di dapur.
tapi part2 mengemas membasuh pinggan dan lain2 sy tetap buat.
so plz, jgn blame sy dgn alasan di atas k hehehe
kalau masa bekerja, isnin-jumaat mmg tak memasak lar, balik pun dah lewat ptg,
singgah je mana2 kedai makan, makan terus kat situ atau tapau, selesai.
tapi, keadaan rumah tetap sy pastikan dlm situasi yg terbaik tak kira bila, time bekerja, cuti hujung minggu. cuti hujung tahun, anytime sy akan pastikan rumah sy dlm keadaan kemas.
tak suka bersepah2.
pantang sy kalau nak keluar rumah, tinggalkan keadaan rumah dlm keadaan huru hara, dapur kotor melekit2, sinki penuh tak berbasuh ohhh tak suka...sy sanggup cancel keluar ke mana2 kalau rumah dlm keadaan mcm ni.
disadvantage menjadi seperti saya adalah: PENAT. hahaha
tp sebab dah suka, dah minat, so semuanya dpt diurus dgn baik, insyaallah.
eh apa aku merepek ni hahaha
ok kembali kepada tajuk asal ya :P
ni dr pic entry terdahulu
sekarang nak fokus pula apa ada di side kanan wardrobe 8x8 kami tu
adeh..tak selera nengoknya
elok2 perabot putih dlm bilik ni tetiba ada seketul kabinet coklat kat situ huhuhu
apakan daya, masa nak beli kabinet ni budget tak cukup utk beli kabinet putih
pasrah
dgn wayar buaian berselirat kat situ hahaha
jom lar kita makeover dia supaya jadi sudut yg lebih cantik yg eye catchy dlm bilik utama ni
dan hasilnya
*
*
*
*
*
*
*
*
*
alhamdulillah terhasil lah white cabinet with brown border muahahahha
terima kasih buat acik cikin yg bagi idea utk sy DIY almari ni dgn wallpaper putih
gigihhhhhhhhh aku buat semua ni sorang2 tau
semua!
daripada tanggalkan pemegang setiap drawer tu - tampal wallpaper yg dibeli dr MR.DIY -
print out ayat kufi pd glossy paper - tampal pada board hitam tu - deko mengikut citarasa sendiri, semua buat sendiri!
dah siap semua tu, tiba part nak skru balik pemegang drawer.
memandangkan pemegang asal berbtk bulat dah patah, sy gantikan dgn pemegang yg lbh cantik ni
masa cuba nak skru sendiri tu, adeh, tak berdaya rasa tangan.
maka terpaksa lar buat muka comel minta bantuan en.suami
mujur dia nak tlg hehehe
alhamdulillah inilah hasilnya
ok tak?
again buku2 yg sama menjadi prop hehe
alhamdulillah dapat kekalkan keadaan ni hingga sekarang kecuali buku2 tu dah dialihkan ke sebelah katil semula.
digantikan dgn 3 tabung haji milik anak2.
still putih gak tu hihi
en.suami siap tanya, ni dah cantik2 ni boleh ke lagi abg letak barang2 abg atas ni?
hahaha
boleh bang, letak lar.
biasa balik dr kerja en.suami akan letak wallet dan apa saja yg ada dlm kocek seluar dia atas kabinet ni
saya pun sama...letak je apa2 yg nak di letak asalkan ia bersifat temporary dan tersusun.
itu pintu masuk ke bilik ni
wall deco ni pun budget ciput
ayat kufi tu DIY sendiri jer
ok aku kagum gak tgk hasilnya, eh tak sangka cantik juga hihihi
segi empat merah tu beli kat kaison, lapik jug dan cawan, lapik periuk pun blh hahaha
sukaaaaaaaa sgt akhirnya TA dpt kabinet putih with brown border tanpa perlu keluar modal utk beli kabinet putih yg baru
ok..ada 1 lg bhgn dlm bilik ni iaitu bhgn meja make up saya.
dlm entry PART 3 blh?
hahahaha
hahahaha
itu dulu, bye semua!
ingat, jgn malas kemas rumah ya? :D










6 comments:
perghhh mmg kemas dan nmpk menarik teacher! :)
Pesanan yg terakhir tu mmg xblh blah..hahahaha
salam
dah cantiklah rumah Blog GA... dah mcm VCK. Tema merah!
menarik .... klu tak de corak white plain lagi cun kat kabinet tu .....
eh eh kite tatau pun yg TA jrg memasak kat rumah .. heheh
mmg nampak cantik
pandai tangan ko mereka hias
pinjam tangan sat!
Terbaikkkkkkk TA. Cun.... Haza xdek mood lago selagi xmasuk umah sendiri... Hukhukhik
Post a Comment