FOLLOWERS

Tuesday, April 14, 2015

kisah hari sabtu lalu. its bonding time!

assalammualaikum =)

bismillahhirahmannirrahim

kisah sabtu kami yg lalu. seperti yg telah dijanjikan dgn abg amal masa kat wad hr tu, sabtu ni kami akan outing untuk belikan dia toys. as usual budak yg tak masuk wad pun dapat gak hahaha
asik lar beramuk budak 2 org ni nak pi toys r us ataupun aeon. mcm2 depa request. dah kerana janji maka mama turutkan wlupun ni zaman gst huhuhu. masa kat wad hr tu, mmg amal paling teruk all the time. cucuk ambik darah nangis. masuk air nangis. masuk antibiotik nangis. jenuh nak pujuk. tu yg mama dok janji mcm2 masa tu. dah kena tuntut hahaha padan muka mama.
amazingly, baby irfan lansung tak nangis sepjg melalui prosedur ni. rilex je tgk nurse tu buat apa kat dia. cuma kdg dia takut kalau nurse tu pakai mask. mama rasa mesti irfan pikir, ni sape ni pakai baju putih nmpk 2 mata je ni hahaha. nurse tu dah tau so bila dekat dgn baby irfan, nurse akan buka mask. eh korang, i tell u, nurse kat hospital kerajaan sekarang veryyyyyy friendly. baiikkkk sgt. serious tau. tak mcm hmpr 9thn yg lalu masa abg iman warded umo 8bln. masa tu nurse ada sket ek hahaha.
sekarang, mama blh siap sembang2 dgn nurse tu dah mcm kawan. bila smpi masa depa nak check patient, mesti depa say maaf berulang kali terutama kalau terpaksa kacau kita tgh tido. tahniah utk semua nurse kerana berjaya mengubah persepsi masyarakat terhadap anda. 
eh apa aku melalut pjg beno ni hahaha.
maka sabtu hr tu, bgn le mama awal mcm biasa utk siap2. 
sebelum masuk keta, sempat kami bergambo 5 beranak.
susah sket skang nak bergambo 1 family mcm ni. semua pakat buat muka je skrng klu mama ajak bergambo. 

 takpelah muka mama blur sket, blh cover lemak di bawah dagu hehehe
masa ni siap jerit2 jgn buat muka! tu yg masing2 muka comel je
sekarang ni klu tak kuat semangat jgn lar ngada2 nak outing mcm ni. 
3 ragam anak kena handle oi. tu sebab mama sekarang lbh suka online shopping utk beli barang mama. bila outing mcm ni, mmg layan anak2 ajelah. eh konon je tu. masuk daiso beli gak barang mama muahaha.

 kesayangan mama sepenuh jiwa raga

 masa ni mama tak sempat nak warning jgn buat muka.
tu hasilnya tgk muka abg iman dan abg amal
eh baby irfan pun sama!
takpelah, asalkan mama tetap nmpk ayu gittuuuuuuuuu

 destinasi kami adalah ke toys r us paradigma mall. kuar umah kul 9am, singgah breakfast kat sg besar, then kami smpi di paradigm mall kul 11.30 pagi. oklah tu. masa breakfast, byk anak2 makan. mana tak bykk, sbb mama ugut, klu tak makan cancel beli mainan.
muka excited baby irfan, tapi kesian dia tak dpt apa hahaha..
dapat ler seketul hammer dr daiso.
tu pun abg amal dah patahkan. nasib kamu ler dik oi.
smpi abah ckp, bln ni birthday irfan, kenapa irfan x dpt apa? 
ok irfan punya coming soon, by online...lagiiiiii.

 nampak tak semua tak tgk camera.
peliknya en.suami pun sama lbh excited tgk toys mcm lar dia yg nak beli hahaha

 gigit baby irfan ni dinosaur!
 hayukkkkk byk dinosaur dekat adik hahaha
lepas dah dpt habuan masing2..sementara tggu jan and family tiba, kami lepak di popular.

 yg kecik tu menggeleser nak turun dr stoller. mama lepaskan aje. oooo bkn main seronok dia ke sana ke sini, tu blm dpt kaki tu.

 habis baca 1 buku, sambar buku lain utk beli.
masih lg tak smpi pakteh jan ni isk isk isk

haaaaaa meh nak citer betapa hazabnya aku pakai skirt kembang semangkuk ni.
konon nak try feseyn org muda sekarang kan maka inilah hasilnya.
ok aje...kan? tp sungguh aku takkan beli lagi skirt kembang semangkuk ni. 
ni satu2nya skirt kembang aku, beli kat ex-student yg bawak ke sek masa ada karnival tempoh hari. aku mmg takde skirt kembang ni maka beli lar satu. ni 1st time pakai ni. pakai dgn blouse niichii.
ok kan?
tapiiii hazab nya bila kat toilet hahahah
bergelumang sekejap dgn skirt kembang bila nak melepas.
masa ni lar baru aku pikir eh korang2 yg pakai skirt kembang ni mmg berhadapan dgn situasi mcm ni ke bila kat toilet?
tabahnya korang? hahahah
utk aku, cukup sudah..1 ni jer lar kot skirt kembang aku. ntah bila nak pakai lagi. hazab benar bila nak melepas, bergelumang! eh korang paham tak ni? hahaha

 yeayy family pakteh jan dah smpi.
moh kita lunch di krr mcm biasa.

 lama tak jumpa baby adam. bambam sgt dia! geram tgk!
cikyam nak tau, bila pandang cikyam, teringat zaman kak ima anak sorang dulu. kurus mcm cikyam. now dah anak tiga, kembang sana sini huhuhu pasrah!

 obvious baby irfan kurus bila dok sebelah adam hehehe
irfan dan adam sepupu, sebab en.suami dan pak teh jan itu adik beradik. faham semua? kihkihkih

 abg iman baca doa makan, pastu apa lagi, makan!

 baby irfan mkn bubur ya sayang. byk dia mkn alhamdulilah.
keluar dr krr mama ke daiso.
hoi sekarang harga barang di daiso bkn lagi rm5 huhuhuhu
semua dah jadi rm5.30 per item gara2 gst huhuhu
nyampah!

 keluar dr paradigm mall...kami ke rumah makcik awin pula
baby irfan lena.
nmpk tu bantal comel tu? mama beli kat daiso, untuk ampu kepala baby irfan. 
biasa ada sekor ulat utk ampu kepala dia, tp ni tertinggal kat keta abah.

 sayang anak mama ketat2

 smpi kat umah makcik awin, budak berdua ni terus bukak toys yg depa beli. eh salah, mama belikan hehehe. en.suami, get ready yer. next will be ur turn muahaha

 star wars light saber sorang seketul.

 abah ckp, masuk tahun 4 nnt no more toys like this utk abg iman. dah beso, malu je main gini. eleh en.suami ku sayang...itu suara jeles sbb zaman u takde mcm ni semua kan hehehe

 sihat dah dia, syukur alhamdulillah.

 budak kenit ni dok kacau toys aisyah.

 baby adam 7bln. baby irfan 11bln. alahai anak..plz plz plz mkn dan susu byk2 utk jadi bambam mcm adam yer sayang?

mcm ada anak twin!

dlm kul 5.30pm kami gerak balik. smpi vck jam 9pm, stuck kat jam kuala selangor huhuhu mencik tau.
ok itu je citer hari sabtu kami.
bye semua!

2 comments:

nona sani said...

wahhhhhh...bestttnyerrrrr ~~~~

hehe....untong anok2 yeee

eima said...

ok la tu rewards budak2 tu ... kesian juga diorg kan .....
mesti masing2 hepi nikan

Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH