assalammualaikum =)
maka bermulalah entry banyak gambar. 5.30am aku dah bersiap2 mcm biasa nak ke tempat kerja. perasaan libang libu. sepanjang malam tak tido tapi mata tak mengantuk. magic. teruja kot.
6.50am kami hantar anak2. kebiasaannya ada pemandu yg akan hantar anak2, alar2 naik uber gitu. tapi hari ni kami yg hantar. aku riba baby irfan sepanjang perjalanan ke rumah pengasuh. dia tido. uiks, 9 hari kot nak berpisah. perasaan mama mmg libang libu. tp taknak ckp kat husband huhuhu.
then hantar iman amal ke sekolah. depa ok aje.
pastu mula bergerak ke klia2. sempat singgah umah mak jap salam peluk cium mohon doa.
pastu singgah sarapan kat tg karang. then terus ke klia2. aku smpi sana lbh kurang jam 11.15am.
en.suami drop kat pintu masuk balai pelepasan aje. sebelum kuar kereta, sempat selfie sedas.
salam dan mohon doa.
en.suami dah nak gerak balik :-(
aku lepak area ni sementara menanti adyani sampai. sempat sembang2 dgn sorang kakak tu, cikgu juga. nak bercuti ke krabi. dok risau tinggal baby. eh sama lar kita kak! hahaha risau tinggal baby tapi gatai nak berjalan :p
lbh kurang 11.45am yani sampai then kami pi check in luggage. selesai urusan check in, kami pi ambil wifi sat kat area ketibaan. utk trip ke jepun ni, aku sewa SAMURAI WIFI. blh tgk link ni utk maklumat lanjut. nama je samurai tp dia blh cover ke banyak lagi negara lain selain jepun. aku pilih pakej rm15 sehari utk 9 hari (7GB). mujur aku tak ambik yg unlimited tu (rm20 sehari) sbb sehingga hari terakhir kami cuma guna 3GB++ aje. yerlah bkn nak layan youtube pun kan. lbh kpd nak wassap dan upload gambo aje. selesai urusan wifi, kami pi makan mcd plak. sembang2. lama kot tak jumpa yani. rupanya ramai yg pelik camne kami blh plan berdua ke jepun hahaha...maybe sbb masing2 punya keinginan yg sama, utk ke jepun. maka kami berusaha sama2 utk merealisasikan hasrat ini, doa byk2 juga.
then 1.30pm kami pi surau, solat zohor dan asar siap2.
lbh kurang jam 2pm, kami pun melangkah masuk pesawat airbus air asia.
1st time ni naik airbus. sblm2 ni naik yg kecik aje.
haaa masing2 dah teruja masa ni.
7 jam perjalanan ke haneda airport...bosan gila kot. dah le kapal terbang bergegar2. aku rasa sepanjang perjalanan bergegar. mmg tak dapat tido lansung. kami dok barisan tgh. kanan aku yani. kiri aku sorang mamat jepun. sembang ler kejap dgn dia, kbtln dia blh ckp BI, sama broken dgn aku hahaha..student uni jepun. pi bercuti ke negara asia tenggara. yani tanya dia knp pilih negara di asia tenggara utk bercuti? pantas jawapan dia: sbb kos murah. weiii tau lar yen ko tu mahal melampau bahahaha
kami dah siap2 order online set nasi ayam. tak sedap lansung! nyesal aku order. rasa bawang putih je lebih huhuhu..aku makan dlm 3 suap aje kot. mmg takleh masuk. mujur ada seludup fries mcd td. dpt gak aku mengunyah. selebihnya yani layan movie. aku cuba nak baca buku cerita yg aku bawak. tak dapat. pening kot bergegar2 aje huuuuu
tepat jam 10.30mlm waktu tempatan (9.30pm waktu malaysia) kami pun selamat mendarat di haneda airport. syukur alhamdulillah. urusan pelepasan kastam juga berjalan lancar. selesai urusan mengambil luggage, perkara pertama aku buat adalah check temperature. 10°C! teruja weiiii. tapi masa ni takdelah rasa sejuk sgt sbb dlm building kan. mcm sejuk dlm aircond aje.
adoi dah tak larat.
sambung part 2 nnt lah ya?
next entry aku nak cite pengalaman aku tido kat airport which is antara pengalaman mahal aku dlm trip ni. kata trip ala backpackers kannnnnn kena lah tido airport hahaha
ok itu dulu bye semua!







No comments:
Post a Comment