assalammualaikum =)
citer lama 2-3 minggu lepas.
masa meeting ketua AJK English in Camp yang akhirnya bertukar kepada Team Building Camp sebab melibatkan semua guru, TA sebagai ketua AJK hadiah dan sijil pi gatai cadangkan bagi hadial buku kat pelajar.
dok pung pang pung pang citer pasal BBW dan betapa murahnya buku2 kat situ.
cadangan diterima.
i is sukkaaaaaaaa sbb dpt pi BBW lagi hahaha
husband ok aje, aku tau dia lega sgt tu takyah bawak aku pi bbw.
kiranya dah 2x aku pi BBW tanpa dia.
so peruntukan rm1.5k untuk beli buku kepada semua pljr T1 dan T2 sebagai peserta,
semua fasilitator yg terdiri dr ex-students serta semua guru.
semuaaaa dpt buku BI dr BBW hehehe
TA tak ingat tarikh.
apa yg pasti kami berempat (3 lg cikgu BI) pi naik van sekolah ke MIECC dr sabak bernam.
bertolak kul 3pm. gigihhhhhhhhhh hahaha
jauh tu wei. oh ya aku ingat, esoknya tu cuti thaipusam, tu yg kami ok aje
kami smpi dlm kul 6pm.
dah siap2 solat asar dah td kat surau petronas.
org tak ramai masa ni.
in fact hall utk pameran buku pun tak dibuka semua mcm biasa.
kira tak besar lar event kali ni berbanding sebelumnya.
kedai mkn kat tingkat atas tu pun tutup.
semua dipindahkan ke bhgn bwh, still takde yg buka pun masa kami pi tu.
dah ler semua tgh kelaparan huhuhu
bukti kehadiran hahaha
setelah diagih2 kan, kami pun berpecah untuk cari buku yg sesuai dijadikan hadiah.
aku cari buku utk cikgu2 berjumlah 58.
tak muat wei 1 bag tarik yg aku bawak tu.
pi hantar ke tepi dulu, cont plak dgn heret bakul yg disediakan.
tu blm lg dgn buku sendiri huhuhu
tp this time aku cuma beli 4buku bm utk anak, lain2 buku aku tak smpi 5 pun.
tp total damage rm80 gak sbb aku ambik buku tebal2
saja nak cpt bg penuh mini library aku ni
soal baca ke tak letak tepi dulu.
eh aku baca ok..ada kesempatan mmg baca.
tgk cikgu2 ni tgh gigih sort buku yg dah di pilih..tapis semula nak tgk sesuai ke tak.
TA bawak bag tarik kuning tu, while Thuda bawak bag yg beso tu
2-3x gak staff bbw dtg area kami berlonggok ni dok tanya buku mana tak guna utk depa kemas semula. bila aku ckp semua buku ni nak dibeli, blh plak buat muka tak caya hahaha
masa nak bayar...byk gila hahaha
tak kira, nak tepek gak gambo ni wlupun shaking.
ni je pic kami ber-4 yg ada
takde maknanya kami nak angkut semua buku berat2 ni ke van.
staff bbw yg tlg hangkut, guna keta tolak kecik tu..terus ke lobby.
pastu 2org pi panggil van 2org lg tggu buku2 ni semua
byk kan.
inilah hasilnya dgn bantuan 4org pelajar yg TA minta tlg.
buku2 atas para tu utk cikgu2.
semua pelajar happy tak terkata dpt hadiah buku.
yerlar..selama ni hadiah hamper mknn ringan je pun.
gah sket alat tulis.
paling gah wang tunai.
kali ni semua excited dpt buku.
padahal 1 buku rm5 je pun hahaha
keluar dr MIECC dah kul 9pm.
singgah makan lagi, kul 1am tepat TA smpi umah.
fuh..letih. mujur esoknya cuti.
nnt ada masa share citer pasal camping ni pula ok.
itu dulu, bye semua!










3 comments:
bagus jugak kan .... bg hadiah buku time ade karnival buku murah cam ni ....
Haza xpernah ke BBW lagi. Ntah bila nak sampai.. Asyik terlepas train jek
sy pn excited tgk..bestnya..klu peruntukan gah mmg smua jd...
Post a Comment