FOLLOWERS

Wednesday, July 24, 2013

resepi mee bandung ASLI

Assalammualaikum =)

wahhhh teacher azimah nak pos resepi hari ni
serius 'HARI INI DALAM SEJARAH'
hahaha

mmg dah plan dr isnin semalam nak masak mee bandung utk berbuka puasa
alhamdulillah terlaksana juga
sedap ok!
eh kenapa ada ASLI?
sbb nak bezakan dgn mee bandung muar
dan resepi ni sy dpt dr my cousin yg teror masak kat kg tu
saya google jgk...tapi semua nampak tak kena

so saya share kan resepi mee bandung asli ni kat sini ya
senang je nak buat rupanya hikhik

kuah mee bandung saya semalam. agak oily. tapi rasa mmg marvelous!  sila kurangkan minyak masak yer.

materials needed:

mee kuning sebungkus (dicelur siap2)
1biji bawang besar
3 ulas bawang putih
sedikit minyak masak
sayur sawi diasingkan batang dgn daun
daun sup dihiris kecil-kecil
daging ayam dipotong kecil-kecil ( udang pun blh)
bebola ikan. (taknak letak pun takpe)
2 sudu besar tepung jagung (untuk memekatkan kuah)
sos cili. (kalau nak pedas guna sos cili arnab. kalau taknak pedas sgt guna sos cili kimball)
cili kering yang dikisar. (takyah penat2, beli jer yg dah siap dikisar hehehe)
garam dan gula secukup rasa
air masak secukupnya

method:

1. tumbuk bawang besar dan bawang putih
(takyah penat2 menumbuk, blend jer senang muahaha)
2. tumis bawang td. minyak skte jer tau. nnt kuah jd oily sgt mcm sy punya ni. tp utk percubaan pertama kira lulus arr sebab sedap kehkehkeh
3. masukkan 4 sudu besar cili yg dikisar td. kalau taknak pedas sgt masuk 2 sudu besar cukup. kacau-kacau...
4. masukkan daging ayam dan bebola ikan. kacau-kacau...
5. masukkan garam dan gula secukup rasa. kacau-kacau..
6. masukkan sos cili secukup rasa. kacau-kacau...
7. masukkan batang sawi. kacau-kacau..
8. masukkan air + 2 sudu besar tepung jagung yang telah dibancuh terlebih dahulu. kacau-kacau sehingga mendidih. guna api perlahan yer you all
9. dah mendidih, masukkan telur 3-4 biji. kacau perlahan supaya telur tidak hancur sgt.
10. masukkan daun sawi dan daun sup. 
11. DAH SIAP!!



so kalau ada yg masih blur nak masak apa utk menu berbuka puasa hari ni
apa kata try masak mee bandung
senang jer hehehe

itu dulu...bye semua!

4 comments:

Unknown said...

oma haih~ sedapnye.. memang layan nih makan waktu berbuka.. boleh try nanti~

eima said...

ni nama nye mee bandung sempoi klu d real one tu ade letak udang kering blend pastu udang ... aahhh ssh la cite beli pes je senang ... hahahha

ok klu rasa nk mkn yg sempoi cam ni ai amik resepi ok

ellynadyra said...

aduhaiii tetiba aku lapar

εïзmmyHazaεïз said...

sedapppnye.. nak try nak try

Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH