FOLLOWERS

Wednesday, July 03, 2013

amal favorite video song- upin ipin terima kasih cikgu

assalammualaikum =)

sebagai kenangan bila amal dah besar nanti


mama suka sgt dengar amal nyanyi lagu ni
bersungguh-sungguh dia nyanyi
comel sgt!

Monday, July 01, 2013

our new baby at VCK: electric easy trimmer

assalammualaikum =)

introducing our new baby at VCK: electric easy trimmer for our 'laman bestari'
suka sgt!

alkisahnya mula2 dok gigih ler en.suami potong rumput filipina kat laman tepi rumah ni guna gunting besar tu. 
siap satu petak, nak tunggu next petak punya turn sempat panjang balik rumput petak mula2 td.
hazab nak menyiapkannya...
in fact tak pernah pun dapat potong rumput siap dr hujung ke hujung guna gunting besar tu
sy mmg dah tobat taknak gunting rumput ni dah
cukup ler sekali hr tu sampai hilang daya kat tangan ni sehari dua huhu...
dah mcm paralyzed jer masa tu
bila dah mcm ni citernya, gigih ler sy dok tanya kwn2 plak kot ada mana2 contact yg blh dtg ke rumah potong rumput.
dah gaya mcm ada padang bola besar plak nak panggil orang bagai hehehe
pastu ustaz wahid bagi idea utk beli electric grass cutter ni
lor...baru tau kewujudan gadjet ni hahaha
ringan jer you all mcm vacuum cleaner tu ha
tapi ofcoz lar ada gegaran jgk 
tu yg i takmo guna tu hehe

sedikit details about our new baby:
 Motor capacity: 450 W

Cutting circle diameter: 26 cm
Height adjustment: 80 – 115 cm
Cutting system: Extra-strong line + Automatic tap feed spool
"Pro-Tap" spool: 1,6 mm x 4 m
Extra-strong line: 6 x Ø 2,4 mm
Weight: 3.0 kg


sgt ler sesuai utk keluasan tanah sekangkang kera mcm kat vck ni :-)

 inilah keadaan laman bestari yg tak berapa nak di jaga
konon tuannya asik busy memanjang

 sedih nengoknya

 so ptg td gigih en.suami potong rumput guna gadjet baru dia ni
actually sy yg belikan merangkap hadiah anniversary in advance!
blh gitu? muahahaha
punya ler lama lg anniversary :p

 mula memotong dlm kul 6.15pm mcm tu dan siap jam 7.30pm ketika azan maghrib berkumandang

dan hasilnya....sangat puas hati alhamdulillah
ni pun belum sempat nak kumpulkan rumput2 yg dah kena potong tu

insyaallah ptg esok plak sambung kerja2 mengumpulkan rumput yg telah dipotong td
lapang rasa mata memandang :-)
biasanya dlm 3-4 hari rumput2 ni akan menghijau dgn sekata
time tu mmg cantik
insyaallah sebulan sekali blh kot buat aktiviti ni..kan en.suami?

alhamdulillah...tercapai lg 1 hasrat utk vck
antara hasrat yg belum tercapai untuk vck kami:
1) nak tar kawasan luar pagar
2) nak pasang tile kat tempat duduk luar pagar (silap btl tak tile sekali masa tile laluan keta luar pagar tu) dan tepi longkang yg kecik tu
3) nak pasang penutup longkang (yg ni kena tunggu tile tepi longkang yg kecik tu dulu supaya sama tinggi)
4) nak beli buaian yg colouful tu utk santai2 depan rumah
5) nak bina kolam renang kat belakang pagar putih tu *ehemm*

#sedikitsedikitlamalamajadibukitlepastubolehjadigunungeverestjugaberanganjerlarkoazimahoi#

sekian terima kasih

science wonderland the garden of Pusat Sains Negara

assalammaulaikum =)

cerita lama yg berlaku masa cuti sekolah 2 minggu hari tu
lama gila! hahaha
nak buat camne takde kekuatan dan kesempatan nak citer pasal ni
*****

balik dr legoland hr tu kan ke sy transit di rumah kak cho di teluk panglima garang
sbb kami plan keesokan harinya (khamis) kami nak bawa anak2 ke pusat sains negara
pasal lawatan ke psn ni pun tak citer lg huhu..nanti2 lah ok :-)
sayangnya kali ni family kak cik tak dpt joint sbb abg kamal tak dpt cuti
takpelah, maybe lain kali pula ya
kat sana , kak cho terserempak dgn kwn dia.
kwn dia ni lah yg bgtau ada taman yg cantik dan swimming pool kanak2 di luar pusat sains negara ni
korang dah mmg tau ke?
kami mmg taktau lansung masa tu huhuhu
kalau tau awal2 dah bwk swimming suit anak2 masa nak ke sini

rupanya mcm2 ada kat garden ni
semuanya FOC tinggal lagi sama ada nak atau tak nak jer beriadah kat sini
dari peta ni nampak kan mcm mana gambaran lokasi garden ni. 
btl2 di sebelah PSN.
jom kita terjah apa ada kat garden ni!

tu diaaaaa...nak turun ke garden ni kena melalui laluan yg mencabar ni rupanya
kanak2 mmg suka main tangga ni tau
terjerit2 ler kami mak ayah ni melarang dioarang dr berlari2 kat sini

ni gambaran dr bhgn bawah laluan yg mencabar td
kalau pakai high heel pandai2 ler bukak kasut tu masa nak turun kat sini ya hahaha
klu taknak bukak blh masuk slide tu ha, kira mcm short cut arr
kalau sy jd kanak2 pun sy nak main byk kali kat sini :p
so kalau warga emas camne nak turun kat taman ni?
takkan nak dera diorang turun ikut sini jgk??

actually tak jauh dr laluan mencabar ni, ada jer tangga yg proper tu ha hehehe
siap ada laluan utk wheelchair lg 
masa balik, kami ikut tangga ni pulak. 
oh ya, lalulan yg mencabar td tu ada dua tau
di kiri dan kanan tangga ni ya

view kat sini mmg cantik, sgt sesuai utk beriadah
tinggal lg cuaca yg panas terik tu agak memeritkan lar
cuba bayangkan kalau beriadah di taman mcm ni pada suhu 20C
serius mcm oversea hahaha...berangan jer lar TA oi!

taman di atas td tu ada di kawasan 'biodiversity area'

meh sy bacakan kot klu ada yg tak nampak
'garden of nature'
ala2 mini butterfly park ler kat dlm ni
butterfly pun tak berapa byk sbb cuaca panas sgt kot


ada jgk haiwan2 kecil kat sini
masa ni dlm kul 2pm mcm tu, takde org sgt

 kami-kami ajer

 tgk lembu tgh ragut rumput...eh bkn! tu ikan bukan lembu!

 tgk butterfly

 snap photo

kalau ada dslr lg best lar kan

tapi TA xde DSLR sob sob!

 bila keluar dr butterfly area tu, taadddaaaaa nampak dah swimming pool!
suka budak2 ni tau

 sblm tu kita snap dulu gambar kubah PSN dr sini. cantik kan??
kan best klu ada DSLR huhu..

ok dah semakin hampir

 teletubes??
ntah camne nak main ni pun i taktau 


tetiba mata ternampak kawasan ni
wahhhh dah mcm open-air gimnasium!
klu ler sy dok kat kl,
dah tau dah apa aktiviti nak buat tiap2 ptg sabtu dan ahad hehe
best you all dtg ke sini dgn ahli keluarga
blh bersenam bersama
jogging bersama
main badminton bersama
main air bersama
berfoto-gedik bersama
berpicnic bersama
semua tu blh develop your family bond! 
eh tak tak jgn salah sangka, sy buka blogger berbayar utk PSN
ni suka2 jer lar hehehe

belakang tu toilet ya tuan2 dan puan2...sgt bersih, maybe sbb tak ramai yg dtg ke sini kot
weekend ramai ler kot, sy dtg ni hr khamis

ok dah tiba pun kami di swmng pool ni

apa lagi kebabomm lar! hehehe...
masuk jer pakai baju yg depa pakai sblm ni
kang lepas mandi tukar baju lain
baju spare anak2 sentiasa ada bawak klu outing ke mana2 :-)
tapi tak bwk plak baju spare mama abah..
so yg dewasa ni jd pemerhati jer lar ya


kawasan rehat mcm ni byk ok
kalau tak cukup tempat pun blh jer bentang tikar kat mana2 yg sesuai
bawah pokok nun pun blh...lg best kot

besar juga swimming pool ni
pendek kata puas hati lar bg anak2 mandi kat sini sbb FOC jer hehe
dekat 2 jam juga diorang main air kat sini
abah dan pak lang haizad kena kerah pi beli nasi bungkus kat cafe PSN kat atas nun...terpaksa lar memanjat naik bukit tu semula huhu
habis tu kami semua dah kelaparan tak lunch lagi
kat garden ni takde jual apa2 ok
tapi most of pengunjung yg dtg dah siap2 bawa bekalan
kami ni mmg tak plan apa2 lar, main terjah jer
lain kali blh bawak bekal siap2 ok
ada satu family tu siap tapau bihun goreng satu bekas besar utk anak2 dia
masa kami smpi kul 2pm td diorang dah smpi dulu kat swmng pool ni
masa kami balik dlm kul 5pm mcm tu, diorang masih blm berganjak
mmg satu pilihan bijak untuk mereka dtg ke sini mengisi masa lapang cuti sekolah anak2
sebab semua kemudahan ini adalah FOC
tapi klu nak masuk PSN kena byr ler yer hehehe

alhamdulillah..habis satu entry tertunggak.

itu dulu..bye semua!
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH