FOLLOWERS

Sunday, February 23, 2014

veer zaara

assalammualaikum =)


buat pertama kalinya sepanjang pregnant ni sy masuk tido lewat jumaat mlm sabtu baru ni.
semuanya gara2 veer zaara yang ditayangkan di 108
12.45mlm baru sy masuk tido hehehe
mmg dah mengantuk tahap cipan masa tu.
tapi shah rukh khan punya pasal..kita tahan jgk.


best tau citer ni. dah lama tak ditayangkan di tv. sy pun dah ingat2 lupa jalan citer dia mcm mana.
bagi sy jalan cerita dia takde lar berat sgt
cuma pelakon perlu byk bermain dgn emosi
haaaaaa part ni SRK mmg cemerlang!
sy mmg suka tgk lakonan dia yg memerlukan dia bermain dgn pelbagai emosi
best you all.

ntah kenapa bulan february ni semua filem hindi mesti filem SRK.
maybe rating tinggi kot kalau tayang filem SRK
mcm smlm citer dilwale dulhania lejayage dan baazigar
tapi sy tak tgk, dua2 citer ni dah selalu sgt tayang kan tv

last week cerita kabhi kushi kabhi gam. sy tertido! dah sejam ditayangkan baru sy tgk 
huahuahuahua....bengang tul!
dok salahkan abg iman dan abah
diorang gelak jer tgk gelagat mama huhuhu
SRK berlakon dlm KKKG pun best gila!

hari selasa mlm rabu lepas pun dilwale jgk
rabu mlm khamis mohabatein.
filem ni pun best gila
niat hati nak tgk, tapi sebab khamis kena bgn awal utk gi kerja lagi...so harapan tggl harapan.

dalam filem veer zaara ni SRK masih muda
tu yg jadi lg best tu sbb dia masih handsome tak mcm sekarang nampak sgt dah tua hehehe...

ok itu dulu bebelan di hujung minggu
bye semua!

Friday, February 21, 2014

my kitchen reveal

assalamualaikum =)

perghhhh 'reveal' tu hahaha...mcm apa jer :P
rupa-rupanya sy tak pernah lagi review suasana dapur di vck.
kalau ada pun entry yang ni jer masa kitchen cabinet masih kosong...kosong..kosong...
so meh ler kita tgk camne rupanya dapur di villa comel kami
simple sgt2 you all. sbb sy lebih pentingkan suasana yg praktikal utk semua berbanding hanya cantik di mata tapi tak praktikal. so gambar2 ni semua sy snap pada keadaan yg biasa hari2 di rumah, takde cover2 ok. apa yg ada dlm pic ni semua, itulah keadaannya hari2. since sy pregnant, hubby yg byk memasak kat sini. sy cuma tlg sket2 terutama bab mengelap, mengemas, mengemop dan menyapu. 
so inilah dia...

 taaaddaaaaa!!! hehehe
ok ok sy tau u all terus tgk kat kain lap tangan yg melekat kat kabinet bawah sinki tu kan? apa hal ada kat situ plak tetiba?? terus cacat pandangan.
lantak apa org nak kata yg penting ia sgt2 praktikal utk anak2 sy guna. dr kecik sy dah latih anak2 supaya lepas cuci tgn kat sinki mesti terus lap. jgn nak renjis merata2 kang habis melekit2 1 rumah. mama tak larat nak mop tetiap hari. tak suka btl kalau yg jenis basuh tangan tak reti nak lap main renjis merata2 tu. alhamdulillah...mereka dah biasa dgn apa yg sy ajar ni. mcm tu jugak setiap kali guna toilet mesti tarik flush dan tutup pintu semula. toilet bowl pun mesti tutup semula. ok semua dah lulus...cuma sesekali masih kena ingatkan yg si kecik tu. 
nampak bakul sampah tu? mmg kat situ ler tempat nya. senang nak buang sisa mknn. tiap2 hari mesti buang sampah ke tong sampah besar kat luar rumah supaya tak berbau busuk dlm rumah. wajib!

close up sket sebelah kanan. 
di hujung breakfast table sy letakkan kudapan utk kami.
dulu rajin letak lapik conel2 kat atas bfast table ni. tapi lama2 rasa serabut plak.
so sy remove lapik tu biar dia putih bersih mcm ni jer. 

ini plak area setentang dgn kitchen cabinet tadi. kalau ada rezeki labih nnt ingat nak pasang jugak kitchen cabinet merah 3G glass kat sini. buat sementara, kita guna jer kabinet ni. itu pintu ke bilik nom.4.

kat sini adalah port air panas, air masak, susu dan botol susu amal. 
lepas basuh botol susu terus keringkan kat sini. taknak campur dgn pinggan mangkuk lain.
dlm kabinet ni sy simpan stock susu amal dan stock mcm2 yg lain hehe...

ok kembali ke kitchen cabinet.
ada 2 singki. ramai yg hanya guna 1 singki, lg 1 jd tempat keringkan pinggan mangkuk lepas basuh. 
tapi sy tak suka camtu, nak kena ada jugak dish rack tu utk keringkan pinggan mangkuk sblm disimpan. 

ok area ni mcm tak comel sgt. dah lar mug tu tak seragam huhuhu..
bekas2 kecil tu nak simpan dlm kabinet atas tapi sbb sekarang ni sy dilarang panjat memanjat, kena lar tggu en.suami tlg simpan kan. biasalah...mesti ambik masa punya nak tggu dia buat hahaha
kat sini juga sy letak bekas tepung dan gula. 
ya tepung tgh takde stock sbb kita dah lama tak memasak hahaha
so sbb mata sendiri pandang sudut ni tak comel..meh kita adjust sket.
*
*
*
*
*
taaadddaaaaa!! hikhikhik...ok dah kan? better than before lar :P

sy dah puas hati :-)

dining hall di vck sekarang ni. lg lar simple hahaha
dah takde candle or flowers di tgh2 meja mkn. nyibuk jer nak makan beradap. so sy remove. 

so inilah dia dapur di vck
kot blh jadi panduan buat mereka di luar sana, silakan :-)

itu dulu, bye semua!

Thursday, February 20, 2014

Berhenti merungut dan bersyukur lar

Assalammualaikum =)

*entry khas ditujukan buat diri sendiri.
*tp kalau ada yg nak terasa, dipersilakan hahaha

Dear myself;
Berhentilah merungut dgn cuaca panas sekarang ni. Padahal masih blh tido lena di mlm hari sbb anytime blh switch on econ.
Sedangkan ada mereka diluar sana yg juga sdg sarat mengandung terpaksa menahan panas dgn sabar sbb xde econ kat rumah. Tempat kerja juga silap2 takde econ. Tapi mereka masih sabar dgn tenang. Maka bersyukurlah.
Berhentilah merungut sakit badan sakit kaki sakit segalanya...
Sedangkan ada mereka diluar sana yg juga sdg sarat, menderita dgn pelbagai masalah lain. Maka bersyukurlah..simpul mengkarung pun tak penah kena lagi sepanjang pregnant ni.
Berhentilah merungut muka byk jerawat, tengkuk naik gatal2...
Maka Bersyukurlah kulit perut masih ok takde gatal2 walaupun dah masuk 29 minggu.

Bersabar lah wahai azimah... ingat setiap yg kamu lakukan dgn ikhlas tika ini..besar ganjaran pahalanya. Ingat, mengandung dan melahirkan adalah ibadah.

Berhentilah merungut dan nikmatilah sepuas2nya masa2 emas ini kerana lps ni blm tentu Allah izinkan utk mengandung lagi. Nikmatilah tendangan bayi dlm perut ini dgn semaksima yg blh kerana mungkin ini yg terakhir buatmu. Enjoy the moment ok.

Alhamdulillah....hari ni tak panas sgt wlupun hujan xnak turun kat sini. Elok redup jer ni ha. Syukur.... diam tak diam esok jumaat lagi. Mggu ni mmg terasa pantas. Weekend lg. Alhamdulillah...semuanya baik2 ajer. Ipad nak rosak? Biarlar dia rosak...biar dia dok diam2 kat rak buku tu. Sape suh rosak kan dah takde sape nak guna. Padan muka.

Itu dulu bebelan dan luahan ptg ini. Bye semua!

posted from Bloggeroid

Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH