FOLLOWERS

Tuesday, June 19, 2012

sukarnya bekerja dgn orang yang bernama manusia

assalammualaikum

sekarang aku dah tau kenapa dulu bidang perguruan ni jd last option dlm pilihan kerjaya. rupanya sbb aku ni jenis yg susah nak handle orang yang bernama manusia, yg semua maklum punya 1001 mcm perangai, lebih  lg kot. dulu aku bercita2 nak kerja dgn mesin2... tp Allah lbh mengetahui apa yg terbaik untuk aku, dan kini aku bergelar cikgu, alhamdulillah... aku redha...
tapi kini dah hampir 8thn dipanggil 'cikgu'. aku jadi semakin letih. letih dgn perangai pelajar itu satu hal, letih dgn rakan sekerja juga sama. dan mereka semua termasuk aku adalah manusia! menyesal pulak rasanya tak bljr pandai2, jadi doktor haiwan, atleast aku lbh byk menghabiskan masa dgn haiwan, bukan manusia!!
aku tak suka cari musuh. sungguh! aku juga tak suka cari pasal dgn org lain. tapi semakin lama hidup, semakin berjumpa dgn ramai orang, semakin kenal dgn pelbagai perangai manusia, aku terpaksa akur, bilangan musuh juga bertambah. mungkin nampak kasar sgt aku guna perkataan musuh, oklah, aku tukar, aku guna perkataan emmmm apa ya?? no idea. senang ckp orang yang tak ngam dgn aku, yang tak sependapat. perlu ke aku bg situasi kat sini? kang ramai plak yg kecam aku. maklumlah, ramai beno silence reader blog ni. senang cakap aku semakin stress dgn kelompok mereka ini. tp aku takde pilihan lain terpaksa juga berhadapan dgn mereka sbb dah satu tempat kerja kan. cikgu sekolah ni jer dah 50++ staff plak dekat 30, pelajar 500++ dan mereka semua adalah manusia!!! sungguh aku semakin fed up!! 
aku cuba tunding pada diri sendiri, sbb aku tau, 1 jari menunjuk ke arah orang lain, 4 lagi jari turn pada diri kita sendiri. ya mungkin juga aku yg salah...
sungguh ikut hati aku nak ceritakan satu persatu situasi yang berlaku menyebabkan aku tulis entry ni, tp aku tak cukup kuat. sbb aku taknk panjangkan cerita. dulu ada juga sara dan kak raja, tempat meluah rasa, now dua2 dah pindah. eh..pindah?? ya mungkin dah tiba masa utk aku juga apply pindah!! paling tidak blh refresh  diri sendiri untuk menjadi guru yg lbh baik. mungkin Allah turunkan semua ujian ini sebagai petunjuk yg aku perlu masuk ke suasana baru. tak salah kan klu aku apply tukar sekolah lain? mana tahu dpt sekolah yg lbh dekat dgn rumah baru nnt. 
apapun aku tersangat yakin yang apa jua yg berlaku, semua nya kerana Allah tahu aku mampu hadapi. Allah knows what is the best for me. cuma kadang2 aku stress... stress sgt!!

Monday, June 18, 2012

gambar kami di Ultraman Show Paradigm Mall

assalammualaikum =)

jom tgk gambar lar ok..













ini gambar budak yang nangis tak dapat beli any toys pun kat sini haha... wei semua jenis ultraman dia dah ada dlm koleksi. buat apa nak beli lg? bila cakap mcm ni, dia mula lar jawap nak beli raksasa jer, nak beli pedang ultraman jer bla bla bla... no way!
*orang mungkin nampak sy terlalu manjakan anak sebab selalu jer belikan toys untuk mereka. hakikat: toys yg sy belikan dari iman lahir dijaga rapi, sbb tu smpi sekarang koleksi toys anak2 sy mmg banyak. itupun ada yg sy sedekah kan pada taska kak cik dulu. mana ada selalu belikan ok, bengkok arr mama dan abah. kami bukan toke balak. cikgu cabuk jer hahaha...
apapun saya percaya, rezeki untuk anak2 itu sentiasa ada dr Allah SWT :-)

live!: Ulraman show weeheeeee

assalammualaikum =)

sungguhlar busy skang ni serius tak sempat nak update blog. bila badan dah letih, mood nak blogging pun ke tgh laut nun... nak tidoooo jer. tu pun bkn dapat pun nak tido extra. letih jiwa raga minda fizikal huhu sob sob.. rupanya jadi cikgu ni kena 'kuat' dari semua segi.
ini crita ahad lepas, hari terakhir cuti sekolah haritu. sempat sy bawa anak2 menonton ultraman show kat Paradigm Mall Kelana Jaya. shopping complex baru ni. parking pun free lagi. pandai dia tarik org dtg. berpakat dgn speedy, panggil ultraman dari jepun nun dtg buat show kat sini. FOC ok!! best! org mmg sgt ramai arr takleh cakap apa. terutamanya kaum cina. dan yg dtg utk tgk ultraman ni dah tentuler kanak2 utamanya. eh tapi mama dgn abah iman pun sgt enjoy tgk show ni. best ok!! dgn sound system yg super duper kuat mmg happening sungguh lar. at first amal mcm takut sbb bunyi kuat sgt. ramai jgk budak yg menangis. mujur amal ok jer lepas tu. teruja sungguh iman-amal tgk show ni. puas hati dpt gembirakan anak :D
dlm entry ni semua gambar2 dr show ni jer ek. gambar kami kat sini next entry plak. 

mula2 cik-yang-suka-menjerit-ni kuar dulu. udah ler guna mic, dia bantai menjerit plak lg huhu bingit telinga! sian btl dia ni nak speaking english, maklumlah Japanese :P

pastu raksasa #1 keluar. iman kata namanya #Alien Roba
sungguh tak kacak raksasa ni ok

ultraman Mebius plak kuar. wahhhhh masa ni semua teruja!! 
hebat kostum dia ni sbb mata dia bercahaya sentiasa.

aksi demi aksi

Ultrman Zero!! korang tau siapa dia ni? anak ultraman seven ok 

lawan jgn tak lawan

eh ultraman zero fight dgn siapa tu?

raksasa #2: Ultraman Belial. raksasa ni asalnya ultraman. tp dia jahat.



yang ni iman kata raksasa Belial. kira geng arr dgn ultraman belial tu


wah!! si kacak dah keluar!! itulah Ray, hero dlm filem ultraman zero ni. 
serius sebijik muka dia dgn yg berlakon dlm tv. rasanya org yg sama kot.
lansung xtau speaking english.

raksasa gumora ni raksasa baik yang dikawal oleh Ray. 






Tuan blog paling suka scene yg ni. sejibik dlm tv punya!




biasanya show mcm ni tak kiralar ultraman ke, power rangers ke, masked rider ke...diadakan masa cuti sekolah sekitar lembah klang. klu u all ada anak2 yng mmg DIe Hard Fan superhero ni semua, sesekali cuba bawak pi tgk. mms puas hati ok. mcm iman an amal, lepas jer show ni tamat terus cium pipi mama abah and say terima kasih. so sweettttttt ;-) google utk tgk info for the next show ok. 

Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH