sekarang aku dah tau kenapa dulu bidang perguruan ni jd last option dlm pilihan kerjaya. rupanya sbb aku ni jenis yg susah nak handle orang yang bernama manusia, yg semua maklum punya 1001 mcm perangai, lebih lg kot. dulu aku bercita2 nak kerja dgn mesin2... tp Allah lbh mengetahui apa yg terbaik untuk aku, dan kini aku bergelar cikgu, alhamdulillah... aku redha...
tapi kini dah hampir 8thn dipanggil 'cikgu'. aku jadi semakin letih. letih dgn perangai pelajar itu satu hal, letih dgn rakan sekerja juga sama. dan mereka semua termasuk aku adalah manusia! menyesal pulak rasanya tak bljr pandai2, jadi doktor haiwan, atleast aku lbh byk menghabiskan masa dgn haiwan, bukan manusia!!
aku tak suka cari musuh. sungguh! aku juga tak suka cari pasal dgn org lain. tapi semakin lama hidup, semakin berjumpa dgn ramai orang, semakin kenal dgn pelbagai perangai manusia, aku terpaksa akur, bilangan musuh juga bertambah. mungkin nampak kasar sgt aku guna perkataan musuh, oklah, aku tukar, aku guna perkataan emmmm apa ya?? no idea. senang ckp orang yang tak ngam dgn aku, yang tak sependapat. perlu ke aku bg situasi kat sini? kang ramai plak yg kecam aku. maklumlah, ramai beno silence reader blog ni. senang cakap aku semakin stress dgn kelompok mereka ini. tp aku takde pilihan lain terpaksa juga berhadapan dgn mereka sbb dah satu tempat kerja kan. cikgu sekolah ni jer dah 50++ staff plak dekat 30, pelajar 500++ dan mereka semua adalah manusia!!! sungguh aku semakin fed up!!
aku cuba tunding pada diri sendiri, sbb aku tau, 1 jari menunjuk ke arah orang lain, 4 lagi jari turn pada diri kita sendiri. ya mungkin juga aku yg salah...
sungguh ikut hati aku nak ceritakan satu persatu situasi yang berlaku menyebabkan aku tulis entry ni, tp aku tak cukup kuat. sbb aku taknk panjangkan cerita. dulu ada juga sara dan kak raja, tempat meluah rasa, now dua2 dah pindah. eh..pindah?? ya mungkin dah tiba masa utk aku juga apply pindah!! paling tidak blh refresh diri sendiri untuk menjadi guru yg lbh baik. mungkin Allah turunkan semua ujian ini sebagai petunjuk yg aku perlu masuk ke suasana baru. tak salah kan klu aku apply tukar sekolah lain? mana tahu dpt sekolah yg lbh dekat dgn rumah baru nnt.
apapun aku tersangat yakin yang apa jua yg berlaku, semua nya kerana Allah tahu aku mampu hadapi. Allah knows what is the best for me. cuma kadang2 aku stress... stress sgt!!
9 comments:
Kat sek tu ada 'klik' ke zim?... Mcm ssh dpt kerjasama je...
Alhamdulillah sek kite hepi..kwn2 mmg sekpla...cuma yg jd penat kerja2 pengkeranian yg tak habis2... Mslh dgn budak perkara biasa la tu...
salam...biaselakan keje dgn manusia memang mcm tu...kite akan berhadapan dengan 1001 mcm perangai org2 yang berbeza pendapat...so walaupun kite dah cube meminimumkan ketidakserasian tu tp adatla manusia ni...so pilihan di tgn anda :)..semoga berjaya membuat apepun keputusan demi kebahagiaan hidup kan :)...
banyakkan bersabar yek.. biasalah mana2 tempat keje klu sepakat cam mane pun mesti ade yg mcm ni.. :)
sabarr ya..kerja mana2 pun byk cabaran...
tp jadi cikgu mmg mencabar zaman skrg ni..
masa zaman mak mama pun dulu dia give up sampai bersara option..
sian dia...asek stresss je....
sapa kata jadi cikgu senang kan?
tp dlm kepayahan tu lah...pahala berganda2....
kalau rs berhijrah itu lebih baik..teruskan je...
Salam,ni kali kedua msuk harap2 dapat la, akak rasa sedih la baca entry kali ini,biasa kalau nak hepy dan dapat maklumat akak masuk la blog zimah, lagi la kali ini ada nama k. raja...hu hu, akak doakan zimah terus tabah dan bersabar dnegan ujian yang mendatang, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui! DIA tahu zimah boleh hadapinya, memang perasaan akan bercampur baur! Itu la ilmu dan pengalaman yang paling mahal kerana boleh mendidik kita secara langsung, mohonlah kekuatan dan petunjuk dari Ilahi
Kita semua harapkan dan berusaha untuk memperbaiki diri kan Zimah tapi tiap kali kita berusaha untuk menjadikan diri terbaik di sisi Allah dari segala sudut pasti akan diuji. Dan ujian yang selalu menimpa ialah ujian dalam pergaulan sebab kita tak dapat lari drp manusia maka kita selalu diuji dengan rakan kita sendiri.
Antaranya, kita akan berhadapan dengan mereka yang suka mencari dan mengambil kesempatan terhadap kebaikan kita, kemahiran, ataupun kelemahan atau kekurangan. Kadang2 kita mengalah dan ada masanya kita melatah dan akhirnya hilanglah pertimbangan sampai kita rasa lemah, tak sabar dan putus asa.
Zimah sabarlah ya dan hadapkanlah perkara ini kepada Dia, bahawasanya Dia sedang menguji sejauhmana kesabaran dan keikhlasan hati Zimah dalam menuntut kebaikan, mereka adalah penyebab utama dalam menambah ganjaran pahala buat Zimah...
banyakkan bersabar yer teacher.. setiap yang berlaku ade hikmahnye..:)
sabar ek teacher....teacher ni salah satu kerjaya yang mulia.....anggaplah ia satu ibadah......kerja apa pun memang ada stressnya....tak kerja pun stress.....just follow the flow, enjoy every moment, best of luck teacher!
sabar ye dikk
menjadi guru bukan mudah
rasanya semua kerja ada cabarannya
samaada kita yg mampu bertahan sahaja ;)
insyaallahh ;)
Post a Comment