FOLLOWERS

Tuesday, April 04, 2017

Travelog TA ke Jepun: Day 1 - from KLIA2 to Haneda Airport (part 2)

assalammualaikum =)

ok sambung cerita dari DAY 1 PART 1.
bila dah dapat luggage, perkara pertama yg kami buat adalah cari surau. tak susah nak cari, tanya je kat information counter. pastu nnt ko akan berselisih dgn ramaiiii malaysian/indonesian. so maniskan lah mulut memberi salam dan blh terus tanya location prayer room.

tu dia prayer room di Haneda Airport. sgt besar dan bersih. takde apa di dalamnya. kosong aje. jgn ko harap ada telekung wakaf ya. takde hehe. prayer room ada dua bilik, kiri dan kanan. maybe utk men and women. tp takde plak label kat pintu. so aku masuk ajelah mana2. nak masuk bkn blh main terjah. kena tekan interkom dulu. nmpk tu ada cctv kat atas pintu tu. so bila ko tekan interkom, ada ler yg jaga pintu ni somewhere, dia tgk ko kat interkom tu then barulah dia bukak lock pintu. masa utk guna prayer room ni limit to 30min aje ya. mcm mana aku tau semua ni?

 aku bermalam kat deretan kerusi sekitar prayer room ni. so setiap jam akan ada en.police/guard ni yg dtg buat sport check di prayer room, takmo ada org tido kat dalam. pastu bila dia keluar dr prayer room ni, dia akan mendongak ke arah cctv tu sket dan tunduk (tunduk style org jepun tu lar). so aku budget bos dia kot tgh tgk dr cctv tu hehehe
gigih aku tgk pakcik polis/guard ni buat kerja dia..dtg setiap jam tak pernah miss. ada sekali tu dia masuk, ada sorang pompuan tgh ambik wuduk kat dalam. jenuh dia tunduk2 kat org tu mintak maaf kot. aku perati dari jauh je..tak dgr apa dia ckp.

 banyak kerusi2 panjang ni disediakan area prayer room ni. so aku rasa pihak airport mmg benarkan traveler bermalam di sini. menjelang jap 3-4am, lagi ramaiiiiii yg dtg berehat area sini. so biar aku cerita kenapa kami decide nak bermalam kat airport aje. kami mendarat pun dah jam 10.30mlm, last train dr airport ke bandar dlm 11lbh, so kami taknak lah main kejar2 keretapi semata2 nak pi tempat penginapan, pastu sampai sana semata nak tido sekejap. tu pun blm tentu dpt tido. tido ajelah kat airport.

 ini keadaan dalam jam 3-4a tu. makin ramai smpi x muat kerusi ada yg baring bawah aje. 
makin nak subuh makin sejuk temperature kat sini. aku mula2 takde pakai heattech pun. tp lepas jam 1am rasa sejukkkk sgt. so ke tandas lah utk pakai heattech. 

kagum oiiiii tandas kat airport ni bersih sgt. kat jepun semua guna konsep dry toilet. tapi still bersih sgt. setiap ruang dlm kubikel tu pun besar2.

takde org masa ni. puas aku ambik gambo setiap sudut hahaha


most toilet kat jepun sgt mesra oku. tgk sinki ni, khas utk oku.
ok jom kita terjah dlm kubikel

tu dia..canggih oi. kena ambik masa jap nak study how to use the toilet hahaha
bersih sgt. bau wangi lagi, sbb setiap kubikel ada pewangi yg kita blh press slps menunaikan hajat.

tgk..mcm2 function ada. aku test aje semua hahaha sbb takde org masa ni kan so best aje aku explore toilet ni. klu ada org pun aku peduli apa, kubikal dia bnyk kan.
aku paling suka 2 part pada toilet ni. 1) ada warmer pada seat. so ko blh duduk dgn selesa. 2) ada button sound effect bunyi air terjun di mana ko blh tekan masa memerut, so tak dgr lah bunyi plup2. hahaha best kan?! bidet pun ada level of pressure yg blh di laras ikut suka ko. best best. 

nmpk tak bintik2 timbul tu? utk kegunaan org buta. so oku pun blh guna toilet tanpa masalah.
ok dah siap2 pakai heattech aku kembali ke aea kerusi2 byk utk rehat tu. td masa aku ke toilet, aku tinggal aje luggage kat situ dgn penuh confident. alhamdulillah takde apa. 
maka aku pun baring siap bukak selimut. ya aku bawak selimut siap2..
dapat ke aku lelap mata? takde nyaaaaaa tak lelap langsung hahaha kejap2 ada announcement, kejap2 ada traveler lain dtg. mana nak lelap. ada sekali tu kan..ha tgk gambo bawah

ko nampak tak mcm mana mat saleh ni landing btl2 kat sebelah bag aku tu huuuuuuu seriau ok. padahal kepala aku baring kat bag biru tu. takde makna nya lah aku nak lelap mata dlm keadaan mcm ni. sejuk plak tu. masa mamat ni dah lena kot. kasut dia siap kena2 kat backpack aku tu cisss.

mamat cina/jepun yg mcm ninja tu mmg lena tak bergerak2 siap berdengkur.

terkebil2 mata akhirnya jejak juga 4.30am.
solat subuh, then bersiap2 ler kami.


day 2 pun bermula. ok semangat ni nak explore jepun.

aku sambung cerita dlm entry seterusnya ya. bye semua!

Sunday, April 02, 2017

Travelog TA ke Jepun: Day 1 - from KLIA2 to Haneda Airport (part 1)

assalammualaikum =)

maka bermulalah entry banyak gambar. 5.30am aku dah bersiap2 mcm biasa nak ke tempat kerja. perasaan libang libu. sepanjang malam tak tido tapi mata tak mengantuk. magic. teruja kot.
6.50am kami hantar anak2. kebiasaannya ada pemandu yg akan hantar anak2, alar2 naik uber gitu. tapi hari ni kami yg hantar. aku riba baby irfan sepanjang perjalanan ke rumah pengasuh. dia tido. uiks, 9 hari kot nak berpisah. perasaan mama mmg libang libu. tp taknak ckp kat husband huhuhu.
then hantar iman amal ke sekolah. depa ok aje.
pastu mula bergerak ke klia2. sempat singgah umah mak jap salam peluk cium mohon doa.
pastu singgah sarapan kat tg karang. then terus ke klia2. aku smpi sana lbh kurang jam 11.15am.

en.suami drop kat pintu masuk balai pelepasan aje. sebelum kuar kereta, sempat selfie sedas.
salam dan mohon doa. 

 en.suami dah nak gerak balik :-(

aku lepak area ni sementara menanti adyani sampai. sempat sembang2 dgn sorang kakak tu, cikgu juga. nak bercuti ke krabi. dok risau tinggal baby. eh sama lar kita kak! hahaha risau tinggal baby tapi gatai nak berjalan :p

 lbh kurang 11.45am yani sampai then kami pi check in luggage. selesai urusan check in, kami pi ambil wifi sat kat area ketibaan. utk trip ke jepun ni, aku sewa SAMURAI WIFI. blh tgk link ni utk maklumat lanjut. nama je samurai tp dia blh cover ke banyak lagi negara lain selain jepun. aku pilih pakej rm15 sehari utk 9 hari (7GB). mujur aku tak ambik yg unlimited tu (rm20 sehari) sbb sehingga hari terakhir kami cuma guna 3GB++ aje. yerlah bkn nak layan youtube pun kan. lbh kpd nak wassap dan upload gambo aje.  selesai urusan wifi, kami pi makan mcd plak. sembang2. lama kot tak jumpa yani. rupanya ramai yg pelik camne kami blh plan berdua ke jepun hahaha...maybe sbb masing2 punya keinginan yg sama, utk ke jepun. maka kami berusaha sama2 utk merealisasikan hasrat ini, doa byk2 juga. 
then 1.30pm kami pi surau, solat zohor dan asar siap2. 
lbh kurang jam 2pm, kami pun melangkah masuk pesawat airbus air asia.

 1st time ni naik airbus. sblm2 ni naik yg kecik aje. 

 haaa masing2 dah teruja masa ni.
7 jam perjalanan ke haneda airport...bosan gila kot. dah le kapal terbang bergegar2. aku rasa sepanjang perjalanan bergegar. mmg tak dapat tido lansung. kami dok barisan tgh. kanan aku yani. kiri aku sorang mamat jepun. sembang ler kejap dgn dia, kbtln dia blh ckp BI, sama broken dgn aku hahaha..student uni jepun. pi bercuti ke negara asia tenggara. yani tanya dia knp pilih negara di asia tenggara utk bercuti? pantas jawapan dia: sbb kos murah. weiii tau lar yen ko tu mahal melampau bahahaha
 kami dah siap2 order online set nasi ayam. tak sedap lansung! nyesal aku order. rasa bawang putih je lebih huhuhu..aku makan dlm 3 suap aje kot. mmg takleh masuk. mujur ada seludup fries mcd td. dpt gak aku mengunyah. selebihnya yani layan movie. aku cuba nak baca buku cerita yg aku bawak. tak dapat. pening kot bergegar2 aje huuuuu
 
 tepat jam 10.30mlm waktu tempatan (9.30pm waktu malaysia) kami pun selamat mendarat di haneda airport. syukur alhamdulillah. urusan pelepasan kastam juga berjalan lancar. selesai urusan mengambil luggage, perkara pertama aku buat adalah check temperature. 10°C! teruja weiiii. tapi masa ni takdelah rasa sejuk sgt sbb dlm building kan. mcm sejuk dlm aircond aje. 
adoi dah tak larat.
sambung part 2 nnt lah ya? 
next entry aku nak cite pengalaman aku tido kat airport which is antara pengalaman mahal aku dlm trip ni. kata trip ala backpackers kannnnnn kena lah tido airport hahaha

ok itu dulu bye semua!

Saturday, April 01, 2017

Travelog TA ke Jepun 17-25 Mac 2017: sehari sebelum terbang (16 Mac 2017)

assalammualaikum =)

salam pagi sabtu yg indah...idakleh indah bebeno. celik mata 5.30am td, mcm lipas kudung TA buat kerja rumah huhuhu
pembantu rumah tak dapat dtg dah 2x weekend dah sbb anak dia sakit.
last wk TA iron baju sendiri. stressss.
so this wk nak cari dobi yg blh iron baju huhuhu
doa sgt2 jumpa.

ok moh sambung travelog TA ke Jepun.
persiapan dah buat lama sbnrnya. 
since beli tiket on sept 2016, aku dah mula buat preparation sket2.
takmo beli sekaligus kang aku jugak yg terkejut.
so beli sket2. memandangkan ni 1st time nak jejak kaki ke negara 4 musim, kos persiapan blh tahan jugak. tu pun aku byk beli preloved aje.
semua cerita pasal kos aku buat dlm 1 entry khas ya. 
kos backpackers aje :p


aku bawak 1 bag tarik medium size. percayalah penuh dgn makanan aje.
then bawak 1 backpack kecik tu.
dari pengalaman pertama ni lah, aku rasa dah lbh bersedia utk pengalaman seterusnya apa yg perlu dan tak perlu bawa klu travel sendirian jauh2nya. yerlah klu pi dgn family, lain caranya.
lg 1 aku rasa, tak perlu ikut style org. cth, aku jenis tak suka bawak backpack time berjalan. sebab jenuh nak keluar masuk wallet dan handset. tak biasa. tapi sbb ramai yg nasihat bwk backpack, maka aku bawak. sudahnya bahu aku jugak yg sakit. maybe aku salah pilih bp kot. deuter tu, kosong pun dah berat. apatah lg kalau berisi.
so next time (ecewahhhh ada next time kooo) aku nak bawak handbag biasa aje yg saiz besar dan ada zip. selesa utk aku, 
dulu pun sama, pi bandung aku guna sling bag sbb ramai suh pakai sling bag for safety dll. sudahnya aku terkial2. 
ok berbalik pada cerita asal, malam tu aku takleh lelap lansung. tension mak. patutnya mlm tu aku kena rest cukup2 lah kan sbb esoknya dah nak start travel. tapi mata niiiiiiii tak lelap lansung. rasa nak marah kat mata. jenuh pujuk. nak kata excited, idak juga. aku lbh kpd risau nak tggl anak2 je masa tu huuuuu mcm2 pikir.
last aku yg kena sound dgn en.suami: dah booked ticket, dah nak pegi, pergi aje. takyah risau anak. abg blh jaga. kalau dok risau anak2 lain kali jgn pi mana2. 
gituuuuu aku kena sound huuuuuu

baik bang. tak risau...sbb nak pi lagi huhuhu

tau2 jam dah 5.30am 17 Mac 2017. Jumaat. hari nak terbang pun dah tiba. 
seram sejuk rasa. 

ok nnt sambung lg ya. daaaaa
Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH