Askum semua...wah busy nya teacher azimah skang ni. nak update blog pun tak sempat. april adalah bulan yang sgt busy di sbpisb. mcm2 aktiviti yang menuntut komitmen semua guru dan pelajar2 nya. apapun saya tetap enjoy dgn semua aktiviti ini. bak kata rakan2 guru di sini: seronoknya bekerja di SBPISB tahun ini!! hehe...alhamdulillah...kami semua bekerja dgn gembira untuk elakkan stress. dah 2 org guru kami yg kena sakit hypertyroid yg salah satu puncanya adalah stress. doa kami moga takde lg guru2 di sini yg kena sakit ini. so apa aktiviti teacher azimah yg busy sgt ni???
teacher azimah jd pengurus pasukan sbpisb dalam kejohanan olahraga peringkat daerah di stadium sabak bernam.
Hari Anugerah Kecemerlangan ke-8 SBPISB. Tiba2 sy kena jd LO huhu...gentar jgk rasanya nak iring vvip ni. jumpa plak dgn cikgu edanan, guru saya di semesti dulu, terus rasa rindu kat semesti hehe...
pertandingan kawad kaki peringkat sekolah dan daerah. oh letih2...
itu semua kerja sampingan seorang guru. yg ni plak kerja2 wajib @ hakiki kami. mengajar, menanda buku etc...oh letih2...harini adalah hari sabtu, yg sepatutnya sy ke Pureen Stock Clearence (uwaaaaaaaa tak dapat pi!). tp skang sy di sekolah juga coz sekolah ganti cuti hari raya. esok pun sekolah!!! huhu ahad di sekolah?? ya betul kawan2...esok sukan sekolah plak. 7 hari seminggu saya bekerja...moga Allah berikan kekuatan pada fizikal dan minda saya, amin...
itu dulu untuk entry kali ini. jumpa lagi ya!!
nota kaki: kedua2 tangan dan kaki saya penuh dgn ruam2 halus yg sgt gatal!! sepanjang minggu ni saya ke padang waktu petang untuk sukan sekolah. itulah penyebabnya. sy mmg tak tahan dgn outdoor aktivity mcm ni. klu mandi pantai pun kena mcm ni jgk. sgt berbeza dgn mr.hubby sy yg mmg 'org sukan' itu huhuhu...harap ptg ni mr.hubby sempat bawak saya ke klinik..
No comments:
Post a Comment