FOLLOWERS

Wednesday, April 07, 2010

kami ke wetworld, jumpa acik sara n her family.

assalammualaikum semua....
lama sungguh sy tak update blog. masa amat mencemburui teacher azimah sekarang ni. tuntutan kerja membataskan sy berblogging dgn kerap. itu hakikatnya, saya akur. hampir setiap hari sy balik ke rumah bila masa menjejak selepas asar. bulan april yg sungguh byk dgn aktiviti di sekolah. apapun sy tetap pastikan masa berkualiti dgn 3 hero sy tetap ada, terutamanya hujung minggu. maka sebelum masuk bulan april yg telah menanti pelbagai aktiviti di sekolah, sy batalkan kelas tuisyen di hujung minggu dan kami 1 family bergumbira!!!
28 mac 2010: kami sekeluarga ke wetworld shah alam. seronoknya sbb sy akan berjumpa dg kawan baik sy yg sekarang mengajar di KISAS. sarah safarina aka acik sara dtg dgn azim n afnan. (nama anak sara ni afnan HAFIY. saya tiru HAFIY dia, jdlah muhammad amal HAFIY hehehe...). kami plan nak celebrate birthday afnan( born on 30 march 2009). dah sethn pun dia, in fact dah nak jd abang! huhuhu.. nampaknya sara 'mengejar' sy dgn rapat. takleh jd ni. eee jeles tau sara pregnant without any morning sickness. uiks mcm tak bersyukur plak. syukur sgt! sbb walaupun sy teruk time pregnant, tp mudah time bersalin. syukur alhamdulillah....:)
berbalik kepada cerita td, ingat nak celebrate bday afnan kat tepi tasik shah alam, terpaksa dibatalkan coz ada pertandingan memancing plak kat sana, orang ramai sgt! so lepas mandi-manda kat wetworld, kami pi mkn n celebrate bday afnan kat kenny rogers plaza alam central. best!! jom tgk pic ya....

time ni acik sara belum sampai. mood amal agk swing hari ni. tak mcm time kami mandi-manda kat lumut tempoh hari. sbb panas sgt kot kat sini.

tgklah muka amal tu...nak dijdkan cerita, lepas mandi amal 'mengamuk' nak tido kat buai. jenuh jgk sy memujuk dgn pelbagai cara...mujur mama ada 'senjata' hehehe

luv this pic!!

gembiranya abg iman! tp hakikatnya iman sgt takut pada awalnya. lama gak nak memujuk dia supaya berani masuk dlm pool. dah masuk, taknak kuar plak :P

ecececece...sonoknya dia!

haaaa suka sgt pic ni! itulah acik sara n family dia. sy doakan anak ke-2 dia pun boy jgk, sama mcm sy hehehe...baru best! muka afnan duplicate mama dia. ni 1st time afnan mandi kat pool. dia pun nampak terpinga2 jer...

acik sara n iman. ohh byk sungguh kenangan indah kami bersama di sbpisb :) doa sy agar persahabatan kami berkekalan....amin.

tu dia birthday boy. abang iman bg hadiah kereta mainan yg blh naik tu kat afnan. sy lupa plak nak amik pic keta tuh. tp sara kata afnan cukup suka dgn keta tuh!!

inilah 3 heroes sy. suka sgt pic ni!!!

amal dah makan skang ni. cuba tgk tgn dia, berketul2 hehehe...
bila tgk anak-anak gembira, sy cukup senang hati. moga iman dan amal memahami kesibukkan mama dan abah sepanjang bulan april ni. sebenarnya terlalu byk yg nak sy coretkan di sini. tp masa tak sempat! ni jap lg nak pi amik mak plak kat kg. excitednya sy bila mak setuju nak dtg. bukan mak tak pernah dtg, selalu sbnrnya. tp kita semua maklum orang tua tak tahan dok lama kat umah anak2. harap kali ni mak setuju dok seminggu kat sini. seronok tau bila mak ada kat sini. anak2 sy pun suka. kalini alasan sy kat mak kala memujuk dia utk dtg: gmah nak tunjuk langsir baru kat mak. hehehhe...
itu dulu utk entry kali ini. ada masa sy update lg. jumpa lg!!
nota kaki: di sekolah sedang berlansung pertandingan kawad kaki peringkat daerah. sabtu ni plak hari anugerah kecemerlangan. di otak sy sekarang ni: jap lg nak kuar amik mak kat kg.

8 comments:

Jamal Rafaie said...

Dah lama cikgu tak update blog, hari2 saya menunggu entri yang baru tau..

Bila tengok gambar2 wetworld ni, teringat pulak masa kecik2 dulu, Bapak saya ada bawak pergi wetworld ni.. Seronok sangat masa tu.. Insya-Allah, anak2 cikgu pun akan ingat kenangan ni sampai bila2.. Mungkin ianya akan menjadi tanda ingatan rindu anak2 cikgu bila mereka di perantauan nanti (bila dah besar nanti)..

Cikgu Sarah dah nak dapat anak kedua? Hehe.. Cepat betul masa berlalu kan.. Sekejap jer, tahun ni saya dah 21, dah nak masuk ke alam dewasa dah.. Hehe..

Moga semua urusan berjalan lancar.. Insya-Allah..

Syikin said...

wah..merah!!! ada semua ya...syoknya mandi mana kat wet world..kami yang sekangkang kera ni pon belum penah masuk...huhuh selalu p pusa akuatik jerk...ohh sudah lama x bermandi manda...last pon CNY hr tu la..huhuhu

IlaNabilah said...

waaa...
double date ni
bestnye g mndi manda2... ;))

tringin nye nk jumpe hero2 ckg yg comey tu... ;)
rndu ckg, rindu ckg sarah...
huhu~~
smoga pershbtn ckg brkkln.. amin ;)

TeacherAzimah said...

jamal- byk sgt aktiviti kat sek skang ni. teacher sgt bz huhu...21yrs old dah erk? hehe...kuala selangor tu tak jauh. jgn lupa layang kad jmptn kat teacher ya.

TeacherAzimah said...

cikin- jgn lupa misi kita 24 april ya! hehehehe

TeacherAzimah said...

ila- ila...mai lar sesekali jenguk sbpisb ni :)

ustazahrafrar said...

Salam zimah! Amboi happynya..keluarga bahagia ni!Kalu k.ijah dan abgcik tengok ni mesti tak henti-henti ajak ke sana gak! terubat rindu kt Sarah bila tengok gambarnya,bila boleh jumpa ya? Apa pun semoga sentiasa mengecapi kebahagiaan di dunia maupun di akhirat sana

TeacherAzimah said...

best kak raja bawak anak2 ke sini, bwk jgn tak bwk hehe...

Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH