assalammualaikum =)
lama sy tak update blog. actually kami sekeluarga bercuti (again?) ke pulau pangkor utk 2D1N (12-13 mac 2012). cuti sekolah kan...apa lg yg best selain bercuti menenangkan fikiran dan menghabiskan masa bersama suami dan anak-anak dlm suasana yg sgt meninggalkan kenangan pd kami semua.. menghabiskan RM juga. percutian kali ni dah plan lbh kurang 2mggu awal. klu ke CH sblm ni kami membawa misi utama utk makan-makan, kali ini misi kami adalah utk relax dan mandi-manda sepuasnya. so kami decide xnak buang masa utk pusing2 sekitar pulau. lgpun sblm ni sy dah penah ke sini (sblm kahwin), dah penah pusing pulau..xde apa sgt. bg sesiapa yg blm pernah bercuti ke pangkor island, sy cuba tinggalkan tips2 percutian di sini utk panduan anda semua ya :-)
perjalanan kami bermula jam 10am isnin utk ke jetty lumut (tempat utk kita naik feri ke pangkor island @ PI) lbh kurang 11.30am kami dah smpi. x jauh sgt pun tp ntah knp sblm ni x pnh bercuti ke sini. asik pandang yg jauh jer padahal serius best klu nak rilex2 di PI ni. feri ke PI banyak, xyah tggu2 pun sentiasa ada jer. tiket utk dewasa RM10 pergi balik dan kanak2 RM5. actually ada lg 1 jetty yg menawarkan perkhidmatan feri ke PI iaitu dr Marina Island (Teluk Batik) yg baru saja beroperasi. otw balik td sempat pi jenguk jetty ni. blm ramai pengguna kat sini. harga tiket sy xtau tp mungkin lbh mahal sbb dr banner yg ada kat situ, masa dr jetty-PI cuma 10min berbanding dr jetty lumut-PI yg mengambil masa lbh kurang 30min. haaa panjang lebar dah maklumat yg sy bg. dpt membantu anda tak? sharing is caring ;-) o lg 1, gambar2 dlm entry ni blm melalui proses editing. malas ok huhu... nnt nak edit masa nak buat photobook jer. ya special photobook for this vacation sbb besttttt sgt utk kami. serius rasa nak pegi lg ok.
bila nak masuk kawasan lumut, mendung mula berarak. alahai...hujan ke kat PI nnt? jwpnnya YA! tp kami tak kira dgn hujan itu...aktiviti tetap berjalan ikut plan. xnak buang masa tggu hujan berhenti. lgpun hujan kat rahmat Allah SWT utk kita semua? so x perlu takut hujan...
sampai di jetty lumut, lepas parking kami lunch dulu. hujan sedang turun mencurah2 masa ni. oh ya kawasan parking mmg byk di sekitar jetty ni x perlu risau. kami pilih parking bertingkat yg bayaran cuma rm8 utk 24jam. sila compare dgn parking keta kat kl, jauh lbh murah ok huhu... kami just lunch di restoran bawah parking bertingkat ni.
menu yg sy pilih. eh cukup ke?? gila ko klu mkn ni jer hahaha...
haaaaa ni yg utama pergh meletopp!! tq en.suami yg tlg sy kopek kulit udang dan ketam ni. ohh manja kamu ya?? miahaha..
ini utk iman nasi kuah kari dan ayam goreng. sama dgn amal punya. menu en.suami tak sempat snap huhu... ok dah kenyang semua jom melangkah ke jetty...
cer tgk berpusu2 org nak ke PI wlupun hari isnin. maybe sebab cuti sekolah kot.
sebelum melangkah masuk ke feri, sempat kami snap this pic. keadaan feri not bad, ada econ yg sejuk wlupun ramai org. xde gambor dlm feri ok..
dah slmt smpi di Pangkor Island
teksi pink utk ke hotel. ok kat PI ni ada 2 pantai yg popular iaitu Pantai Teluk Nipah yg happening dan Pantai Pasir Bogak. driver teksi ni kata pantai teluk nipah lebih cantik dan happening berbanding pasir bogak. hotel, tempat makan dan kedai jualan cenderahati pun lbh byk di persisiran pantai ini. sy dah penah ke pantai ni dulu, serius crowded. so this time kami pilih utk stay di PUTERI BAYU BEACH RESORT di pantai pasir bogak. besttttt sgt sbb ada swimming pool yg jaraknya cuma lbh kurang 100m dgn private beach hotel ni. terasa pantai ini ana yg punya hahahaha...
masa nak check in hotel. kami smpi lbh kurang jam 2pm, so kena tggu sekejap sblm dpt masuk bilik. hujan masih lebat masa ni. nnt sy akan tunjukkan persekitaran hotel ni ok. really suggested to you out there. blh click kat link di atas utk tgk website hotel ni. konsep hotel ni adalah suasana dalam kampung..oh sy suka! landscape sgt indah! sape yg nak honeymoon blh dtg sini ok :-)
belakang mercu tanda hotel ni adalah kawasan chalet. kami stay di GARDEN VILLA. actually klu ada extra RM blh stay kat BAYU VILLA yg mengadap pantai serius romnatik jer. siap disediakan buaian kat dpn bayu villa tu.
see dekat je kan swimming pool dgn private beach dia.
bilik kami.sgt luas utk kami ber-4..anak2 blh berlari sesuka hati. semua org enjoy..
ok lihat pd keluasan garden villa ni ya. jgn lihat yg lain hehehe
snap from the balcony. anak2 blh main bola depan ni
inilah rupanya garden villa- connecting room dgn yg sebelah lg
tgklah...cantik kan. tak sabar nak berphoto gediks kat sini hahaha...
ok cukup dulu utk part 1 ok. xtau lg bila blh cont part 2 sbb esok sy dah nak balik kg. ada urusan di kg yg perlu dibereskan... babai semua!
2 comments:
Azimah...
Nk tanya lah...kt resort ni ada sewa motor tak?
Dulu g pernah stay kt Teluk Nipah...kat chalet2 tu mmg ada sewa motor utk pusing pulau...cari makan kt luar...
tempat nak sewa motor or basikal or kereta btl2 sebelah chalet ni dlm 5min jalan kaki. wahh naik motor blh peluk2 gitu ;-)
Post a Comment