assalammualaikum =)
lama dah sy tak bersiaran. selain dr dihambat kesibukan di tempat kerja, internet connection yg mcm biskut chipsmore juga di tempat kerja dan sibuk set-up rumah baru, mood blogging sy juga ke laut lately ni. maybe sebab penat kot. jumaat malam sabtu lepas my mom, family kak cho, ucu and her daughter dtg ke rumah sy bermalam kat sini. saja2 borak2 kosong. bayangkan sy sampikan ke rumah ptg jumaat tu dlm kul 6.30pm terus ligat mcm lipas kudung kemas rumah. yerlah tetamu nak dtg kan mestilah kemas rumah molek2. bagus jugak diorang dtg, klu tak mmg terbiar arr bilik2 kat belakang tu tak berkemas. jam 8.30pm semua siap! mencungap hokay hahaha... mujur en. suami tlg setel anak2.
semalam, hari sabtu sibuk dgn program ombak biru di sekolah. hari ini, ahad adalah hari bersama keluarga yeah i like! actually hari ni iman ada game futsal sempena karnival prasekolah dan karnival membaca peringkat daerah sabak bernam. jenuh jgk nak kejut iman pagi ahad ni suh bgn awal. 7.30am dah kena berkumpul kat sekolah. sekali cikgu baidah dah call tanya mana iman fuh gelabah ok sebab mcm dah lambat. rupanya iman antara yg awal smpi, hihi...mama ni selalu gelabah tau :P so iman ke gelanggang futsal bersebelahan dewan sri bernam di sg besar bersama team dia, naik keta cikgu. mama and abah dtg lambat sket ok.
kami sampai sekitar jam 9am, diorang dah siap2 masa ni. tgk arr iman tu excited jer bila nmpk kami dtg hehe...asiklar pandang hala kamera jer mcm mama dia sorang ada kamera kih kih kih.
semuanya ada 8 team, 2 team mewakili setiap zon dlm daerah sabak bernam. dua team ni mewakili zon sg air tawar. team iman dr pra parit baru berbaju kuning (it's liverpool!!) dan team satu lg tu dr pra bno.
sesi bergambar dulu. masa ni blm lawan lg. busy jer cikgu2 ni menyusun anak murid dia yer. isk, i takleh nak tipu arr iman handsome btl dlm jersey liverpool ni :D
handsome tak anak bujang i? cuba bayangkan klu dia tgk gambar ni 20thn akan dtg (masa tu umur dia 26thn..eh tah tah masa tu klu pjg umur i dah ada menantu?? hahaha) mesti dia bangga jer dgn kenangan zaman kanak-kanak dia. moga iman berjaya dalam apa jua bidang yg iman ceburi ya sayang... tapi jgn ngada2 nak jadi artis! haipp!! hahahaha
oh team iman lawan kejap lg. so rehat jap. tgk tu coach dia tu bkn main bersungguh lg. syabas cikgu! actually kami sekeluarga joint lepak kat sini jgk. mama beli kopok lekor bg diorang mkn. biasalar bila ada mama iman ni manja arr sket lapar lar..nak itulah...inilah... masa ni abah pi beli vitagen utk team iman. eh sound like mama n abah yg poyo lebih kan? hahaha peduli apa!
anak saya yg kuat makan hihi... mengunyah saja dia.
ok sedia nak masuk gelanggang dah dup dap dup dap..(mama yg gelabah, budak2 ni rilex jer haha)
iman berjersey nom.4
eh warna baju hampir sama lar...
anak saperlar yg handsome ni kih kih kih..ada sesaper berkenan nak jadikan menantu tak? :p
ke tepi semula sbb nak tukar jersey lain. alololololo comey sgt!
dah tukar baju.. merah!
mereka ini semuanya comel2 belaka... iman dan kawan2 nya.
mesti dapatkan bola dulu ingat!!
gol kita belah sana ingat!!
anak bujang saya yg dah mula nak beraksi
jersey nom 6 (baju merah)
i love this caption!!
nampak tu pihak lawan tu nama sekolahnya SKPP? sekolah lama saya ngee~~ :D
iman as defender. tgk badan arr :p
aksi lega iman sebab pihak lawan tak dapat gol haha
buat apa ni??
nom 6 sedia!!!
iman!! iman!! iman!!
keputusannya team iman menang 3-0 dgn pra skpp. dapat masuk separuh akhir. kalah plak 0-1. untuk perlawanan penentuan tempat ke-3 dan ke-4 akan berlansung pd hari selasa ni. alar....mama kerja arr sayang camne nak pi tgk ni. kiranya selasa ni adalah penentuan nom1-4. the best part is semua peserta nom 1-4 akan dapat hadiah. oklah takde diorang kecewa kalau kalah nnt kan. team yg kalah hari ni semua tak dpt hadiah kesian diorang tau sbb diorang ni kecik lg kan. klu sy jd penganjur sy akan pastikan budak2 kecik ni semua dpt hadiah penyertaan :-)
apapun sebagai seorang ibu, syukur alhamdulillah sy masih dipanjangkan umur untuk melihat perkembangan anak-anak sy sehingga peringkat ini. iman baru 6thn tp dah terdedah kpd aktiviti mcm ni mama sgt puas hati ok. diorang berlatih dah lama dr sblm cuti sekolah 2 minggu hari tu lg. hari2 bawak balik cerita latihan futsal dr sekolah. hari2 juga mengadu sakit kaki lenguh badan hahaha....good boy bebeh!!
3 comments:
wah team iman menang la....bagus kecik2 dah didedahkan....kalau dia minat, terus aje bagi galakan....aktiviti sihat cam ni, bagus diteruskan...go go go iman!
betullah...patutnya yg tak menang tu dpt hadiah saguhati ke...pun dh cukup gembirakan derang....
dah besar mana tau leh jadi ahli sukan yg hebat si iman tu :)
Dpt ikut aktiviti anak2 macam ni bestkn... Dh tension2 kt sek blh release tgk anak main...
Post a Comment