FOLLOWERS

Saturday, October 13, 2012

menung lama memikirkan post title hahaha

assalammualaikum =)

takde cerita sgt pun, lbh kpd nak merepek je tu yg tak tau nak letak tajuk apa haha... hujung minggu bersama suami dan anak2 di rumah sgt menggembirakan hati :-) weekend lepas tak berapa syok sbb hubby out station. time tu jugak lar iman dan amal mula demam dan terkena jangkitan pd mulut. huru hara rasanya... honestly sy bukanlah seorang mama yg punya level kesabaran yg tinggi. itulah kelemahan utama sy sbgi mama :-( klu anak mula buat perangai, mama pun mula bertukar menjadi singa betina. not good not good...
so apa aktiviti weekend you all? 
sy mcm biasa melakukan hobi yg tak semua org suka hahaha...lipat kain, iron baju stok seminggu, kemas rumah, memasak. pastu klu larat nak ke kebun. ecewah....bunyi mcm ada tanah puluh2 ekar nak consider panggil kebun :p takdelah.... tu ha nak ke backyard nak tlg en.suami cabut rumput liar. alhamdulillah rumput filipina dah subur menghijau. suka tgk :-) tapi pd masa yg sama rumput liar pun naik jugak. tu yg kena cabut...
pastu en.suami nak tanam anak2 pokok yg dah ada tu. ptg smlm baru dpt tanam anak pokok mangga king. perghhh bunyi tak menahan. jgn ler dia tak berbuah bila dah besar nnt ya. pasal backyard ni nnt lar kemudian tayang gambar ya.
anak2 both dah semakin sihat alhamdulillah.. yg penting dua2 dah menyusu mcm biasa. dua2 jgk dah active bergaduh mcm biasa. tak sunyi lg rumah.. plg best abg iman dah jadi hagemaru mama semula. suka sgt dgr bila dia nak berckp sesuatu dgn mama, mesti dia mula dgn: " mama..mama..mama...bla bla bla" mama ulang 3x tu sebijik mcm hagemaru hahaha comel! 
jap lg sy nak mula memasak dah. masak awal....so nnt tgh hari dah blh rehat. emmm takde maknanya rehat, kang tgh hari iron baju pulak huhu...

 pagi ni sy and hubby breakfast roti bakar jer. menghabiskan stock roti yg ada
anak2 masih tidur
diorang bukan breakfast pun, kang terus bg mkn nasi jer

ali cafe utk mr.hubby dan jus oren tropicana twister utk sy..
bosan plak asik air teh jer hehe


oklah dah habis merapu. 
eh belum lagi! lately ni sy teruja btl baca blog kwn2 yg tgh pregnant and yg ada  baby kecik. 
byk betul produk baby yg best2 skang ni.
tak sabar rasanya nak preggy lg huhuhu...
takper itu misi tahun 2013 ya :D
tahun ni nak habiskan dulu vacation yg ada
oh ya, jumaat depan sy dan en.suami akan mengikuti rombongan cik kiah
anak2 tggl kat rumah pengasuh
1st time ni nak tggl anak2 3hari 2mlm kat sana
insyaallah they will be ok
ke mana kami?
nnt bgtau...
ada tu ha dlm wishlist 2012 sy tu
insyaallah tercapai lg satu wishlist utk thn ni nnt
syukur alhamdulillah...
ok habis cerita dah...
nak start masak.
babai!!

No comments:

Designed by UMIESUEstudio 2014 : TEACHER AZIMAH