assalammualaikum =)
wahhhh letih sungguh rupanya bila menjadi tuan rumah masa raya. aah..aidiladha kali ni keluarga sy berkumpul di Villa Comel Kami. masa kenduri tempoh hari, keluarga belah suami yg berkumpul dan bermalam di sini. so this time keluarga belah saya plak yg bermalam di sini. letih mmg letih...asik pegang mop jer hehehe. tp apapun rasanya sgt menyeronokkan!
ok cerita pasal aidiladha kemudian lar yer. ni sambung dulu cerita sy bercuti ke singapore baru2 ni. cerita mcm ni, klu simpan lama2 alamat basi dah tak terkongsi lar kat sini hahaha...
hari ke-2 dlm siri lawatan ni, selsema sy semakin teruk. sbnrnya dr hari pertama lg dah ada sgt2 tanda2 nak selsema. tido kat hotel jumaat mlm sabtu tu, sepanjang mlm on econ lar kan. so akibatnya hari sabtu keadaan sy semakin teruk. asikkkkk bersin jer rasa nak tercabut hidung. alahai...spoil betul kan huhu. tapi sy tetap joint masuk singapore hari ni wlupun bekalan ubat takde lansung. yg ada hanya vicks. so sepanjang dlm bas sy tido. smpi imigresen jer jaga. selesai urusan imigresen, sambung tido dlm bas hehehe...dpt lar tgk sket2 jer bandaraya singapore ni. lokasi kami hari ini adalah masjid dharul ghufran di kawasan tampines road. aktiviti perkongsian ilmu akan dijalankan di sini. cerita pasal program ni dlm entry yg seterusnya k. this entry nak citer and tayang gambar kawasan tampine road ni.
alhamdulillah akhirnya smpi jugak ke singapore.
apa yg sy blh katakan, spore adalah bandar maju yg sgt bersih dan masih mengekalkan kehijauan panorama.
wlupun bandar, tp pokok2 hijau tetap banyak.
kebersihan di tahap tip top.
tapi bab toilet mcm fail sket sbb takde paip. hanya toilet hujung yg ada disediakan paip
tu pun tak semua toilet
so toilet2 yg xde paip, tissue paper agak bersepah.
tp kita ke sini bkn nak berlama2 kat toilet kan?
so minor thing mcm ni takyah lar dijadikan isu sgt hehehe...
janji blh cuci dgn baik slps melepas dah.
mcm xde masa nak sedikit M nak edit mengedit gambo so tgk jer lar raw picture dr s95 sy ni yer.
ingat nnt gambar kat uss nak edit sket tu pun klu rajin kekeke
smpi di masjid dharul ghufran, sy dan en.suami minta izin kejap dr ketua rombongan utk cari farmasi
tak tahan sgt dah rasanya
mata pun bengkak semacam dah
hidung toksah citer lar....rasa nak gugur jer huhuhu
alhamdulillah travel guide kami bg jgk lar clue kat mana kami blh dptkan bekalan ubat.
sbnrnya fikir 18x jgk nak beli ubat kat farmasi singapore
maklumlah harga jd mahal wooo
tp en.suami kata, takpe kita beli jer janji ma rasa better dan selesa...baik kan dia? :D
so kami pun melangkah lar di tepi2 jalan tampines ni menuju ke seven-e yg terdekat dgn harapan ada jual ubat selsema kat situ.
tak terasa letih melangkah sbb pemandangan mmg hijau jer...
TA di hadapan Tampines Sports Hall. klu zoom lbh dekat mesti nampak mata bengkak sy
hebat tak TA masuk spore pki baju kebangsaan?
kan dah kata ada program ilmu di masjid
so kena lah mengikut tema =)
tak silap ini adalah tampines central mall. kat sini lah sy jumpa seven-e yg ada menjual panadol selsema alhamdulillah..tak jauh sgt pun dr masjid dharul ghufran.
cantik kan gambar ni? klu edit mesti lg cantik :-)
hijau dan bersih
itu bukan kontena ok...itu bas.
peneman paling best sepanjang sy di singapore :D
tampines road bkn pusat bandar singapore so jln tak sesak mana.
semuanya berada dlm keadaan yg teratur dan terjaga rapi
jauh sgt beza dgn kota medan, indonesia yg sy kunjungi sikit masa lalu
bknlah hendak compare and contrast both of them
tapi itulah hakikatnya...hehehe
inilah laluan kami pergi dan balik ke seven-e dr masjid dahrul ghufran. cantik kan pemandangan di sini?
ikut hati rasa nak jer golek2 jap dgn en.suami kat bawah pokok tu ala2 hindustan muahahaha
mana pic TA kat sini? uiks..muka tak semenggah sebab mata bengkak sgt so takmo display kui kui kui...
inilah dia panadol simus max yg berharga SD9.90 (rm24.75) sekotak. ada 12 biji jer whiach means hanya utk 6x mkn. rasa nak simpan jer buat kenang-kenangan sebab mahal nak mamposssss keh keh keh..
tp alhamdlillah sgt...wlupun lepas mkn panadol ni sy jadi mengantuk dan khayal tahap lipan bara
hidung sy jd semakin ringan...lega.
itu dulu yer.
next entry citer pasal program kami di masjid dharul ghufran plak.
bye semua jumpa lg nnt!
No comments:
Post a Comment